BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Meriam Pembeku atau Meriam Ais merupakan senjata utama BoBoiBoy Ais. Ia merupakan senjata yang berupa meriam mini kecil yang berbentuk ais.

Penggunaan[]

BoBoiBoy Ais menggunakan Meriam Pembeku untuk membekukan musuhnya dengan hanya sedas tembakan ais. Tiga lingkaran kecil yang terdapat di hadapan meriam berfungsi sebagai tempat di mana tembakan dilepaskan, dengan pada awalnya ia berputar dengan laju diiringi dengan bunyi seperti pelurunya sedang memuat naik, kemudian melepaskan sedas tembakan ais ke arah sasaran dengan pantas.

Sejarah[]

BoBoiBoy: The Movie[]

Selepas BoBoiBoy Ais membekukan sepanjang tanah pulau, salji putih muncul dan membentuk Meriam Pembeku. Lalu dia melepaskan sedas Tembakan Pembeku untuk memerangkap Bora Ra di dalamnya, namun Bora Ra dapat melepaskan dirinya dengan Tukul Lohong Hitam lalu dia menggunakannya untuk menyedut BoBoiBoy Ais ke Lohong Hitam. BoBoiBoy Ais cuba untuk bertahan, tetapi Meriam Pembekunya telah disedut ke Lohong Hitam sebelum dia turut disedut.

Kemudian setelah BoBoiBoy berpecah menjadi tujuh, BoBoiBoy Ais menggunakan Meriam Pembekunya untuk membekukan serangan kombo Sedutan Taufan dan Hembusan Berapi yang marak, menyebabkan Bora Ra kaku di dalam bongkah ais itu.

Kuasa[]

  • Tembakan Pembeku: BoBoiBoy Ais menembak peluru ais daripada Meriam Pembeku yang akan meninggalkan musuh di dalam keadaan beku apabila terkena tembakan ini.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy The Movie
Advertisement