Ini merupakan episod kedua dalam musim kedua siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 3 Jun 2012.
Ringkasan[]
Di Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam, bapa Gopal berjam-jam menceritakan kepada BoBoiBoy dan Tok Aba tentang Rumah Berhantu itu. Ini hanya merangsang lagi BoBoiBoy untuk mendekati semula rumah itu, dan mengajak sekali Gopal.
Plot[]
BoBoiBoy yang baru pulang dari sekolah datang ke Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam untuk bertanya kepada Tok Aba tentang rumah terbiar yang terletak berdekatan denga sekolahnya. Tok Aba menceritakan ura-ura para penduduk bahawa rumah itu sememangnya berhantu, tetapi bertegas bahawa cerita-cerita itu karut semata-mata. Sangkalan Tok Aba itu disangkal pula oleh pelayan Burgerriak serta bapa Gopal, Kumar yang mengaku bertembung dengan lembaga hitam yang boleh bertukar bentuk dekat rumah itu, lebih-lebih lagi Kumar yang bercerita tentang sejarah rumah itu selama berjam-jam, biarpun itu juga cerita daripada Gopal. Walaupun jemu mendengar cerita itu, BoBoiBoy tetap memujinya dengan nada yang lesu.
Sebentar kemudian, Gopal pun datang menolak basikalnya sambil mengeluh-ngeluh kerana kepenatan lalu rebah. Setelah disambut dan ditanya oleh Ochobot, Gopal menjelaskan bahawa dia mengikut jalan jauh untuk mengelak rumah berhantu. Setelah dipesan oleh Ochobot bahawa satu Kokotiam heboh dengan cerita rumah berhantu, Gopal mengambil kesempatan untuk mencelah perbualan di kedai dengan cerita rumah berhantu, tetapi BoBoiBoy sempat berpesan pada Gopal bahawa ceritanya sudah diceritakan oleh bapanya. Ulas Tok Aba, "bapa borek anak rintik". Gopal tidak puas hati lalu bertengkar dengan ayahnya kerana menceritakan rumah berhantu itu terlebih dahulu.
Gopal menanya BoBoiBoy lagi jalan mana yang diikutinya ketika pulang, dan jawapan BoBoiBoy tetap mengikut rumah berhantu itu, kerana dia tidak percaya akan cerita rumah berhantu itu, namun dia mengakui bahawa dia terasa seperti diekori berdekatan kawasan itu. Ini membuat Gopal berasa gerun lagi rimas akan keselamatan BoBoiBoy. BoBoiBoy tetap berdegil dan menjemput Gopal untuk menyiasat rumah terbiar itu.
Tanpa disedari oleh mereka, perbualan mereka dalam warung itu turut diintip oleh Probe yang kemudiannya menyampaikan kepada Adu Du khabar yang menyeramkan, iaitu bukan bahawa markas bawah tanah baru mereka ditemui oleh BoBoiBoy, sebaliknya tentang wujudnya hantu di Pulau Rintis. Setelah ditanya oleh Adu Du apa itu hantu, Probe meminta Komputer untuk penerangan. Dengan memainkan video khas, Komputer meminta Adu Du untuk mencari perbezaan dalam sepasang gambar seiras dalam skrin. Setelah lama meneliti tanpa berhasil, Adu Du tiba-tiba dikejutkan dengan gambar hantu dalam skrin. Adu Du menyangka hantu itu merupakan hasil teknologi manusia yang menakutkan, tetapi Probe membetulkan majikannya bahawa hantu adalah "makhluk" yang menakutkan.
Jelas Komputer, mengikut data, manusia memang takut akan hantu. Tambah Probe, hantu itu jahat seperti geng Adu Du. Adu Du bertanya mengapa Probe begitu arif dengan hantu, maka Probe menjawab bahawa dia rajin mengumpul dan membaca buku-buku cerita seram picisan. Ulasnya, "seram tapi best". Patutlah Adu Du faham mengapa dia pernah diminta menemani Probe ketika ke tandas. Adu Du bertanya lagi akan kaitan hantu dengan buku-buku cerita berkenaan; Probe pula dengan rasa yakin mencadangkan agar mereka mencari hantu itu lalu mengajaknya untuk menyertai mereka. Adu Du pun setuju dengan cadangan itu.
Pada waktu senja, Adu Du dan Probe tiba di hadapan rumah usang. Adu Du menyuruh Probe untuk mengetuk pintu. Dengan mematuhi arahan majikannya, Probe mengetuk pintu dengan tombolnya sambil memanggil hantu dengan niat untuk 'meminangnya' untuk menyertai geng Adu Du. Pintu depan rumah membuka dengan sendirinya, maka Adu Du dan Probe melangkah masuk ke dalam rumah itu. Tiba-tiba, Probe menarik Adu Du keluar dari pintu dengan kencang, semata-mata untuk mengingatkannya supaya menanggalkan kasut sebelum masuk. Selepas meletakkan kasut, mereka pun masuk untuk memanggil hantu.
