BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Ini merupakan episod kedua belas dalam musim kedua siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 17 Mac 2013.

Ringkasan[]

Ejo Jo tiba di Planet Bumi untuk menggunakan Robot PETAI, juga dikenal sebagai Perisai Tempur Angkasa I, menghancurkan Probe, dan kemudian mengalahkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Plot[]

Ejojoturun

Ejo Jo terjun ke Bumi.

Di tengah-tengah pelan jahat Adu Du untuk memorak-perandakan peperiksaan matematik semata-mata untuk mengalahkan musuhnya BoBoiBoy dan kawan-kawan, tiba-tiba satu sekolah dibayangi oleh sebuah kapal angkasa gergasi yang betul-betul terapung di atas bangunan, iaitu Kapal angkasa Ejo Jo, iaitu lawan ketat Adu Du dari Planet Ata Ta Tiga! Seluruh kelas 5 Jujur di Sekolah Rendah Pulau Rintis bergegas ke tingkap untuk menyaksikan fenomena ini; Amar Deep menduga bahawa ia merupakan kapal terbang. Papa Zola sempat berbuat jenaka bahawa kapal terbang besar itu adalah miliknya; tindakan lawaknya di saat getir itu menimbulkan rasa meluat satu kelas dengan perangai guru mereka itu.

Pintu utama kapal angkasa dibuka, maka BoBoiBoy dan kawan-kawan dapat melihat wajah musuh baru mereka yang serumpun dengan Adu Du, lengkap dengan kepala kotak, kulit hijau dan sesungut yang berhujung kubus, cuma lebih tinggi dan berparut merah pada mata kirinya. Ejo Jo menjejakkan kakinya di Bumi buat julung kalinya dengan terjun terus dari kapal angkasanya hingga mendarat dan merempuh kereta Papa Zola. Selepas itu, BoBoiBoy berpaling ke arah Adu Du dan menuduhnya membawa 'geng'-nya sekali; Adu Du cepat menyangkalnya. Ejo Jo lantang menyeru BoBoiBoy untuk turun, maka kelima-lima wira muda pun menyahut tanpa sebarang ragu-ragu. Sebelum meninggalkan kelas, Papa Zola sempat memberi mereka "Tag Kebenaran Keluar Kelas".

Konfrontasidgnejojo

Geng BoBoiBoy bersemuka dengan Ejo Jo.

Maka BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang turun ke padang untuk bersemuka dengan seteru baru mereka, iaitu Ejo Jo yang mahu merampas kuasa-kuasa dan Bola Kuasa mereka kepadanya. Oleh sebab tidak mahu berebut dengan lawan lamanya itu demi kuasa musuh-musuh mereka, Adu Du dan Probe turun sekali untuk cuba menyuruh Ejo Jo beredar dari Bumi. Akan tetapi, geng BoBoiBoy masih menengking Adu Du kerana berwasangka bahawa Adu Du sendiri mempelawa Ejo Jo ke Bumi.

Ejo Jo membalas tengkingan Adu Du dengan segera mengacukan pistol lasernya ke arah Adu Du, tetapi saat picu dipetik, Probe sempat melemparkan baldi ke arah tangan Ejo Jo untuk menepis tembakan dan menjatuhkan pistol itu. Tembakan yang ditepis itu terkena dan memusnahkan dinding sekolah. Maka Ejo Jo memarahi Probe dengan cemuhan 'robot kutip' (kerana Probe berpakaian tukang bersih sekolah). Probe membalas hinaannya balik dengan menegaskan dirinya sebagai Robot Tempur Probe.

Robotpetai

Kemunculan Robot Perisai Tempur Angkasa I.

Sekali terdengar gelaran 'Robot Tempur', Ejo Jo memerli Probe sekali lagi lalu menyuruh komputernya untuk menyiapkan robot tempurnya yang "sebenar". Maka turunlah robot tempur milik Ejo Jo dari kapal angkasanya, yang diperkenalkannya dengan nama "Robot PETAI". Nama itu membuat seluruh sekolah bergema dengan gelak tawa dan ejeken akan namanya. Seketika bingung dengan gelak ketawa mereka, Ejo Jo menjelaskan bahawa nama penuhnya ialah "Robot Perisai Tempur Angkasa I", atau singkatannya PETAI. Apapun, seluruh halaman sekolah masih tergelak dan mengejek, termasuk Adu Du dan Probe.

