Musim 1, Episod 12 (juga dipasarkan sebagai Musim 1, Episod 23 & 24) merupakan episod kedua belas siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 18 Disember 2011.
Plot[]
Episod 23[]
BoBoiBoy Taufan akhirnya menjelma buat julung kalinya di hadapan BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Petir, Yaya, Ying dan Ochobot setelah menjadi gila kerana terlebih makan biskut Yaya yang tercemar oleh Cecair Emosi X buatan Adu Du. BoBoiBoy Taufan hendak memaksa kawan-kawannya memakan biskut itu, tetapi disampuk oleh tembakan peluru bertubi-tubi dari Adu Du dan Super Probe. Mujurlah BoBoiBoy Taufan dapat mengelak serangan itu dan mengakali musuhnya dengan Bola Taufan yang membuat Super Probe berpusing-pusing dalam puting beliung sehingga anggota-anggota badannya tercabut! Super Probe sempat menegakkan dirinya semula dengan mengeluarkan sayapnya, tetapi tidak sempat melakukan serangan seterusnya, BoBoiBoy Taufan memecut ke arahnya dan menyumbat mulut Adu Du dengan segenggam biskut Yaya. Setelah merasai dan menelan biskut-biskut itu, Adu Du menyuruh Probe untuk berundur.
BoBoiBoy Taufan belum puas melawan Adu Du dan hendak mengejarnya, tetapi dia dihalang oleh BoBoiBoy Tanah dan Petir yang menyuruhnya supaya bercantum balik sebelum mereka hilang ingatan lagi. Akan tetapi, BoBoiBoy Taufan mengingkari gesaan mereka dan memanggil mereka "lemah". Ini membuat BoBoiBoy Petir menjadi marah hingga menjadi BoBoiBoy Halilintar. Tanpa membuang masa, BoBoiBoy Halilintar menghunus Pedang Halilintar sementara BoBoiBoy Taufan melancarkan Perisai Taufan untuk beradu kehebatan di langit, tanpa menghirau gesaan kawan-kawannya supaya jangan bergaduh sehingga menimbulkan satu ribut. BoBoiBoy Taufan mendapat mata pertama dengan menjatuhkan BoBoiBoy Halilintar ke bumi sambil mencederakan pipi kanannya dengan objek yang ditiupi oleh ribut itu.
Belum serik daripada bertarung, BoBoiBoy Halilintar meluru ke arah lawannya dengan Gerakan Kilat dan menyerangnya sekali lagi dengan Pedang Halilintar, tetapi kali ini BoBoiBoy Taufan mempertahankan diri dengan Bola Taufan dan Gerudi Taufan. Sebelum BoBoiBoy Taufan sempat melancarkan serangannya lagi, dia dihalang oleh Tanah Pencengkam oleh BoBoiBoy Tanah. BoBoiBoy cepat menggerudi keluar dari cengkaman itu, tetapi sempat dicengkam sekali lagi. Dengan cepatnya Ochobot tampil untuk memancarkan episod terakhir "Seguni Mawar Merah" keluar dari matanya untuk tontonan BoBoiBoy Taufan, menyebabkan dia sebak melihat babak Roy bersatu semula dengan 'kekasihnya' iaitu Sasha si kucing, maka dia bertukar balik menjadi BoBoiBoy Angin.
Setelah ditanya oleh Yaya, Ochobot menerangkan bahawa BoBoiBoy Angin menjadi BoBoiBoy Taufan kerana terlalu gembira memakan biskut Yaya, jadi sewaktu dua BoBoiBoy yang dipertingkat itu sibuk bergaduh, dia mendapat jalan untuk meredakan keadaan dengan membuat BoBoiBoy Taufan sedih, dan telenovela itulah jalan penyelesaiannya. Ada seorang lagi yang perlu dipulihkan, iaitu Gopal yang asyik bergembira menari sambil bernyanyi ala filem Bollywood.
Sekembalinya di kapal angkasa, perangai Adu Du jauh berlainan daripada biasa, iaitu sedih dan kasihan dengan Probe sampai hendak menyapu minyak gamat pada robot suruhannya. Probe teringat ketika bertarung, majikannya dipaksa makan biskut tercemar oleh BoBoiBoy Taufan, jadi dia cepat membawa Adu Du ke bilik rawatan untuk dipulihkan. Setelah dipulihkan, Adu Du memarahi Probe dan terus bangun dari kerusi baring, tetapi tubuhnya goyah dan perlu dipapah. Probe memesan majikannya supaya berehat dahulu. Komputer pun setuju kerana kesan campuran cecair X dan biskut Yaya terlalu kuat. Apapun, Adu Du tidak serik berdendam dengan BoBoiBoy maka Probe cuba cara-cara untuk mengalahkan musuh ketatnya itu.
