Musim 1, Episod 6 (juga dipasarkan sebagai Musim 1, Episod 11 & 12) merupakan episod keenam siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 17 Julai 2011.
Ringkasan[]
Adu Du menyeksa BoBoiBoy dan meningkatkan kuasanya, tidak lama lagi dia terpaksa memusnahkan kawannya dan mendapatkan resipi rahsia Tok Aba.
Plot[]
Episod 11[]
BoBoiBoy Petir berada di tangan Adu Du dan terbaring di atas katil penahan. Adu Du menjelaskan bahawa ketika ditanam, dia merancang untuk menangkap salah seorang daripada tiga BoBoiBoy supaya mereka tidak boleh mencantum semula. Masalah ingatan BoBoiBoy petir nyata semakin teruk apabila terlupa nama Adu Du ketika mencemuhnya. Adu Du menegaskan bahawa dia sudah mempunyai empat benda, iaitu koko Tok Aba, Super Probe, BoBoiBoy Petir dan "buku resipi turun-temurun Koko Tok Aba" untuk komplot jahatnya. Adu Du membuka buku itu dan membacakan isi kandungan buku sekuat hati, tetapi rupa-rupanya itu catatan hutang Gopal kepada Tok Aba.
Sementara itu, Tok Aba menjelaskan perkara menyamarkan buku hutang itu kepada kawan-kawan BoBoiBoy. Gopal teruja kerana hutangnya dianggap dihapus kira kerana buku itu sudah lenyap. Apapun, Tok Aba menegaskan bahawa Gopal masih berhutang walau apa pun. Yaya bertanya, mengapa Tok Aba memerlukan buku itu walaupun kuat ingatannya, Tok Aba menjelaskan bahawa dia bakal mewariskan kedai kokonya kepada BoBoiBoy dan dengan itu, dia akan tahu siapa yang masih berhutang kepada kedai koko.
Tiba-tiba, Ochobot tergesa-gesa meluru ke kedai koko untuk memberitahu mereka bahawa dua pecahan BoBoiBoy yang masih bebas sedang bergaduh sesama sendiri. Tok Aba dan yang lain semua pun bergegas ke padang untuk menghalang BoBoiBoy tanah dan BoBoiBoy angin. Rupanya mereka sudah lupa bahawa mereka merupakan hasil satu orang budak lelaki yang berpecah menjadi tiga, sehingga mereka saling menuduh satu sama lain kerana menyamar sebagai BoBoiBoy.
Sementara itu, setelah gagal memeras resipi Tok Aba daripada BoBoiBoy petir, Adu Du mengambil jalan keluar dengan menyeksanya di dalam bilik seksaan sehingga dia dapat tahu resipi itu, tanpa menghiraukan bahawa masalah ingatannya itu bukan olok-olok. Ketika semakin rapat menuju bilik seksaan, BoBoiBoy Petir cuba melepaskan diri dengan Keris Petir tetapi tidak berkesan. Pintu masuk bilik seksaan itu nyata menggerunkan kerana berhias duri-duri tajam. Adu Du dengan tidak sabarnya membuka pintu itu...
Tiba-tiba, Adu Du dikejutkan oleh bilik seksaan yang dihias semula menjadi tempat parti. Probe menjelaskan bahawa bilik seksaan dihias semula kerana mereka wajar meraikan kemenangan pertama mereka ke atas BoBoiBoy. Dengan marahnya, Adu Du menanya Komputer (yang berhias seperti badut) sama ada adanya bilik lain, lantas dibalas dengan jawapan tidak dan rebah.
Probe memberi bosnya sebiji belon, dan secara kebetulan, bunyi kesatan belon membongkar satu lagi kelemahan BoBoiBoy iaitu takut akan belon pecah. Oleh itu, Adu Du dan konco-konconya meletupkan belon-belon di bilik itu sebagai seksaan untuk BoBoiBoy Petir. Seksaan itu diakhiri dengan Adu Du mengisi udara belon besar-besar, kemudian dicucuk oleh Komputer.
Rasa terseksa BoBoiBoy Petir memuncak sehingga dia naik darah, bertukar rupa menjadi budak yang berpakaian serba merah dan bermata merah dan melepaskan diri daripada katil itu. BoBoiBoy Petir bertukar menjadi Boboiboy Halilintar itu berpakaian serba merah hitam, bermata merah, dan berbahasa biadab. Adu Du menyuruh Probe menahannya semula, maka Probe bertukar menjadi Super Probe dan menyerangnya, tetapi mudah tewas kepada BoBoiBoy Halilintar yang bertambah perkasa itu dengan hanya dua bilah Keris Ketir. BoBoiBoy Halilintar berjalan ke arah Adu Du dengan rasa penuh kemarahan, sambil menanya Adu Du mengapa dia dilayan sebegitu. Adu Du tergagap untuk menjawabnya, tetapi mujurlah Probe memberikan jawapan yang mudah dipercayai, iaitu untuk hari jadi BoBoiBoy itu. BoBoiBoy Halilintar berterima kasih kepada Adu Du kerana membuat parti, menandakan bahawa ingatannya semakin teruk sehingga dia menyangka Adu Du dan konco-konconya ialah kawan-kawannya.
Episod 12[]
Dalam rumah Tok Aba, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Angin tiba-tiba dihentak oleh Gopal dengan kuali leper kerana menyangka bahawa ini akan memulihkan ingatan mereka, kononnya seperti yang ditonton dalam TV. Tiba-tiba lagi, Gopal pun dipukul oleh Ochobot dengan kuali leper sehingga kepalanya berbenjol. Ying dan Yaya meluru kembali ke rumah setelah gagal mencari kapal angkasa Adu Du.
