BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Baca transkrip ini

Musim 1, Episod 2 (juga dipasarkan sebagai Musim 1, Episod 3 & 4) merupakan episod kedua siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 20 Mac 2011.

Ringkasan[]

Sebuah Power Sphera bernama Ochobot mengikuti BoBoiBoy dan memberikan kuasanya, sementara Adu Du merancang untuk menghapuskan BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk dapat Ochobot balik.

Plot[]

Episod 3[]

Turunkan aku BoBoiBoy!

Ochobot gayat apabila berada di atas Tanah Tinggi buatan BoBoiBoy.

Dengan berlatih, BoBoiBoy cuba mengingati semula bagaimana dia dapat menghasilkan kuasa-kuasa elemen pada malam semalam. BoBoiBoy menamakan kuasa-kuasanya sebagai "Keris Petir", "Pusaran Angin" dan "Tanah Tinggi". Malangnya, Ochobot yang mengawasinya menjadi mangsa uji kaji BoBoiBoy. Ochobot menjanjikan satu "kuasa terkuat" untuk BoBoiBoy. Sementara itu, Adu Du mengarahkan sepasukan Robot Hamba untuk memburu Bola Kuasanya.

Selepas berlatih, BoBoiBoy membawa Ochobot pergi berjumpa dengan kawan-kawan barunya untuk menghebohkan kuasa-kuasa barunya. Mula-mula, dia berjumpa dengan Gopal, tetapi belum sempat dia mulai mengkhabarkan kuasa barunya, Ying tiba-tiba menyuruh mereka untuk berlari kerana Yaya datang. Dengan rasa hairan BoBoiBoy menanya mengapa, Gopal dan Ying menjelaskan bahawa Yaya membawa biskut yang tidak sedap untuk dimakan. Akhirnya, Yaya berjaya mengejar mereka bertiga dan memaksa BoBoiBoy si budak baru mencuba biskutnya, sementara Gopal dan Ying berbuat polos. BoBoiBoy mencuba seketul biskut Yaya lalu berasa loya dan ingin membidas biskut Yaya, tetapi mulutnya sempat dihalang oleh Gopal dan Ying kerana Yaya boleh naik darah jika dikritik tentang biskut yang dibuatnya.

Heh! Apsal kita lari ni?

BoBoiBoy menanya Gopal mengapa mereka berlari.

Setelah selesai dengan hal biskut Yaya, BoBoiBoy akhirnya mengambil kesempatan untuk menceritakan kisah berada dalam kapal angkasa makhluk asing pada hari semalam dan memperagakan kuasa-kuasa supernya kepada tiga orang kawannya, tetapi tidak satu pun yang menjadi. Dia cuba memperkenalkan pula Ochobot yang menyamar sebagai bola sepak, tetapi bola itu senyap sahaja. BoBoiBoy ditertawakan oleh kawan-kawannya, terutamanya Gopal yang berjenaka bahawa BoBoiBoy menjadi kurang sedar kerana makan biskut Yaya.

Tiba-tiba, mereka berempat dikejutkan oleh kedatangan Adu Du. Mereka semua mengecam makhluk hijau berkepala kubus itu daripada siaran TV. Gopal mendekati Adu Du itu untuk mendapatkan autograf dari Adu Du atas sangkaan bahawa Adu Du itu pelakon berkostum, tetapi dibalas dengan tembakan laser kepada buku catatannya. Akhirnya, Gopal dikasari oleh Adu Du lalu sedar bahawa dia memang makhluk asing jahat yang sebenar. Adu Du menyeru Probe dalam bentuk Super Probe untuk melancarkan serangan terhadap BoBoiBoy yang mencuri bola kuasanya. Dengan serangan itu, akhirnya kuasa BoBoiBoy menjadi dan boleh digunakan untuk melindungi kawan-kawannya dan menentang Adu Du.

Cik! Boleh minta autograf tak?

Gopal meminta autograf daripada Adu Du.

Ochobot mula bersuara dan bersorak demi BoBoiBoy, dan dengan itu, tidak sengaja mendedahkan dirinya kepada Adu Du. Ochobot pun ditangkap oleh cengkaman Super Probe, supaya dia dihadapkan kepada pemilik asalnya. Di hadapan muka Adu Du yang bengis, Ochobot berani menafikan diri sebagai milikan Adu Du kerana ia diprogramkan untuk mengikut dan mempertuankan sesiapa yang dilihatnya sebaik sahaja membuka mata buat kali pertama dalam riwayatnya. BoBoiBoy menjelaskan bahawa dialah yang mengaktifkan Ochobot sambil melepaskan Ochobot dari cengkaman Probe dengan Tanah Tinggi. Dengan rasa marah, Adu Du mengarahkan Probe untuk membalas serangan BoBoiBoy dengan cakera pemotong. Dengan kuasa tiga elemen, BoBoiBoy menangkis serangan berbahaya dari Probe.

Kenapa, Kenapa kau bagi dia kuasa hah?

Adu Du menangkap Ochobot dengan Super Probe.

Adu Du tidak cepat berputus asa, lalu menyuruh Probe untuk mencengkam semula Ochobot. Sebelum Probe sempat berbuat demikian, BoBoiBoy menendang Ochobot ke tempat yang lebih jauh lalu menyerahkan dirinya kepada genggaman Probe. Ini menyebabkan kawan-kawan BoBoiBoy menjadi teramat cemas, sehingga Ochobot sempat mencari jalan dan mengurniakan kuasa-kuasa istimewa kepada Yaya, Ying dan Gopal dengan sepantas kilat.

Episod 4[]

Terimalah hukuman ini!

