BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

MotoBot ialah watak dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan robot Power Sphera generasi kelapan.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

MotoBot merupakan sebuah Power Sphera yang berjaya diselamatkan oleh pasukan TAPOPS. Dia diselamatkan oleh Komander Koko Ci sebelum bermulanya BoBoiBoy Galaxy. Semenjak dia diselamatkan oleh Komander Koko Ci, persahabatan mereka menjadi semakin akrab dan mereka seringkali dilihat bersama-sama.

BoBoiBoy Galaxy[]

MotoBot sedang diburu oleh Lanun Angkasa dan Komander Koko Ci berusaha untuk menyelamatkan MotoBot daripada ditangkap mereka. Apabila terdesak untuk melarikan diri, Koko Ci menghubungi BoBoiBoy ketika bersembunyi di sebalik batu asteroid untuk meminta pertolongan. Ochobot menerima panggilan daripadanya sebelum membuka teleportal untuk Koko Ci membawa MotoBot ke Bumi. Kedudukan mereka dikesan oleh Lanun Angkasa dan konco-konconya cuba untuk menculik MotoBot. BoBoiBoy dan Gopal tanpa membuang masa bertarung dengan konco-konco Lanun Angkasa menggunakan kuasa masing-masing. Melihat tali yang menghalang kapal angkasa Koko Ci dipotong, Kapten Separo bertindak melepaskan cangkuknya ke arah kapal angkasa itu, tetapi berjaya diputuskan setelah teleportal ditutup oleh Ochobot.

Pada waktu malam, sementara Koko Ci sedang membaiki kapal angkasanya, MotoBot telah diculik oleh Adu Du dan Probe selepas melepaskan gas tidur ke seluruh kawasan warung Tok Aba yang menidurkan pelanggan-pelanggan di sana, termasuk juga Koko Ci, Gopal dan BoBoiBoy. Dengan menggunakan pengesan Power Sphera, Koko Ci berjaya mengesan lokasi MotoBot yang berada di Sektor G-14. MotoBot akhirnya diselamatkan oleh Koko Ci dari tangan Adu Du dan Probe dengan bantuan BoBoiBoy dan Gopal. MotoBot juga telah menggunakan kuasanya untuk memberikan kenderaan baru kepada BoBoiBoy dan Gopal.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, MotoBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Kuasa[]

MotoBot boleh mencipta kenderaan berteknologi tinggi. Kenderaan-kenderaan ini direka mengikut kesesuaian dan citarasa penggunanya dari segi skema warna, kuasa dan perwatakannya. Setiap kenderaan ciptaan MotoBot dilengkapi dengan senjata-senjata yang luar biasa.

  • Kuasa Pemberian Kenderaan: Kuasa istimewa MotoBot yang memerlukan dia untuk melancarkan cahaya terang ke arah sasaran pilihannya, lalu menghasilkan kenderaan mengikut citarasa MotoBot. Dengan kenderaan ini, ia boleh beradaptasi dengan kuasa yang dimiliki oleh penggunanya.
    • Kuasa Pemberian Kenderaan Angkasa: Ini merupakan kuasa istimewa kedua MotoBot dengan memberikan kenderaan kepada sesiapa yang berhak untuk menggunakannya, mengikut citarasa MotoBot. Kenderaan ini membantu penggunanya untuk bernafas ketika berada di angkasa lepas.

Rupa[]

Lazimnya, MotoBot mempunyai rupa seperti motosikal yang mempunyai tiga tayar, dua tempat pemegang dan dua bahagian yang menyerupai tangan. Selain itu, bahagian-bahagian besi MotoBot berwarna hijau kuning dan dia boleh ditunggang dengan menukarkan dirinya menjadi sebuah ATV.

Perwatakan[]

MotoBot mempunyai sifat ingin tahu.

Trivia[]

  • Biodata awal MotoBot telah dikeluarkan dalam bentuk imej rasmi dari permainan BoBoiBoy: Galactic Heroes.
  • Nama MotoBot diambil dari perkataan "motorcycle", sesuai dengan rupanya yang berasaskan sebuah motosikal.
  • Tidak termasuk Ochobot, MotoBot merupakan Power Sphera yang pertama muncul dalam siri BoBoiBoy Galaxy.
  • MotoBot boleh ditunggang sebagai kenderaan oleh Koko Ci dalam episod MotoBot!.
  • Ia didedahkan dalam Misi Koloni Lanun bahawa kedua-dua MotoBot dan DashBot dicipta di planet yang sama. Antara ciri persamaan mereka ialah memiliki kuasa berasaskan kenderaan, di mana MotoBot mampu menghasilkan kenderaan-kenderaan canggih dan DashBot mampu membaik pulih kenderaan yang rosak.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Lain-lain[]

Konsep seni[]

Advertisement