Setelah lima jam berfikir, Probe menyarankan supaya mereka semua menghubungi Jeneral. Untuk itu, Adu Du melemparkan cawan ke arah Probe kerana misi memburu koko mereka ini adalah rahsia dan dia tidak ingin seluruh penduduk Ata Ta Tiga turut bersaing dengannya untuk memburu koko di Bumi. Ertinya, Adu Du hendak memonopoli koko di Bumi semata-mata untuk menjadi wira di planet asalnya. Probe mengingatkan Adu Du bahawa itu belum boleh menjadi kenyataan kerana dia belum mengalahkan BoBoiBoy.
Komputer menyarankan pula supaya Adu Du menghubungi Bago Go, seorang penjual senjata haram yang sama bangsanya dengan Adu Du. Adu Du setuju dan menyuruh Komputer menghubunginya serta-merta. Setelah dapat bersemuka dengan Bago Go menerusi sistem persidangan video, Adu Du meminta jurujual itu datang ke kapal angkasanya.
Episod 24[]
Adu Du menyuruh Komputer untuk menyediakan sistem teleport untuk menyambut kedatangan Bago Go, si penjual senjata haram. Sementara menunggu kedatangan Bago Go, Probe memesan Adu Du supaya berhati-hati kerana Bago Go ialah "Pisau Cukur Berbilah Dua" yang terkenal dengan kelicikan memerangkap mangsanya. Ini membuat Adu Du berasa gentar, tetapi Probe berpesan lagi supaya berfikiran tajam dan sentiasa berwaspada apabila dia tiba. Akhirnya, Bago Go muncul dan memperkenalkan dirinya dengan gaya yang begitu licik dalam tanggapan Adu Du. Tus-tus, Adu Du dikejutkan dan terkilan oleh Probe yang 'cakap tak serupa bikin', tidak teragak-agak menyambut kehadiran Bago Go.
Tanpa membuang masa, Probe merampas katalog Bago Go dan menunjukkannya kepada majikannya. Adu Du menyelak-nyelak halaman buku itu sambil tergamam oleh harga senjata yang mahal-mahal belaka. Bago Go mulai memujuk pelanggannya dengan diskaun akhir tahun sehingga 3 peratus! Apapun, diskaun itu begitu sedikit dan tidak meyakinkan sedikit Adu Du. Bago Go sekali lagi memujuk Adu Du untuk memilih senjata dalam katalog, kerana harga itu boleh dirunding. Adu Du memilih Meriam Plasma X 5000; Bago Go dengan teruja menerangkan bahawa meriam itu boleh menembak sejauh dua tahun cahaya dan memusnahkan dua buah planet dalam sekelip mata, kemudian bertanya apa yang hendak ditembak oleh pelanggannya itu. Komputer berbisik kepada Adu Du supaya tidak mengungkit BoBoiBoy dan koko di hadapannya supaya makhluk asing yang lain tidak datang mengacau mereka. Jadi, Adu Du menjawab, tupai angkasa.
Bago Go bercakap panjang lebar dengan cerita bahawa pernah ada seorang pelanggan yang membeli meriam itu untuk menembak tupai angkasa sehingga satu keturunan tupai angkasa lenyap dibuatnya. Probe berasa yakin dengan meriam itu dan berkata hendak membelinya sekarang. Oleh itu, Bago Go memuji Probe di depan Adu Du. Kerana tidak sempat melihat harganya dalam katalog tadi, Adu Du bertanya apa harganya. Bago Go mendapati meriam ini ada harga promosi dan diskaun tambahan 2 peratus kerana bujang dan berkepala kotak, maka jumlah diskaunnya 5 peratus, tetapi harganya tetap 50 juta ringgit, 50 sen – masih mencekik darah buat Adu Du sampai membuatnya pengsan! Probe cuba berunding dengan Bago Go tentang harga barangan yang ingin dibeli itu.
Sementara itu, dekat Tok Aba's Kokotiam, ketiga-tiga BoBoiBoy memperagakan kuasa dipertingkat masing-masing: BoBoiBoy Petir menjadi BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Angin menjadi BoBoiBoy Taufan sambil mengawal perasaan diri. Sayangnya, BoBoiBoy Tanah belum menemui kuasa dipertingkatnya setelah beberapa kali mencuba, dan Gopal mengingatkan mereka semua bahawa dia perlu merasai suatu emosi yang kuat. Gopal cuma menggamit perasaan BoBoiBoy Tanah dengan menempelak kepalanya dengan kuali leper, tetapi tidak berkesan selain menyakitkan kepalanya. Kemudian, dia cuba membuatnya cemburu dengan memuji-muji dua BoBoiBoy yang lain. Gopal tidak setuju BoBoiBoy Tanah perlu disedihkan.