Robotpetaivssuperprobe

Super Probe cuba melawan Robot Petai.

Walaupun demikian, Ejo Jo tidak gentar dengan ejekan orang Bumi lalu membuat perintah sulungnya pada PETAI iaitu menyerang Probe. Sekali ditumbuk oleh PETAI ke langit, Probe segera bertukar menjadi Super Probe dan berentap dengan PETAI. Malangnya, Super Probe hanya sempat menahan tembakan peluru bertubi-tubi oleh PETAI, dan akhirnya PETAI melepaskan pancaran gelombang laser merah yang nampaknya merosakkan dan melumpuhkan Super Probe. Ejo Jo seronok melihat hasil perlawanan itu dan berpaling ke arah Adu Du yang bertukar ketakutan, tetapi tiba-tiba Super Probe yang serba lesu dapat bangun untuk cuba melawan PETAI, lalu terpaksa menahan satu tumbukan kencang dari robot tempur lawannya.

BoBoiBoy dan kawan-kawan terharu melihat Probe kian tewas di tangan PETAI, lalu bergegas lari ke arah padang untuk cuba menolong robot yang selama ini menjadi musuh mereka itu. Akan tetapi, Ejo Jo sempat menghalang mereka dengan memancarkan laser dari kapal angkasa ke arah mereka. Walaupun dijatuhkan oleh hentaman yang teramat kuat dari laser itu, namun mereka berlima masih dapat bangun dan menengking Ejo Jo atas kekejamannya terhadap Probe. Ejo Jo pula mengugut untuk menghapuskan mereka selepas menghapuskan Adu Du.

Probeberkecai

Berkecainya Probe.

Walaupun dibelasah dengan dahsyat, Super Probe yang semakin usang masih dapat berdiri untuk terus berlawan, tetapi sayangnya ia tidak terdaya untuk menyaingi Robot PETAI yang melancarkan tembakan bertubi-tubi ke arahnya tanpa sebarang perikemanusiaa hingga kempunan nampaknya. Dengan itu, Ejo Jo segera beralih kepada Adu Du dan menyuruh robotnya untuk menghapuskannya, tetapi sesempat PETAI melepaskan pancaran laser ke arah Adu Du, tiba-tiba sahaja ia ditampan oleh Super Probe yang bangun lagi untuk melindungi majikannya, dan dengan itu seluruh badan perisainya hancur berkecai, termasuk sekali badan asasnya.

Selamatjalanprobe

Adu Du meratapi pemergian robot setiawannya.

Adu Du terkejar-kejar untuk menyambut kepala Probe dalam keadaan sebak melihat robot setiawannya hancur berkecai sambil mengenang kenangan-kenangan manis bersama. Setelah kepalanya disambut, Probe yang sudah hancur seluruh badannya sempat meminta maaf kepada Adu Du atas perbuatan-perbuatannya yang menyebabkan Ejo Jo datang ke Bumi dan berterima kasih kepada Adu Du kerana mengutipnya pada awal lagi sebelum kuasanya kehabisan. BoBoiBoy dan kawan-kawan turut hiba menyaksikan babak perpisahan Probe dengan Adu Du yang meraung "Tidak!" ke angkasa, sementara Ejo Jo menikmati sandiwara ini dengan penuh megah.

Sebaik sahaja Probe terpadam, Adu Du naik darah lalu meluru ke arah Ejo Jo sambil menghunus sepasang pistol untuk menembak-nembak ke arah Ejo Jo dan PETAI. Ejo Jo membalas tembakan Adu Du dengan memecut ke arah Adu Du dan menjatuhkannya dengan sekali tumbukan. Sebaik Adu Du tersungkur, Ejo Jo mengambil kesempatan untuk mengacukan pistolnya ke arah Adu Du, tetapi tidak sempat dia menembak, Ejo Jo ditepis oleh BoBoiBoy dengan Keris Petir. Ejo Jo hairan dengan BoBoiBoy yang selama ini bermusuhan dengan Adu Du, tetapi BoBoiBoy tetap mengecam kekejaman Ejo Jo terhadap Adu Du dan Probe lalu melepaskan beberapa lagi Keris Petir ke arahnya.

Bbbhlwnpetai

BoBoiBoy Halilintar menyerang Robot Petai.