Kuasa Gopal tidak menjadi.

Ochobot mendapat akal untuk memberikan kuasa kepada Yaya, Ying dan Gopal. Yaya mendapat kuasa terbang dan angkat berat yang luar biasa, sementara Ying diberi kuasa larian sepantas kilat untuk melawan Adu Du dan Super Probe. Apabila Super Probe terbaring, Gopal mengambil kesempatan untuk mencuba kuasanya, tetapi dia terlupa lalu sempat diperangkap oleh Probe. Ying dan Yaya juga menjadi mangsa kelicikan Probe lalu dicengkam sekali sebagai ugutan kepada BoBoiBoy dan Ochobot.

BoBoiBoy Kuasa Tiga!

Lahirnya BoBoiBoy Kuasa Tiga!

Ochobot menyeru BoBoiBoy supaya menggunakan "kuasa terkuatnya". Dengan itu, BoBoiBoy menghidupkan jam tangannya untuk berpecah menjadi tiga orang – seorang mengawal angin, seorang mengawal tanah, dan seorang mengawal petir. Satu demi satu, ketiga-tiga pecahan BoBoiBoy membelasah Adu Du dan Probe habis-habisan sehingga mereka terpaksa berundur. Setelah habis bertarung, BoBoiBoy ditegur oleh Gopal kerana menyebabkan Ochobot lupa apa kuasa yang diberikannya kepada Gopal. Dengan rasa berang dan tidak puas hati atas kekalahannya tadi, Adu Du menyuruh kawanan Robot Hambanya untuk menyerbu Pulau Rintis untuk mencuri koko.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya berteduh untuk berehat setelah puas berjuang dengan kuasa baru mereka. Ying mencuba kuasa pecutan dengan menelefon Burgerriak untuk membuat pesanan dari jauh, kemudian dalam sekelip mata, dia muncul secara tiba-tiba di hadapan petugas kedai makanan segera yang masih memegang gagang telefon kerana menerima panggilan Ying, untuk menunjukkan makanan yang betul dalam menu atas panel kaunter.

Haiya, senang je pakcik!

Dari pemesan telefon ke pelanggan di kedai dalam sekelip mata.

Ketika mereka berempat menjamu selera dengan makanan yang dibeli oleh Ying, kedengaran jeritan meminta tolong seorang wanita dan Yaya terbang ke arah suara itu. Beberapa minit kemudian, Yaya pulang dengan sebakul biskut yang menggerunkan kawan-kawannya. Yaya menjelaskan bahawa dia menolong seorang makcik menjual kuih dan biskut, dan bakul biskut ini dibuat oleh makcik itu. BoBoiBoy dan yang lain-lain rasa lega lalu memakannya.

Jeritan minta tolong dari lelaki kedengaran pula, dan Gopal bergegas ke sana walaupun tidak tahu kuasanya. Rupa-rupanya lelaki itu meminta tolong kerana kecurian ikan, dan Gopal tidak berasa risau kerana tidak memerlukan kuasa. Rupa-rupanya pencuri itu ialah seekor kucing (Potato) liar yang langsang dan tidak dapat dikawal oleh Gopal; kerana itu, ikan itu tidak dapat diselamatkan.

Tolong! Pencuri!

Tok Aba diserbu oleh Robot Hamba suruhan Adu Du.

Robot-robot Hamba Adu Du kembali ke kapal, tetapi analisa Komputer mendapati bahawa bekalan koko yang dibawa masuk itu tidak cukup kuasa. Bagaimanapun, ia dapat mengesan sumber koko yang kuat dari Tok Aba's Kokotiam, maka Adu Du tidak membuang masa dan menyuruh Robot-robot Hamba menyerang warung itu. Maka robot-robot suruhan itu melaksanakan arahan komandernya dan mengganas di tempat berniaga Tok Aba demi sumber koko yang hebat. Jeritan Tok Aba meminta tolong pun disambut oleh BoBoiBoy dan kawan-kawan yang berusaha menumpaskan gerombolan penyamun besi itu dengan kuasa-kuasa super mereka. Dalam pertarungan ini, Ying bersin lalu hilang kuasanya; Ochobot sempat memesannya untuk bersin semula supaya kuasanya pulih.

Setelah Robot-robot Hamba Adu Du berjaya dihalau, Tok Aba rebah kerana terpaksa menahan rasa cemas daripada serangan itu. BoBoiBoy berjanji untuk menjelaskan peristiwa itu nanti.

Watak[]

Trivia[]

  • Seorang bayi yang muncul di awal episod ini ialah ToToiToy yang merupakan adik lelaki kepada Yaya. Namanya didedahkan dalam Musim 1, Episod 11.
  • Seekor kucing yang memakan biskut Yaya ialah Potato, dia merupakan bekas kucingnya yang mungkin digantikan oleh Alebi dalam Musim 1, Episod 3, namanya dapat dilihat di laman web Animonsta Studios.
  • Untuk kali pertama, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga iaitu BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Petir. Ochobot menyebutnya sebagai kuasa terkuatnya.
  • Ini menunjukkan kemunculan kedua Pakcik Mat, yang juga dikenal sebagai Burgerman. Yang pertama ialah Musim 1, Episod 1.
  • Episod kedua di mana watak salah menyebutkan nama seseorang, dalam episod sebelumnya, BoBoiBoy tersilap memanggil Yaya "Mimi".
  • Dalam versi buku cerita daripada siri BoBoiBoy, episod ini dinamakan "Superhero Empat Sekawan".
  • Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Serangan Adu Du".

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Musim 1, Episod 2

Video[]

Advertisement