Setelah menjenguk keadaan dalam sebuah bilik tidur, Adu Du berasa terkilan melihat bilik itu serba bersepah. Jelas Probe, hantu suka tinggal dalam rumah begini, tetapi Adu Du mencemuh sikap hantu yang malas dan tidak reti mengemas rumah. Probe menegur majikannya supaya tidak bercakap begitu kerana khuatir hantu akan marah mendengarnya lalu hendak mencekik. Adu Du dengan beraninya mengugut untuk menembak hantu, tetapi belum cakap habis, kedengaran pula bunyi dentuman yang kuat menggema dalam rumah. Probe percaya itulah bunyi hantu yang sudah marah, lalu meminta Adu Du menyorok dalam sebuah lagi bilik sambil mengunci pintu.
Dua minit sebelum Adu Du dan Probe menyorok dalam bilik, tibanya pula BoBoiBoy dan Gopal yang membawa sekali kamera video untuk merakam kewujudan hantu. BoBoiBoy semakin serik dengan rasa gelabah Gopal yang timbul kerana rasa takutnya akan hantu. Gopal memesan BoBoiBoy supaya jangan cakap kuat-kuat, tetapi BoBoiBoy tetap bertegas untuk menyangkal kewujudan hantu. Dengan niat untuk menyangkal kewujudan hantu (sambil memerli Gopal), BoBoiBoy membuat ketukan-ketukan kuat sambil menyeru-nyeru hantu keluar, bukan sahaja menggelabahkan lagi Gopal, malah menakutkan lagi Adu Du dan Probe (kerana suara BoBoiBoy tercelaru menjadi gema lolongan yang garau) itu sampai terjatuh cermin sampai pecah. Setelah habis melaung, BoBoiBoy tanpa sedikit rasa takut pun naik ke tingkat atas, diikuti oleh Gopal yang meronta-ronta dalam kengerian sampai berpesan kepada ibu bapanya dalam kamera video, seandainya dia tidak balik, mohon disiapkan kerja rumah matematiknya.
Akhirnya, BoBoiBoy tiba di pintu bilik di mana dua penjahat itu bersembunyi. Bunyi bising yang semakin mendekati bilik itu membuat Probe gelabah sampai kurang waras, mula-mula menawarkan diri untuk melindungi Adu Du, kemudian menawarkan majikan sendiri untuk dimakan oleh hantu. Maka BoBoiBoy membuka pintu ini, dan akhirnya dia dan Gopal bersua lagi dengan "toyol kepala kotak" dan pembantu robotnya. BoBoiBoy menuduh Adu Du menyamar sebagai hantu, tetapi Adu Du menyangkal dakwaan itu. Pertengkaran antara dua musuh lama itu dicelah oleh suatu "Serangan Bayang" yang mendatang dengan tiba-tiba.
Serangan Bayang itu melemparkan keempat-empat mereka keluar dari rumah melalui tingkap. Setelah mereka tercampak ke atas tanah, munculnya pembuat serangan itu, iaitu Fang, di depan mata mereka. Fang membuat bentuk harimau dengan tangan-tangannya untuk menghasilkan satu lagi jurus istimewanya iaitu "Harimau Bayang", yakni lembaga hitam seakan kucing besar bermata merah yang selalu diceritakan oleh Gopal tentang rumah berhantu itu. Fang mengarah Harimau Bayang untuk menyerang Adu Du dan Probe, dan ia menerkam dua makhluk jahat itu sehingga mereka tidak berani melawan dan terpaksa berundur.
Setelah Adu Du dan Probe diusir, Fang mencabar BoBoiBoy pula. BoBoiBoy memarahi Fang kerana menyerang mereka berempat sekali, tetapi Fang menyatakan niat untuk menyasar BoBoiBoy sahaja, kerana dia marah dan serik dengan satu kelas 5 Jujur yang seolah-olah lebih memuja BoBoiBoy daripada dirinya walaupun BoBoiBoy hampir muncul. Jelas Fang: pada hari pertama dia berpindah ke Sekolah Pulau Rintis, asalnya dia dapat menawan hati pelajar-pelajar perempuan yang sekelas dengannya dengan ketampanannya, tetapi setelah Gopal mengeluh, "kalau BoBoiBoy ada, mesti dia lebih bergaya", satu kelas terpengaruh dengan kata-katanya. Hal ini berterusan selama enam bulan sebelum ketibaan BoBoiBoy (contohnya, Fang berjaya menjawab soalan susah yang diberikan oleh Papa Zola, tetapi dicelah oleh Gopal yang mengatakan BoBoiBoy lebih bijak sampai heboh satu kelas dan Papa Zola turut memuji BoBoiBoy melebih-lebih selama tiga jam), membuat Fang berasa geram dan cemburu kerana adanya seorang 'musuh ketat' yang tidak hadir di sisinya sampai kemunculannya baru-baru ini.