Setelah semua Keris Petirnya ditampan, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan membuat Gerakan Kilat ke arahnya untuk cuba menyerang Ejo Jo, tetapi dia ditepis oleh Robot PETAI. Fang mencampuri pertarungan ini dengan melepaskan Jari Bayang untuk menahan PETAI supaya BoBoiBoy berpeluang untuk menyerang robot tempur itu. BoBoiBoy Halilintar memanfaatkan peluang ini dengan mencakar-cakar PETAI dengan Pedang Halilintar, tetapi PETAI berjaya meloloskan diri dari cengkaman Jari Bayang lalu melepaskan sedas bebola api ke arah Fang. Mujurlah BoBoiBoy bertukar ke BoBoiBoy Gempa dan melindungi Fang dengan Tanah Pelindung.

Bbbtlwnpetai

Giliran BoBoiBoy Taufan pula.

Tanah Pelindung itu menyebabkan keadaan sekeliling menjadi kabut dengan debu tanah, maka memaksa PETAI untuk naik ke langit untuk mencari sasaran dengan lebih jelas. Di luar kabut tanah itu, PETAI dapat mengesan Gopal, Ying dan Yaya, tetapi tidak sempat ia bertindak, ia dijatuhkan ke tanah dari belakang oleh BoBoiBoy Taufan dengan Gerudi Taufan. Dalam kejatuhan PETAI, Yaya terbang ke langit untuk cuba melawan PETAI, tetapi terpaksa mengelak serangan peluru dari PETAI sebelum dapat melepaskan Tumbukan Padu untuk menjatuhkan semula robot itu ke tanah. Ying pula mengambil kesempatan ke atas PETAI dengan membuat Seribu Tendangan Laju sementara Gopal menukarkan peluru-pelurunya di langit menjadi cekedis. Setelah disuruh oleh BoBoiBoy, Gopal menukarkan PETAI menjadi sehelai cekodok pisang gergasi.

Petainaktembakfang

Awas, Fang!

Ejo Jo kelihatan terkilan melihat Robot PETAI kecundang di tangan lima wira muda, lalu disuruh oleh mereka supaya beredar dari Bumi atau berdepan dengan belasahan mereka. Rupa-rupanya Ejo Jo berpura-pura gusar lalu bertukar yakin semula sementara Robot PETAI tiba-tiba bangkit semula dari dalam cekodok pisang lalu menumpaskan Gopal, Ying dan Yaya dengan tangkas sekali. Fang geram dan melepaskan Harimau Bayang untuk melawan PETAI, tetapi Harimau Bayang tidak dapat lama menahan tembakan peluru bertubi-tubi daripada robot itu. PETAI hendak menembak Fang, tetapi BoBoiBoy Gempa sempat membentuk Tanah Pelindung dalam bentuk bebola untuk menyelamatkan Fang dari pancaran laser PETAI, tetapi bebola itu juga tidak tahan lama dek hujan tembakan PETAI.

Petaitangkapochobot

Robot PETAI menangkap Ochobot.

Ketika kelima-lima wira muda rebah, Ejo Jo sekali lagi menyuruh mereka untuk menyerahkan Ochobot, tetapi dijawab dengan "jangan harap" oleh BoBoiBoy. Ying tertanya bagaimana Ejo Jo hendak tahu di mana Ochobot berada, dan Gopal pula berpesan supaya jangan memberitahu kedudukan Ochobot 'di kedai Tok Aba', tanpa sengaja mendedahkan lokasinya lalu menutup mulut dengan tangan. Oleh itu, Ejo Jo menyuruh PETAI untuk menggali tanah ke arah lokasi kedai Tok Aba dan kembali dengan Ochobot.

Setelah Robot PETAI membawa kembali Ochobot, Ejo Jo mengingatkan lima wira muda bahawa dia tidak perlu merisik maklumat dari mereka sendiri untuk mengetahui tentang lokasi-lokasi penting di Bumi. Walau bagaimanapun, BoBoiBoy dan kawan-kawan bangun tanpa menunjukkan rasa tunduk kepada tuntutan Ejo Jo ke atas kuasa-kuasa mereka. Ejo Jo hairan melihat semangat mereka lalu menyuruh Robot PETAI untuk 'mematahkan semangat' mereka. Maka PETAI melaksanakannya dengan menggali sekali lagi dan meruntuhkan bangunan sekolah dari bawah tanah!

Sekolahruntuh

Sekolah runtuh!

