BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Musim 1, Episod 10 (juga dipasarkan sebagai Musim 1, Episod 19 & 20) merupakan episod kesepuluh siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 4 Disember 2011.

Kedua-dua episod ini ialah episod istimewa yang membicarakan tentang surat-surat peminat BoBoiBoy.

Ringkasan[]

Adu Du mengarahkan Probe untuk mencuri surat peminat BoBoiBoy tetapi Probe dan Komputer menjawab surat peminat dengan cara yang jujur.

Plot[]

Episod 19[]

Probe kembali ke kapal angkasa Adu Du dengan gembiranya membawa sekantung surat peminat BoBoiBoy yang dicurinya, tetapi Komputer memberitahunya bahawa majikan mereka telah keluar membeli baju. Apapun, Probe terus menjawab soalan-soalan dalam surat-surat itu atas suruhan Adu Du, dan menyuruh Komputer untuk menulis surat balas untuk dihantar pulang kepada peminat. Komputer turut menolong menjawab soalan.

Soalan #1: Mengapakah BoBoiBoy tak pergi sekolah?

Jawapan: Cerita BoBoiBoy diadakan sewaktu musim cuti sekolah. BoBoiBoy ke Pulau Rintis untuk tinggal bersama Tok Aba. Sudah lama mereka tidak saling berjumpa sehingga BoBoiBoy tidak mengecam rupa datuknya.

Soalan #2: Mengapakah Adu Du terkejut besar setelah menemui koko di Bumi?

Jawapan: Koko sudah lama pupus di planet asal Adu Du, iaitu Planet Ata Ta Tiga. 30,000 tahun lalu, bangsa makhluk asing Sekubus berlumba-lumba mengejar kemajuan sehingga seluruh planet dipenuhi bandar dan kilang, alam sekitar tercemar dengan bahan-bahan toksik dan pokok koko (sumber kuasa utama Ata Tatiga) pun tidak boleh hidup. Adu Du masih boleh hidup dalam persekitaran toksik kerana tiada hidung. Koko ini merupakan sumber tenaga yang amat kuat sampai boleh mengaktifkan Ochobot.

Soalan #3: Mengapakah Probe sangka manusia boleh memakan Adu Du, dan mengapa dia "macam tak betul je"?

Jawapan: Logiknya, manusia makan makanan hijau, dan Adu Du berwarna hijau, maka disangka Probe bahawa manusia boleh makan Adu Du. Jelas Komputer, Probe ini cuma prototaip maka ia "ada hal sikit" dan hanya boleh diaktifkan dengan air.

Soalan #4: Apakah kuasa BoBoiBoy?

Jawapan: BoBoiBoy memiliki kuasa elemen untuk mengawal petir, angin dan tanah, dan boleh berpecah menjadi tiga.

Soalan #5: Mengapakah Ochobot memberikan kuasa kepada BoBoiBoy, bukan Adu Du?

Jawapan: Probe mencuri koko Tok Aba untuk mengaktifkan Ochobot atas suruhan Adu Du, tetapi sewaktu proses pengaktifkan dijalankan, BoBoiBoy mencuri masuk kapal angkasa Adu Du untuk mengambil balik tin serbuk koko Tok Aba, dan pada saat itulah Ochobot membuka mata dan mula-mula melihat BoBoiBoy. Oleh itu, ia memberi BoBoiBoy kuasa, bukan Adu Du. Semasa ditangkap oleh Adu Du, dia menjelaskan bahawa dirinya diprogramkan untuk mengikut sesiapa yang mengaktifkannya, dan BoBoiBoy mengingatkan bahawa kokonya digunakan untuk mengaktifkannya jadi BoBoiBoy lah yang dikira sebagai pengaktifnya. Sebenarnya, koko itu milik Tok Aba, jadi Ochobot dikira sebagai milik Tok Aba dan dijadikan pembantu percuma di Tok Aba's Kokotiam.

Soalan #6: Bolehkah hantar hadiah kepada saya?

Jawapan: Tak boleh.

Soalan #7: Mengapakah Adu Du dan Probe asyik kalah? Adakah BoBoiBoy dan kawan-kawan tiada kelemahan?

Jawapan: BoBoiBoy itu pelupa, apatah lagi apabila terlalu lama menggunakan Kuasa Tiga. Gopal pula penakut, apalagi kuasanya lebih menyerlah apabila takut. Ying kehilangan kuasa dengan sekali bersin, tetapi pulih kuasanya dengan bersin sekali lagi. Kelemahan Yaya ialah tidak pandai membuat biskut sehingga rasanya seperti kertas pasir dan mampu membuat manusia yang memakannya pengsan. Episod ini diakhiri dengan sedutan episod akan datang, yang mana Yaya membacakan resipi biskutnya kepada BoBoiBoy.

Episod 20[]

Soalan #157: Kenapa Adu Du mahu koko Tok Aba? Koko orang lain tak bolehkah?

Jawapan: Adu Du mendambakan resipi koko rahsia Tok Aba kerana koko Tok Aba berjaya "meragamkan potensi koko yang sebenar", sehingga dia dan Probe cuba mencuri buku resipinya, misalnya menukarkan bentuk Probe menjadi Super Probe, mesin basuh, ketuhar dsb.

Soalan #158: Apa yang terjadi kepada Multi-Monster dan Papa Zola?

Jawapan: Setelah menolong BoBoiBoy, Multi-Monster kembali ke tempat pembuangan sampah untuk mendirikan perkampungan sendiri. Papa Zola pula mencari-cari pekerjaan di alam nyata tetapi sentiasa gagal dalam temuduga, sehingga mengeluarkan sebuah buku motivasi bertajuk "1001 Sebab Gagal Temuduga". Antara petua-petua dalam buku ini ialah "Jangan pandai memandai-mandai" dan "Jangan salah mengaku bersalah".

