BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Mohd Zamri Mustapha merupakan salah seorang kakitangan di syarikat Animonsta Studios yang berkhidmat sebagai artis 3D.

Biografi[]

Zamri merupakan seorang lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Seni Bina peringkat Sarjana Muda Seni Bina.

Kerjaya[]

Di syarikat Monsta, Zamri memulakan kerjayanya setelah dia direkrut masuk sebagai seorang penggubah muda selama setahun di mana tugasnya fokus kepada kerja kesan visual (VFX). Seiring kemahirannya semakin meningkat, beliau turut menyumbang kepada konsep seni bagi BoBoiBoy: The Movie. Ini juga telah memberikannya peluang untuk menyelami bidang pemodelan watak dan "rigging", lalu berkhidmat sebagai pemodel 3D utama dan "rigging" dan juga "rigger" watak. Beliau juga telah menjalankan aktiviti penyelidikan dan penghasilan untuk memperkenalkan alat baharu bagi BoBoiBoy Movie 2 dan turut melantunkan suara untuk watak Cakada dalam filem itu.

Sepanjang Disember 2015 sehingga Februari 2016 iaitu selama 3 bulan, Zamri turut berkhidmat di syarikat WAU Animation sebagai pemodel 3D dan "rigging".

Trivia[]

  • Selain francais BoBoiBoy, Zamri turut menjadi sebahagian dari pasukan penghasilan projek siri Mechamato yang mana menurutnya telah meningkatkan kebolehannya apabila diberi peluang untuk menyumbangkan idea dan input kreatifnya.
Advertisement