BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Mohd Mustazza Abu Hapaz merupakan salah seorang kakitangan di syarikat Animonsta Studios yang berkhidmat di bahagian bunyi dan audio.

Biografi[]

Mustazza telah mempelajari tentang Teori Muzik di Associated Board of the Royal Schools of Music (ABRSM) peringkat Grade 5, kemudiqn beliau mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Klang selama setahun iaitu dari tahun 2003 sehingga 2004. Beliau juga merupakan seorang lulusan dari Cosmopoint Institute of Information Technology dalam jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik Komputer.

Kerjaya[]

Di syarikat Monsta, Mustazza memulakan kerjayanya sebagai seorang pereka bunyi dari November 2011 sehingga Januari 2021. Antara tanggungjawabnya ialah:

  • Menyatakan, memperoleh dan merakam foley yang diperlukan untuk filem, siri televisyen dan media lain.
  • Memperoleh, memanipulasi dan mereka kesan bunyi untuk meningkatkan dan menekankan kandungan artistik filem, video dan media lain.
  • Rakam dialog pra-pengeluaran mockup untuk panduan animasi.
  • Rakam semula dan suara akhir selepas penyegerakan dalam fasa pasca pengeluaran.
  • Membantu dan mengarahkan pelakon suara dalam sesi rakaman.
  • Memantau dan menyelia ahli pasukan lain mengenai kualiti, teknikal dan penghantaran.
  • Mencampurkan dialog yang dirakam, kesan bunyi dan muzik untuk mencipta versi akhir runut bunyi untuk siri televisyen, promosi, iklan dan media lain.

Kemudian, beliau berkhidmat sebagai Ketua Audio selama 3 tahun sebulan iaitu dari Januari 2018 sehingga Januari 2021 dan sebagai Pemimpin Pasca Pengeluaran Audio dari Januari 2021 sehingga Januari 2022. Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan watak Raksasa Gerojoh dalam iklan Kebenaran Raya serta Kechik dan Maskmana dalam BoBoiBoy Movie 2.

Kini, beliau berkhidmat sepenuhnya sebagai Pengadun Bunyi Pengeluaran merangkap Jurutera Audio Kanan di syarikat Audio Aficionado.

Advertisement