FANDOM



Muhammad Anas Abdul Aziz merupakan salah seorang pengasas dan pemilik Animonsta Studios di samping Mohd Nizam Abd Razak, Safwan Abd Karim dan Kee Yong Pin. Beliau juga memegang jawatan Pengarah Kreatif di syarikat berkenaan. Anas turut menyuarakan beberapa watak sepanjang siri BoBoiBoy, filem BoBoiBoy: The Movie dan BoBoiBoy Galaxy.

Begitu juga dengan ketiga-tiga rakan pengasas di Animonsta Studios, Anas merupakan bekas kakitangan Les' Copaque Production yang memegang jawatan Pengarah Kreatif serta menulis skrip bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Trivia

  • Beberapa biodata tentangnya didedahkan dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-76, iaitu:
    • Nama panggilannya ialah Anas;
    • Berasal dari Bandar Baru Bangi;
    • Mempunyai hobi untuk bermain permainan video dan membaca;
    • Minuman kegemarannya ialah teh Earl Grey.

Galeri

Video

Pautan luar