BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Mega Probe merupakan mod pertempuran Probe selepas Super Probe.

Sejarah

BoBoiBoy

Amukan Koko Jumbo

Mega Probe melakukan kemunculan sulungnya setelah Koko Jumbo ingin memenyekkan Adu Du. Pada ketika itu, Probe tampil dalam bentuk robot perkasa yang baru dan memberikan Koko Jumbo tentangan yang sengit. Pada kemuncak pertarungan, Koko Jumbo menepuk Probe bagaikan lalat, tetapi Probe terlepas tanpa cacat cela dan melepaskan tembakan peluru bertubi-tubi hingga menjatuhkan Koko Jumbo. Setelah Koko Jumbo rebah di atas tanah, Probe memancarkan laser pemusnah dan mengecilkannya semula. Setelah itu, Koko Jumbo dimasukkan ke dalam balang oleh BoBoiBoy.

Adu Du meluru ke arah Probe sambil mengeluarkan tangisan kegembiraan lalu memeluk kakinya. Akan tetapi, ragaman Probe tidak seperti yang biasa apabila dia mengeluarkan kata-kata "Robot Tempur, Bersedia Berkhidmat" dengan suara yang berlainan dan seperti tidak berjiwa. Nampaknya, Probe telah dihidupkan kembali tanpa ingatan lampaunya dan hanya menjadi robot tempur biasa.

Probe menundukkan kepalanya ke bawah dan sistemnya dapat mengecam Adu Du sebagai tuannya, tetapi BoBoiBoy dan Gopal pula sebagai musuh ketat, lalu bersiap sedia untuk menghapuskan mereka berdua. Lantas Adu Du cuba menjelaskan kepada robotnya yang mereka sudah menjadi kawan dan bukan lagi musuh. Namun, Probe yang tidak berperikemanusiaan itu menyanggah penjelasan tuannya dan mara ke arah mereka untuk menembak mereka.

Namun, Adu Du akhirnya teringat akan satu jalan yang dapat meleraikan ketegangan ini, lalu membaling mag besi ke arah kepala Probe. Sekali hentakan memadai untuk menyedarkan kembali Probe dengan ingatan lampaunya. Maka, Probe mula bersuara lalu bertukar kepada modnya yang asal lalu memeluk Adu Du dengan pelukan yang ramah dan tangisan kegembiraan dalam detik-detik manis yang turut dikongsi dengan BoBoiBoy dan Gopal.

Khidmat Wak Baga Ga

Probe menghidap hilang ingatan dan dia sentiasa berfikir Adu Du adalah musuhnya. Oleh itu, dia berubah menjadi Mega Probe dan menembaknya 21 kali.

Setelah Wak Baga Ga menyambung semula wayar-wayar di kepalanya dan pergi, Probe berubah menjadi Mega Probe dan menanyakan kepada Bago Go tentang Baga Ga. Selepas dia menarik balik semua caj kredit dari Baga Ga dan mengembalikan kapal angkasa lama kepada Adu Du, dia mengakui dia adalah "Baga Ga". Oleh itu, Mega Probe menembaknya.

Kemudian Probe berubah menjadi Mega Probe sekali lagi untuk menembak kedua-dua Bago Go dan Baga Ga.

5 Panglima Scammer

Probe bertukar menjadi Mega Probe untuk menyelamatkan seorang budak lelaki dari dihancurkan oleh papan iklan.

Pertarungan Di Bulan

Probe menjadi Mega Probe untuk membantu Ravi J. Jambul dan jurukameranya masuk ke kapal angkasa Adu Du.

Misteri Penjenayah Api

Setelah Adu Du mengakui kepada BoBoiBoy bahawa dia telah berubah jahat lagi, Probe bertukar menjadi Mega Probe dan melarikan diri dengan Adu Du sebelum Fang dapat menyerang Adu Du.

Bahaya BoBoiBoy Api!

Selepas rakan BoBoiBoy berjaya membuat BoBoiBoy Api bahagia, Adu Du dan Mega Probe datang dan menyerang mereka. Apabila BoBoiBoy Api sedar, dia marah dan mencipta Bebola Api Gergasi. Mega Probe cuba memusnahkannya tetapi gagal kerana bola api itu terlalu besar dan kuat. Bebola Api Gergasi menyerang mereka dan mereka dibuang ke langit.

BoBoiBot Bersedia

Probe menggunakan Mega Probe untuk ujian akhir BoBoiBot dan mudah dikalahkan oleh Keris Petir 2.0 BoBoiBot.

Bangkit BoBoiBoy Air

Mega Probe melindungi Adu Du daripada serangan BoBoiBot Air. Dia juga membawa Adu Du ke keselamatan ketika BoBoiBot Air membanjiri pulau itu.

Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2)

Adu Du dan Probe sebagai Superjahat Jero-Jero pergi untuk membantu Raksasa Perisai untuk mengalahkan BoBoiBoy dan Fang. Mega Probe berjaya mengalahkan Fang manakala Raksasa Perisai mengalahkan BoBoiBoy. Mega Probe akan menembak sinar lasernya pada mereka tetapi dihentikan dan dikalahkan oleh Yaya dan Ying.

Musuh Baru Dan Lama

Probe menggunakan Mega Probe sebagai persediaan menghadapi Ejo Jo dengan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Walau bagaimanapun, dia dan Adu Du kemudiannya melarikan diri selepas ketibaan Kapten Kaizo.

BoBoiBoy: The Movie

Probe bertukar menjadi Mega Probe untuk melawan BoBoiBoy Halilintar tetapi dia dan Adu Du akhirnya dikalahkan olehnya.

Semasa ketibaan Tengkotak, Probe bertukar lagi menjadi Mega Probe untuk menyuruh kapal angkasa mereka berhenti dari melanggar pondok sewaktu mendarat.

Dia kemudian bertukar sekali lagi dalam usaha untuk membantu Adu Du dan Papa Zola untuk melepaskan diri dari tali Yoyo Oo.

BoBoiBoy Galaxy

Dalam siri ini, Mega Probe kembali sebagai Mecha Probe dengan reka bentuk baru yang lebih robotik dan lebih besar saiznya.

Senjata

Mega Probe
  • Booster Roket: Memberikan kelajuan penuh kepada Mega Probe untuk terbang dan bergerak dengan laju bagi menangkap musuhnya.
  • Kekebalan: Mega Probe dapat menahan tangan Koko Jumbo dengan kuat dan juga melepaskan kedua-dua tangan Koko Jumbo daripada dipenyekkan olehnya.
  • Pelancar Roket: Mengeluarkan beberapa siri pelancar roket daripada badannya bagi membolehkannya untuk menyerang musuhnya.
  • Penembak Laser: Menukarkan kedua-dua tangannya kepada penembak yang digunakannya untuk melancarkan laser pemusnah ke arah musuhnya.
  • Laser Pemusnah: Menggunakan meriam yang berada di belakangnya bagi melancarkan laser pemusnah ke arah musuhnya.
  • Meriam Penyedut: Menukarkan tangan kanannya kepada meriam bagi menyedut musuhnya. Ia digunakan dalam OldTown White Coffee's Superhero Elemen.
Mecha Probe
  • Meriam Bunyi Sonik: Mecha Probe dapat mengeluarkan bunyi sonik yang sangat keras daripada meriamnya terhadap lawannya. Ia hanya digunakan dalam Kontinjen Animasi 2016.
  • Kekebalan: Mecha Probe dapat memusnahkan Cengkaman Tanah milik BoBoiBoy Tanah dalam episod MotoBot!.
  • Tembakan Torpedo: Mecha Probe dapat menembak peluru daripada tangannya terhadap lawannya.
  • Tembakan Laser: Mecha Probe dapat menembak serangan laser yang kuat.
  • Tembakan Roket: Mecha Probe dapat melancarkan beberapa siri pelancar roket daripada badannya.
  • Tembakan Tenaga Pengikat: Mecha Probe dapat menembak tenaga pengikat untuk mengikat lawannya.
  • Booster Roket: Mecha Probe dapat menggunakan kelajuan untuk bergerak laju dan juga terbang.
  • Tembakan Mega Lumpur: Mecha Probe menembak lumpur-lumpur dari senjatanya. Ia digunakan untuk mengotorkan bungkusan-bungkusan dobi dari TAPOPS.
  • Pelancar Roket
    • Pelancar Roket Berganda
  • Laser Pemusnah

Kemunculan

Trivia

  • Mega Probe memiliki kelengkapan senjata yang setanding seperti Robot PETAI.
  • Mega Probe lebih kuat dan hebat jika dibandingkan dengan Super Probe yang hanya dapat menembak dan mencincang.
  • Mega Probe mendapat reka bentuk baru sebagai Mecha Probe dalam siri BoBoiBoy Galaxy.

Petikan dialog

  • "Mod: Mega Probe!"
  • "Robot Tempur, Bersedia Berkhidmat!"
  • "Musuh Adu Du, dikesan!"
  • "Arahan diabaikan. Musuh ketat, mesti dihapuskan."
  • "Bersiap sedia, BoBoiBoy! Kau akan rasai kehebatan Mega Probe!"
  • "Mod: Mecha Probe!"

Galeri

Kategori utama: Gambar Mega Probe

Gambar promosi

BoBoiBoy

Cekupan skrin

BoBoiBoy
Selamat Tahun Baru 2015
OldTown White Coffee's Superhero Elemen
BoBoiBoy The Movie
BoBoiBoy Galaxy
Musim 1
Kontinjen Animasi 2016

Video

Advertisement