Untuk melepaskan geram terhadap BoBoiBoy, Fang menyeru kembali Harimau Bayang untuk menyerang. Gopal pergi menyorok dalam pokok renek untuk merakam aksi teman baiknya melawan Fang dan lembaganya. BoBoiBoy sempat menghunus Keris Petir untuk menahan cakaran lembaga itu. Fang menyeru lembaga itu untuk membuat Cakaran Bayang untuk melayangkan Keris Petir BoBoiBoy. Fang menyuruh Harimau Bayang menyerang BoBoiBoy bertubi-tubi, tetapi BoBoiBoy sempat mengelak setiap kali lembaga itu hendak menerkam.
Sebentar kemudian, BoBoiBoy memperkenalkan suatu kelainan dalam penggunaan kuasanya, iaitu mampu bertukar terus menjadi BoBoiBoy Halilintar tanpa berpecah kepada tiga terlebih dahulu, sekaligus membuat Gopal hairan. Fang sekali lagi menyeru Harimau Bayang untuk membaham lawannya dengan taktik yang lain, tetapi serangan itu ditempis oleh tusukan Pedang Halilintar. Oleh itu, Fang menyeru lembaganya balik untuk ditukar kepada Jari Bayang untuk menyerang BoBoiBoy lagi. BoBoiBoy Halilintar bertukar ke BoBoiBoy Taufan untuk naik ke udara, tetapi Jari Bayang diseru untuk naik dari tanah lalu berjaya menghempap BoBoiBoy balik ke tanah. Mujurlah dia sempat beralih ke bentuk BoBoiBoy Gempa untuk melepaskan diri dari cengkaman lalu melemparkan Tumbukan Tanah ke arah Fang.
Sebelum diserang, Fang melihat matahari semakin terbenam lalu membentuk puting-beliung bayang di sekeliling tubuhnya untuk melindungi diri dari Tumbukan Tanah dan berundur dari perlawanan. Setelah melihat lawannya lari, BoBoiBoy geram lalu mencaci Fang sebagai "penakut".
Sementara di markas penjahat, Adu Du menengking Probe kerana terlalu terpengaruh oleh cerita-cerita seram "tahyul" dan "memendekkan akal", lalu mengambil tindakan membakar semua buku-buku cerita hantu yang penat dibaca oleh Probe. Probe berasa sebak dengan tindakan majikannya, kemudian cuba menawar hatinya dengan menulis cerita seram sendiri, "Misteri Toyol Kepala Kotak oleh A. R. Probe".
Watak[]
- BoBoiBoy
- Yaya (imbas kembali)
- Ying (imbas kembali)
- Gopal
- Ochobot
- Tok Aba
- Pakcik Kumar
- Pakcik Mat
- Papa Zola (disebut; imbas kembali)
- Adu Du
- Probe
- Komputer
- Fang
Trivia[]
- Episod ini menandakan satu-satunya kemunculan Pakcik Mat dalam musim 2.
- Ini adalah episod kedua berturut-turut di mana Gopal menarik semula episod sebelumnya.
- Ochobot terlihat membuat Hot Chocolate dengan cara ini buat kali kedua.
- Nama "Budak Misteri" didedahkan menjadi "Fang".
- Adegan BoBoiBoy Gempa memanggil Fang dengan panggilan "Ah Meng" dikeluarkan karena salah satu titik terlemah BoBoiBoy, iaitu pelupa.
- Dalam musim ini, Anas Abdul Aziz menggantikan Nizam Razak sebagai pelakon suara bagi Pakcik Mat dalam kedua-dua versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
- Ini adalah episod pertama di mana Anas Abdul Aziz menyuarakan 5 watak dalam satu episod (Adu Du, Probe, Tok Aba, Pakcik Kumar dan Burgerman), mengalahkan Musim 1, Episod 9 di mana dia hanya menyuarakan 4 watak (Adu Du, Probe, Tok Aba dan Raksasa Tidur).
- Dalam versi bahasa Inggeris, Markas Kotak bermakna sebagai "Hiding Box" kerana bentuk seperti kotak besar.