Loceng pintu berbunyi, dan Yaya pergi menyambut pintu. BoBoiBoy Petir sudah balik dengan rupa barunya. Semua orang di rumah pun bergegas ke pintu untuk menyambutnya, tetapi BoBoiBoy itu memberikan balasan yang dingin dan mengakuinya sebagai "Ada Da" kerana diubah oleh Adu Du. Gopal menghentak kepalanya dengan kuali leper, juga demi membetulkan ingatan semula. Akan tetapi, ini hanya membuat BoBoiBoy semakin bengis, lantas melontarkan Pedang Halilintar ke merata tempat sehingga menyebabkan kemusnahan, sambil menjadikan Gopal sebagai sasaran.
Gopal berlari lintang-pukang di laman sambil dikejar oleh Ada Da, sehingga seluarnya dibakar oleh panahan petir itu juga. Ying dan Yaya menegur tindakannya itu, kemudian Adu Du dan Probe tampil untuk mengaku sebagai "kawan baik" Ada Da. Tok Aba pun bergegas ke laman untuk menengking Adu Du apa yang telah dibuat pada cucunya. Adu Du menjelaskan bahawa dia telah memberitahu "perkara sebenar" kepada Ada Da, iaitu memutar belit siapa kawan dan musuhnya.
Yaya terbang meluru ke arah Adu Du sambil melancarkan Tumbukan Padu, tetapi dihalang oleh Ada Da yang mengenakan Pedang Halilintar yang sungguh kuat sehingga melayangkan Yaya dan Ying sekali. Ying mendapat satu idea apabila terlihat tayar terbuang di tepi laman, kemudian menyuruh Yaya memukul tayar-tayar yang dihantar oleh Ying ke langit, dan menyuruh Gopal menukarnya menjadi makanan. Gopal menggunakan kuasa "Penukaran Biskut Yaya" untuk membuat tayar-tayar itu bertukar menjadi biskut lalu menimbus Ada Da. Tanpa sedar, Gopal mengejek Ada Da merasakan keseksaan biskut Yaya sehingga menyinggung perasaan Yaya. Gopal cuba mengalih perhatian Yaya, tetapi tidak berkesan.
Ada Da akhirnya bangkit dari timbusan biskut gergasi lalu menewaskan Yaya, Ying dan Gopal sampai pengsan dengan renjatan bebola kilat. Dengan itu, Adu Du dengan mudahnya memeras Tok Aba demi resipi kokonya dengan Ada Da sebagai alat. Tok Aba cuba menyedarkannya semula, bahawa BoBoiBoy jahat itu cucunya, tetapi mudah ditangkis oleh Adu Du. Mujurlah dua BoBoiBoy lain sempat tiba untuk menghalang perbuatan satu lagi BoBoiBoy yang tercemar minda itu.
Disebabkan BoBoiBoy Halilintar masih tidak menerima bahawa dia bukan seperti yang dicakapkan oleh Adu Du, BoBoiBoy Tanah dan angin bersatu untuk melawannya habis-habisan. Walaupun bertungkus-lumus dengan kuasa elemen masing-masing sehingga hampir berjaya, namun Ada Da tetap terlalu lasak untuk mereka berdua sehingga dia menggunakan Kilauan Kilat dan Gerakan Kilat untuk menumpaskan mereka berdua dengan renjatan kuat.
Apabila Ada Da hampir melengkapkan kemenangan buat pihak penjahat dengan menghapuskan dua BoBoiBoy yang lain dan kawan-kawan mereka, Probe tersebut perkataan "Terbaik" lalu membuat Ada Da tiba-tiba terkenang zaman silam. Akhirnya, dia mengingati semula identiti sebenarnya sebagai BoBoiBoy, sungguhpun daya ingatannya masih tidak memuaskan, dan menyedari bahawa Adu Du telah menipunya dan memperalatkannya selama ini. Sebagai hukuman, BoBoiBoy Halilintar mengenakan dua bilah Pedang Halilintar terhadap Adu Du dan Probe.
Setelah perlawanan itu tamat, Gopal sempat menyuruh ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula menjadi satu sebelum keadaan bertambah teruk lagi.
Watak[]
- BoBoiBoy
- BoBoiBoy Petir/BoBoiBoy Halilintar (Kemunculan sulung)
- BoBoiBoy Angin
- BoBoiBoy Tanah
- Yaya
- Ying
- Gopal
- Ochobot
- Tok Aba
- Adu Du
- Probe
- Komputer
Trivia[]
- Inilah episod pertama di mana Adu Du cuba BoBoiBoy untuk menghilangkan ingatannya dengan mengelakkan dia untuk bercantum semula.
- Ini merupakan episod pertama di mana potensi sebenar BoBoiBoy dikeluarkan.
- Keris Petir BoBoiBoy dinaik taraf menjadi Pedang Halilintar saat kuasanya ditingkatkan.
- Ini merupakan episod kedua dimana BoBoiBoy Petir memanggil Adu Du sebagai "Ago Go". Yang pertama ialah Musim 1, Episod 5.
- Ini merupakan episod pertama di mana Gopal benjol di kepalanya. Yang kedua ialah Musim 1, Episod 8, yang ketiga ialah Musim 1, Episod 11, dan yang keempat ialah Musim 2, Episod 4.
- Ini merupakan episod pertama di mana Gopal memukul kepala BoBoiBoy Tanah dengan kuali.
- Apabila Tok Aba meminta Gopal saluran apa yang dia pelajari mengenai menampar kepalanya untuk mendapatkan semula ingatan mereka, dia berkata bahawa ia adalah TV4, yang seperti rujukan kepada TV3.
- Soundtrack dalam episod ini merupakan:
- Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Kemunculan Kuasa Baharu!".
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Musim 1, Episod 6
Video[]
|