BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Mesin Rumput S8000 merupakan jenama kepada seekor kambing yang dijual oleh Bago Go kepada Probe yang menanggung bayaran untuknya dengan menggadaikan Markas Kotak. Mesin Rumput S8000 kelihatan tidak melakukan perbuatan seperti yang diharapkan pada mesin rumput memandangkan tiadanya kawasan rumput di sekitar markas, sebaliknya ia hanya pandai memakan dawai-dawai wayar dalam markas dan tiada lagi kebolehan yang amat berguna kepada Adu Du.

Sejarah

Rupa

Selaku kambing, Mesin Rumput S8000 memiliki bulu berwarna perang dan kalung berwarna merah dengan lonceng. Ia memiliki tulisan S8000 berwarna kuning di samping tubuhnya. Ia juga suka memakan wayar berwarna kuning, hijau, merah, dan biru

Perwatakan

Kambing S8000 memperlihatkan sifat yang baik hati meskipun dibeli daripada Bago Go. Misalnya, apabila melihat Adu Du bersedih selepas kehilangan Probe ia cuba untuk menghiburkannya dengan menawarkan untuk menggantikan tempat Probe.

Kemunculan

Trivia

  • Walaupun S8000 hampir serupa dengan kambing yang normal, ia masih boleh memahami apa yang Adu Du dan Bago Go katakan kerana kemungkinan S8000 telah tinggal di Planet Ata Ta Tiga selama bertahun-tahun.
  • Dalam Ketibaan Ibu Adu Du, Kambing S8000 mengeluarkan air matanya kerana sedih apabila dikutuk oleh Ibu Bu.

Galeri

Kategori utama: Gambar Mesin Rumput S8000
Advertisement