- Episod ini telah mendedahkan bahawa sebenarnya Probe suka membaca buku-buku cerita hantu yang seram sebelum tidur pada waktu malam, sehinggakan apabila dia hendak pergi ke bilik air pun diteman oleh Adu Du.
- Babak Adu Du disuruh menemukan perbezaan dan diakhiri dengan gambar hantu adalah sama seperti permainan permainan Scary Maze dan Tic Tac Scare.
- Tidak ada perbezaan yang nyata yang dapat dilihat dalam video yang ditunjukkan oleh Komputer kepada Adu Du.
- Apabila mereka memasuki rumah berhantu, Gopal merekodkan videonya dalam gaya rakam yang digunakan dalam beberapa filem seram.
- Dalam satu babak, BoBoiBoy mengatakan bahawa Adu Du menyamar sebagai hantu untuk menakutkan orang. Babak ini hampir serupa dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula apabila Singh dan Salleh menyamar sebagai Hantu Durian.
- Apabila Fang menyerang BoBoiBoy, Gopal, Adu Du dan Probe, dinding dalam sebelah rumah jadi rosak, tetapi apabila Gopal bertanya-tanya di mana Fang pergi selepas BoBoiBoy Gempa menyerangnya, bahagian rumah yang rosak itu dibaiki.
- Sebab mengapa Adu Du berkata "Kau lagi" kepada Fang adalah kerana mereka sudah mengenalnya walaupun sebelum kepulangan BoBoiBoy, ia telah mendedahkan bahawa mereka bertemu Fang dalam kilas balik dalam Musim 2, Episod 8.
- Babak dimana Adu Du dan Probe dicakar oleh Harimau Bayang dan BoBoiBoy Gempa memanggil Fang "Ah Meng" dipotong dalam TV3.
- Dalam satu babak, Papa Zola memberitahu kelas untuk datang ke hadapannya untuk memberitahu pengalamannya tentang BoBoiBoy, setakat ini, dia sudah bertemu dengan BoBoiBoy dan Gopal dalam Musim 1, Episod 7 sampai Musim 1, Episod 9.
- Ini dipotong apabila episod pertama disiarkan di TV3.
- BoBoiBoy tidak lagi berpecah menjadi tiga untuk menggunakan Bentuk Elementalnya.
- Sebenarnya Fang mempunyai kekuatan bayangan hanya dari pagi hingga ke petang. Jika malam tiba, dia tidak boleh menggunakan kekuatannya tersebut kerana bayang datang dari matahari.
- Ini merupakan episod pertama dimana Adu Du terlihat memakai kaus kaki terkoyak, dia memakainya lagi semasa Markas Kotak Hari Ini Pagi Ini dalam Musim 2, Episod 9 dan apabila tidur dalam Musim 2, Episod 11.
- Adu Du membakar kesemua koleksi buku-buku seram tetapi mereka masih muncul dalam Musim 2, Episod 10 dan Musim 2, Episod 13. Ia tidak diketahui bagaimana Probe dapatkan buku-buku seram semula.
- Babak dimana Adu Du membakar buku-buku Probe muncul sebagai imbas kembali dalam Musim 2, Episod 13.
- Cerita "Misteri Toyol Kepala Kotak oleh A. R. Probe" boleh dibaca di www.monsta.com, tetapi hanya sempat ditulis tiga muka surat sebelum 'dicelah oleh Adu Du'.
- Nama penuh Probe didedahkan menjadi "A.R. Probe".
- Pada kali pertama di mana episod ini disiarkan di TV3 mengandungi babak yang dipadam:
- 12:54 - 12:56: BoBoiBoy berdiri dan melihat Fang berdiri di dinding rumah yang rosak.
- 12:58 - 13:05: Adu Du berkata "Kau lagi", BoBoiBoy mendapati bahawa Adu Du dan Probe yang mereka kenal kepadanya, Probe akan mengakui tetapi Fang berkata "Diam!"
- 13:37 - 13:47: Apabila Adu Du dan Probe dicakar oleh Harimau Tiger milik Fang.
- 15:34 - 15:41: Apabila Papa Zola mengarahkan anak-anak muridnya untuk datang ke hadapannya dan menceritakan pengalamannya bertemu BoBoiBoy.
- 18:22 - 18:28: Apabila BoBoiBoy tersilap memanggil Fang "Ah Meng" untuk memanggilnya pengecut, Gopal menyebut nama budak itu.
- 18:33: Fang berkata "Cis, penakut?"
- Adu Du kini membenci cerita seram kerana Probe dalam akhir episod.
- Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Rumah Berhantu".
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Musim 2, Episod 2
Video[]
|