BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Markas TEMPUR-A merupakan markas yang didiami pasukan TEMPUR-A. Ia digunakan sebagai tempat tinggal sementara bagi pasukan TAPOPS selepas Stesen Angkasa TAPOPS dimusnahkan.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Beberapa hari selepas pertarungan dengan Kapten Vargoba, BoBoiBoy yang tidak sedarkan diri ditempatkan di sebuah bilik Markas TEMPUR-A. Setelah sedar, BoBoiBoy terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia tidak sedarkan diri selama lima hari. Dia bertanya di mana dia berada sekarang dan Ramenman memberitahu dia berada di Markas TEMPUR-A. Dia juga bertanya apa yang telah terjadi kepada Kapten Vargoba lalu Kapten Kaizo memberitahu bahawa dia telah mengalahkan Kapten Vargoba. Kemudian, Tarung yang terbaring di sebelah katil BoBoiBoy mula sedarkan diri.

Di kredit akhir, di bilik sementara Power Sphera, DataBot siap memproses soalan Papa Zola tempoh hari. DataBot menjelaskan bahawa Ochobot sebenarnya bukan Power Sphera elemental yang asal dan ketujuh-tujuh Kuasa Elemental milik BoBoiBoy berasal dari tujuh Power Sphera yang berbeza.

Ciri-ciri[]

  • Bilik rehat: Sebuah bilik di mana BoBoiBoy dan Tarung ditempatkan semasa mereka pengsan.
  • Bilik sementara Power Sphera: Tempat di mana Power-Power Sphera diletakkan buat sementara waktu.
  • Makmal TA-015

Galeri[]

Advertisement