BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Melissa ialah watak tambahan dalam siri BoBoiBoy. Dia merupakan pasangan kembar kepada Melody dan kedua-dua mereka belajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Mereka berdua pertama kali muncul di depan pintu kelas 5 Jujur dalam Musim 2, Episod 1. Pada ketika itu, kelas belum mula dan ramai pelajar perempuan berada di depan pintu untuk melihat Fang.

Rupa

Melissa sama tinggi dengan Melody. Dia berkulit coklat muda dan berambut coklat. Dia mengenakan pakaian seragam sekolah yang berlengan panjang dan jaket yang berwarna biru muda dan terdapat reben merah nipis di bahagian kolarnya. Dia memakai seluar gelap dan kasut getah biru muda.

Trivia

  • Setiap kali kelas bermula pelajaran, Melissa dan Melody tidak kelihatan di kelas 5 Jujur, menunjukkan mereka bukan pelajar dalam kelas tersebut.
  • Melissa merupakan salah seorang peminat Fang di samping Melody, Amy dan Stanley.
  • Walaupun dia bukan pelajar kelas 5 Jujur, tetapi dia memeluk pasangan kembarnya di dalam kelas 5 Jujur sewaktu Robot PETAI menggerudi di bawah bangunan sekolah dalam Musim 2, Episod 13.

Galeri

Advertisement