BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

MelonBot merupakan sebuah Power Sphera yang pernah berada di tangan Jugglenaut sebelum diselamatkan oleh TAPOPS dan dibawa ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Sejarah

Sejarah awal

Walaupun tidak banyak yang diketahui tentang asal-usul MelonBot, ia dianggap sebagai Power Sphera antara lain, cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh orang lain yang akan menyalahgunakannya untuk kuasa. Akhirnya, MelonBot jatuh ke tangan Jugglenaut dan terpaksa bekerja di bawahnya.

BoBoiBoy Galaxy

MelonBot mula-mula dilihat dalam Si Penceroboh Panto bersama GigiBot di Planet Sarkas dan sedang melaporkan tentang Jokertu yang telah ditangkap di Stesen Angkasa TAPOPS kepada Jugglenaut. Dalam Sarkas Kegelapan, MelonBot bersama beberapa Power Sphera lain sedang menyaksikan Jugglenaut mengaktifkan Power-Power Sphera yang dicuri tempoh hari dan kemudian mengintip BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Kemudian MelonBot menyambut ketibaan Jugglenaut di kawasan pintu arena Sarkas Maksima bersama Power-Power Sphera yang lain. Dalam Kemunculan Halilintar, Jugglenaut telah dikalahkan oleh BoBoiBoy Halilintar dan MelonBot bersama Power-Power Sphera yang lain dikumpulkan dan dibawa semula ke stesen TAPOPS.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, MelonBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Kuasa

MelonBot memiliki kebolehan untuk menembak biji-biji tembikai dari dalam mulutnya ke arah lawannya. Dia juga boleh menukarkan apa-apa permukaan menjadi corak tembikai yang keras untuk mempertahankan dirinya.

Rupa

MelonBot berbentuk sfera seperti buah tembikai dengan wajah merah sepenuhnya yang juga memiliki "biji tembikai". Kulitnya berwarna hijau muda dengan liku-liku hijau gelap seperti yang dikenakan pada kulit buah tembikai. Matanya berbentuk segi empat epat yang menegak dan kelopak matanya kuning berkilat, kadangkala berwarna hijau. Bentuk mulutnya kelihatan menyerupai seperti mata manusia. MelonBot memiliki empat kaki dan cara dia berjalan sama seperti labah-labah.

Perwatakan

MelonBot, disebabkan bekerja sebagai konco Jugglenaut, menjadikannya sebagai Power Sphera yang takut akan bosnya itu. Tetapi seperti Power Sphera yang lain, MelonBot berasa gembira setelah ia diselamatkan oleh TAPOPS.

Trivia

  • Nama MelonBot diambil dari perkataan "watermelon" yang bermaksud tembikai, sesuai dengan rupanya yang berbentuk dan berwarna seprti buah tembikai.
  • Bersama Jugglenaut dan GigiBot, nama mereka didedahkan dalam kredit akhir.

Galeri

Gambar promosi

Cekupan skrin

Advertisement