BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


MegaBot ScamBot merupakan sebuah robot gergasi yang terhasil dari cantuman lima kapal angkasa Lima Panglima Scammer.

Sejarah

BoBoiBoy

MegaBot ScamBot muncul dalam Pertarungan Di Bulan, di mana Tom mengarahkan adik-adiknya untuk menggabungkan kapal-kapal angkasa mereka menjadi MegaBot ScamBot. Lima Panglima Scammer menggunakannya untuk bertarung dengan kapal angkasa Adu Du yang kemudiannya bertukar menjadi SampahBot. Gerakan SampahBot yang sangat perlahan membuatkan Lima Panglima Scammer dapat menyerang balas dengan mudah. Kemudian dengan Tongkat Teknojaib, MegaBot ScamBot menggunakan Gerakan Bertongkat untuk menjatuhkan SampahBot. SampahBot menggunakan Cakaran Halilintar yang bertalu-talu ke atas MegaBot ScamBot lalu menyebabkan Lima Panglima Scammer direnjat elektrik. MegaBot ScamBot terbang ke atas dan menghujankan peluru ke atas SampahBot.

Tanpa disedari mereka, SampahBot diperbaharui dengan versi baru dan MegaBot ScamBot jatuh dengan sekali cakaran. MegaBot ScamBot seterusnya bangkit dengan melepaskan Tembakan Meriam Kodok Bawah Tempurung dan menjatuhkan SampahBot dari angkasa ke permukaan bulan, menyebabkannya mengalami kerosakan yang teruk dengan hanya sebatang jari yang masih elok. Penghujungnya, kelima-lima Panglima Scammer teralih perhatian oleh kesilauan emas-emas dari belakang mereka lalu menolehkan robot mereka ke belakang dan menjadi rambang mata. Mereka keluar dengan sut angkasa untuk mendapatkan barang-barang kemas itu sehingga mereka lupa tentang pertarungan. Sambil mereka leka, Adu Du mengambil alih MegaBot ScamBot dan memijak Lima Panglima Scammer sehingga lenyek. Maka tamatlah pertarungan epik tersebut.

Ciri-ciri

  • Kokpit: Merupakan bilik kawalan dalam MegaBot ScamBot, iaitu tempat kelima-lima Panglima Scammer mengawal robot ini.

Kuasa dan Senjata

  • Tumbukan Uppercut: Menyerang lawannya dengan penumbuk yang kuat dan padu sehinggakan melayang ke angkasa lepas.
  • Tembakan XYZ3000: Menghasilkan tembakan laser yang kuat daripada tangganya untuk menyerang lawannya.
  • Peluru Berpandu: Serangan peluru-peluru berpandu yang dilepaskan dari bahagian bahu.
  • Tongkat Teknojaib: Senjata khusus baginya yang boleh menyebabkan letupan kuat terhadap musuhnya jika terkena,
    • Gerakan Bertongkat: Teknik serangan MegaBot yang menggunakan Tongkat Teknojaib untuk menyerang musuhnya.
  • Tembakan Meriam Kodok Bawah Tempurung: Dengan mengarahkan kedua-dua tangganya ke arah musuh, Megabot mampu menghasilkan tembakan meriam laser yang kuat.

Trivia

  • MegaBot ScamBot terhasil apabila kelima-lima kapal angkasa Lima Panglima Scammer digabungkan dan setiap kapal angkasa memberikan bahagian robot masing-masing.
  • Serangan "Tembakan Meriam Kodok Bawah Tempurung" mendapat tempat ke-9 dalam video Top 10 Serangan Terbaik.

Galeri

Kategori utama: Gambar MegaBot ScamBot‏‎

Video

Advertisement