Soalan #159 (dari seorang ibu prihatin): Mengapakah Gopal asyik menukarkan benda menjadi makanan yang tidak sihat?

Jawapan: Akhir-akhir ini, Gopal menukarkan benda menjadi makanan yang lebih sihat, misalnya nasi goreng kampung bertelur mata, nasi mak timah dan cekodok pisang. Ini disebabkan oleh satu kejadian apabila Gopal senyap-senyap menukar benda-benda terbuang menjadi gula-gula dan makanan rapu di depan BoBoiBoy, tetapi akhirnya ditangkap dan ditegur oleh Yaya bahawa makanan ringan itu tidak berkhasiat, apalagi gigi Gopal patah.

Soalan #160 (cepumas): Mengapakah episod BoBoiBoy asyik berulang-ulang?

Soalan #161 (dari Adik Adam): BoBoiBoy Petir menjadi BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Angin dan Tanah pula menjadi apa?

Jawapan: BoBoiBoy Angin menjadi BoBoiBoy Taufan, manakala BoBoiBoy Tanah menjadi BoBoiBoy Gempa.

Lama-kelamaan, semua soalan peminat BoBoiBoy terjawab, dan Adu Du pun pulang dari membeli-belah. Adu Du memuji Probe dan Komputer kerana menjawab semua soalan peminat itu, tetapi bertukar marah apabila Probe menjelaskan bahawa mereka berdua menjawab soalan-soalan itu dengan jujur, sedangkan mereka sepatutnya memberikan jawapan-jawapan yang biadab supaya peminat BoBoiBoy membenci wira cilik itu. Mujurlah tinggal sepucuk lagi surat dalam kantung, dan Adu Du mengambil kesempatan ini untuk membalas surat itu dengan biadab.

Dua hari kemudian, surat balasan kepada surat terakhir itu dihantar ke kapal angkasa Adu Du pula. Rupa-rupanya surat asal itu ditulis oleh Probe sendiri! Kerana itu, Adu Du jadi marah dan menghukumnya.

Watak[]

Dalam imbas kembali[]

Trivia[]

  • Watak yang bermula dari Multi-Monster dan di bawah tidak dikreditkan.
  • Episod ini juga mendedahkan nama 3 potensi BoBoiBoy.
  • Cetak biru Probe
    Dalam satu babak, terdapat pelan tindakan Probe, tetapi menurut majalah yang bertajuk "Robot Tempur Probe", Adu Du membina semula Probe dan menjadi konco prototaip setia.
  • Babak dari Probe diaktifkan oleh air paip sehingga Meet BoBoiBoy dipotong di TV3 tetapi menjadi babak bonus di Musim 1, Episod 13.
  • Seorang lelaki yang berumur tua yang menemuduga Papa Zola ialah Tauke.
  • Tidak mustahil bahawa Kapal Sampah A80 akan mempunyai bil elektrik kerana ia hanya letak kereta di Planet Bumi dan tidak disambungkan ke kabel apa pun.
  • Dinding keempat telah pecah beberapa kali dalam episod ini.
    • Yaya memecah dinding keempat ketika dia berbicara kepada penonton untuk tidak makan terlalu banyak makanan ringan.
    • Probe berbicara kepada penonton "Mesej ini dibawa kepadamu oleh Yaya".
    • Komputer berkata "Kenalah tonton episod akan datang", merujuk kepada Musim 1, Episod 11.
  • Apabila Probe menjelaskan tentang Multi-Monster, anda boleh mendengar suara raksasa di Musim 1, Episod 4.
  • Ia didedahkan bahawa Probe merupakan salah seorang peminat BoBoiBoy walaupun dia masih bekerja sebagai salah seorang konco Adu Du.
  • Peminat-peminat yang menghantar surat dalam episod ini rekaan semata-mata, tetapi soalan-soalannya mungkin adalah betul dan dipetik dari halaman Facebook BoBoiBoy dan sumber-sumber lain.
  • Lukisan peminat tersebut sebenarnya ditampalkan oleh peminat dalam halaman BoBoiBoy di Facebook, dan turut dijadikan gambar contoh dalam Peraduan BoBoiBoy Terbaik anjuran TV3 pada pertengahan tahun 2011.
  • Babak soalan #3 dan #4 dipotong oleh pihak TV3 sewaktu siaran pertama. Babak terpotong ini ditampalkan oleh pihak Animonsta Studios di YouTube.
  • Promo pengenalan watak-watak BoBoiBoy digunakan untuk memperjelas jawapan bagi soalan #7.
  • Soalan "cepumas" dalam episod ini (perihal episod ditayangkan berulang-ulang) sebenarnya terjawab dalam entri blog Animonsta Studios di sini.
  • Ini merupakan episod pertama dimana Adu Du dan Probe merancang rancangan yang jahat untuk memberi kesan dalam kehidupan BoBoiBoy. Yang kedua ialah Musim 2, Episod 9 dan ketiga ialah Musim 3, Episod 17.
  • Tujuan Adu Du untuk mencuri surat peminat ini untuk dijawab dengan biadab supaya dapat membuat mereka memfitnah dan membenci BoBoiBoy, tetapi Probe dan Komputer menjawabnya dengan jujur kerana tidak mengikuti apa yang dia katakan, membuat rancangannya gagal untuk mensabotaj BoBoiBoy.
  • Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Surat Peminat".

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Musim 1, Episod 10

Video[]

Advertisement