Tok Aba pun tiba untuk membuka warung dan memerli Gopal kerana aksi filem Hindustan tadi. Setelah melihat BoBoiBoy yang berpecah tiga, BoBoiBoy Tanah menerangkan bahawa dia hendak mencari kuasa baru. Tok Aba menyuruh BoBoiBoy mengemas begnya kerana dia akan kembali ke bandar sempena akhir cuti sekolah.
Tidak lama kemudian, Adu Du bangun di hadapan Probe di tempat pelupusan sampah ("halaman" kapal angkasa), lalu bertanya ke mana perginya Bago Go. Probe menjelaskan bahawa dia telah menjual kapal angkasa mereka kepada Bago Go demi membeli senjata, sehingga Adu Du betul-betul naik darah, meracau dan hendak membaling cawan. Malangnya, Komputer menerangkan bahawa cawan itu turut dijual. Dengan geramnya Adu Du memeras penjelasan daripada Probe. Jelas Probe, Bago Go memujuk-mujuk Probe dengan katalog itu sekali lagi tanpa mengacau Adu Du yang baru pengsan itu. Bago Go meminta Probe supaya tidak mengungkit tentang harga selagi tidak mendengar keterangan barangan jualannya.
Misalnya, "keluaran terbaru" Laser Beam X3400 yang mantap; Bago Go menceritakan bahawa anaknya pernah tertembaknya dengan senjata itu sampai dia terlantar dalam hospital selama dua tahun. Harganya 10 juta ringgit dan 10 sen; masih mahal buat Probe. Oleh itu, Bago Go mencadangkan supaya kapal angkasa Adu Du itu dijual dan menaksir harga kapal tersebut dalam katalognya sebagai "Kapal Sampah A80" yang berharga 20 ringgit, 20 sen – cukup untuk ditukarkan dengan sudip elektrik. Makin lama mendengar penjelasan Probe, makin geramlah Adu Du supaya dia boleh memukul-mukul Probe dengan sudip itu setelah musibah yang menimpanya gara-gara kelicikan Bago Go!
Akan tetapi, Probe sempat menghabiskan penjelasannya. Oleh sebab dialah pembeli sudip elektrik yang kesepuluh, Probe mendapat satu hadiah istimewa iaitu Robot Pemusnah Mukalakus yang tidak dihidupkan dengan tenaga. Dengan sukacitanya Probe mengagumkan Adu Du dengan sebuah robot gergasi hijau yang berdiri tesergam di hadapan matanya sahaja.
Watak[]
- BoBoiBoy
- Yaya
- Ying
- Gopal
- Ochobot
- Tok Aba
- Azroy
- Sasha
- Adu Du
- Probe
- Komputer
- Bago Go (Kemunculan sulung)
- Robot Pemusnah Mukalakus (Kemunculan sulung)
Trivia[]
- Ia didedahkan bahawa Adu Du membuat BoBoiBoy Angin terkena perangkap dengan memberikannya Cecair Emosi X supaya dia membuat BoBoiBoy hilang ingatan lagi dan menghalangnya daripada bercantum semula.
- Inilah episod kedua di mana Adu Du cuba BoBoiBoy untuk menghilangkan ingatannya dengan mengelakkan dia untuk bercantum semula. Yang pertama ialah Musim 1, Episod 6.
- BoBoiBoy Tanah berfikir bahawa versi yang dinaik tarafnya ialah Batu dan Lumpur.
- Seperti Adu Du, Mata Bago Go bersinar kuning apabila kemunculan sulungnya.
- Ini merupakan episod pertama dimana nombor telefon muncul dalam skrin.
- Ini merupakan episod pertama dimana perkataan "Boleh digunakan untuk memukul lalat" disebut dan Adu Du memukul Probe dengan Sudip Elektrik. Yang kedua ialah Musim 2, Episod 5.
- Episod ini menunjukkan kemunculan pertama Bago Go.
- Ini didedahkan bahawa kapal angkasa Adu Du bernama Kapal Sampah A80 dan juga penerangan kapal angkasa: "Model kapal sampah ini adalah model yang pertama dicipya. Rekaan badannya besar tetapi tidak boleh bergerak dengan laju. Kawalannya secara manual dan primitif."
- Tidak diketahui apa yang berlaku pada suara Adu Du pada separuh kedua episod ini dalam versi Disney Channel.
- Bago Go menerangkan Laser Beam X3400, bahawa "keluaran terbaru" ini pernah membuat dirinya terlantar di hospital selama dua tahun. Jika bukan kesilapan skrip, maka ini menunjukkan bahawa Bago Go seorang penipu.
- Ketika Bago Go bilang "Harga" dalam 13:22, mulutnya tertutup.
- Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Cecair Emosi X".
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Musim 1, Episod 12
Video[]
|