Papa Zola dan murid-murid kelas 5 Jujur yang lain terperangkap dalam sekolah yang hendak runtuh itu, maka BoBoiBoy menyeru kawan-kawannya untuk menyelamatkan kawan-kawannya sambil bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar sekali lagi. Di bangunan sekolah yang sedang runtuh, Ying cepat menyelamatkan dua orang murid dari runtuhan sementara Yaya mengelakkan papan putih daripada menghempap Papa Zola. Dengan itu, Papa Zola menyuruh semua murid-murid mengikutnya keluar dari bangunan sekolah, dengan bantuan Fang yang membentuk sederet gerbang bayang untuk menambat runtuhan bangunan dan membuka jalan yang mudah untuk mereka.

Akan tetapi, Papa Zola dan murid-murid masih terdedah kepada siling runtuh yang kian meruncing hingga Papa Zola sendiri tiba-tiba memekik seperti perempuan, membuat murid-muridnya senyap sambil terkilan di tengah-tengah saat genting. Mujurlah Yaya ada untuk menampan semua runtuhan sementara Gopal menukarkan runtuhan kepada makanan, yang mana Papa Zola terlindung dalam sebuku agar-agar kuning.

Sementara itu, di bawah tanah BoBoiBoy Halilintar bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan dan melepaskan Pusaran Angin Kencang ke arah Robot PETAI untuk menolaknya keluar ke permukaan dan melepaskan Ochobot. Setelah itu, Ochobot lolos dan meluru jauh keluar dari halaman sekolah. Fang terlihat Ochobot terkapai-kapai di padang sekolah lalu segera turun untuk cepat menyelamatkannya sambil menyerahkan kerja menyelamatkan murid-murid kepada Yaya, Ying dan Gopal. Dalam kesibukan itu, tiba-tiba sahaja mereka bertiga itu bertembung Robot PETAI.

Petaimenangkapkawankawan

Wira-wira lain dalam cengkaman musuh.

BoBoiBoy Taufan bertukar ke BoBoiBoy Gempa dan membuat Tanah Pemenuh untuk menahan bangunan sekolah dari runtuh, kemudian beralih ke bentuk BoBoiBoy Halilintar untuk meluru keluar dari bawah tanah dan berjumpa semula dengan kawan-kawan di tempat letak kereta, tetapi sambil menyorok di sebelah kereta Papa Zola dari pemerhatian musuh, dia mendapati Yaya, Ying, Gopal dan Papa Zola dalam cengkaman Robot PETAI, sementara Ejo Jo menyeru dua lagi wira muda untuk bersemuka dengannya demi keselamatan kawan-kawan mereka sambil memegang jam-jam kuasa mereka. Fang dengan Ochobot turut bersembunyi di sebelah tiang lampu yang semuka dengan kedudukan BoBoiBoy.

Bbbx3bincang

Tiga BoBoiBoy membincangkan strategi sewajarnya.

Dalam keadaan yang amat genting ini, BoBoiBoy terpaksa berpecah kepada tiga, maka BoBoiBoy Halilintar, Taufan, dan Gempa mula berbincang sesama mereka akan tindakan yang wajar diambil. Mula-mula, BoBoiBoy Gempa bercadang supaya mereka berundur, tetapi BoBoiBoy Halilintar bertegas hendak melawan demi keselamatan kawan-kawan. BoBoiBoy Taufan berhujah, Ejo Jo tidak akan berani membahayakan mereka selagi tidak dapat kesemua Jam Kuasa dengan Ochobot sekali; BoBoiBoy Gempa setuju dengannya.

Setelah sekilas memandang Adu Du yang terlentang di balapan, BoBoiBoy Gempa menyuruh BoBoiBoy Taufan untuk membuat Pusaran Taufan untuk digabungkan dengan Tanah Tinggi untuk mengaburkan pemandangan, sementara BoBoiBoy Halilintar pula disuruh untuk melindungi Fang dan Ochobot sementara BoBoiBoy Gempa sendiri menyelamatkan Adu Du. Maka ketiga-tiga BoBoiBoy menyempurnakan tugas masing-masing, lalu mematuhi arahan BoBoiBoy Gempa untuk berundur. Dalam ribut pasir yang kencang ini, Ejo Jo segera menyuruh komputer untuk menteleportnya dengan tebusan-tebusan sekali ke dalam kapal angkasa.

Watak[]

Trivia[]

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Musim 2, Episod 12

Video[]

Advertisement