BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Maripos ialah watak dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Dia pertama kali muncul dalam "Pelawat Misteri Dari Angkasa Lepas!". Dia datang ke Pulau Rintis untuk mencari BoBoiBoy dan akhirnya bertemu dengannya di Taman Pulau Rintis.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy Musim 2[]

Maripos datang ke Pulau Rintis dan menculik Gopal untuk menggunakannya sebagai umpan untuk membuatkan BoBoiBoy datang bertemu dengannya. Maripos memperkenalkan dirinya kepada BoBoiBoy dan mengetahui bahawa dialah yang berjaya mengalahkan Retak'ka, itulah sebabnya mengapa dia sungguh ingin bertemu dengannya dan itulah tujuan sebenarnya. Maripos memberitahunya bahawa dia akan melepaskan Gopal jika BoBoiBoy sanggup menyerahkan kuasa elemental angin yang BoBoiBoy miliki, tetapi dia menolak. Fang tiba untuk menolong BoBoiBoy dan meneruskan pertarungan terhadap Maripos, tetapi dikalahkan dengan mudah. Maripos menunjukkan bahawa kebolehannya sangat luar biasa.

BoBoiBoy dan Maripos

Maripos meminta Kuasa Elemental Angin daripada BoBoiBoy.

Sementara di Rumah Hijau TAPOPS-B, Hang Kasa dan Qually menerima isyarat dan melihat BoBoiBoy bertarung dengan Maripos. Maripos ingin memaksa BoBoiBoy untuk menggunakan semua kuasa yang dia miliki ketika bertarung dengannya. Maripos juga menunjukkan kehebatan kuasanya kepada BoBoiBoy. Pertarungan antara kedua-dua mereka semakin kuat dan sudah di luar kawalan. Tok Kasa dan juga Kuputeri muncul untuk menghentikan pertarungan. Tok Kasa rupanya kenal Kuputeri dan memperkenalkannya sebagai pengguna asal Kuasa Elemental Beliung. Kuputeri juga pernah bertarung dengan Retak'ka. Maripos sebenarnya ditugaskan oleh Kuputeri untuk menguji kekuatan kuasa elemental BoBoiBoy. Kuputeri menyampaikan keinginan sebenarnya untuk bertemu BoBoiBoy iaitu kerana dia ingin kuasa Beliung semula.

Senjata dan Kebolehan[]

  • Transformasi: Maripos boleh bertukar menjadi rama-rama. Dia juga boleh bertukar menjadi alien semula.
  • Pukauan: Maripos boleh memukau lawan sehingga membuatnya jatuh tidur.
  • Kepompong: Maripos boleh mencipta kepompong untuk mengikat lawan.
  • Hologram: Maripos boleh menunjukkan hologram kepada seseorang melalui seekor rama-rama.
  • Jurus Langkah Langit: Merupakan jurus rahsia Maripos yang membolehkannya terapung dan berjalan di udara.
  • Ketangkasan: Maripos mempunyai ketangkasan dan kelajuan yang lebih tinggi yang boleh mengelak serangan lawan.
  • Ilusi: Maripos boleh mencipta ilusi apabila dirinya dilitupi rama-rama yang sangat banyak untuk memperdayakan dan mengelak serangan lawan.
  • Jurus Kipas Libas: Mariposa mempunyai kipas yang boleh menimbulkan angin kencang.
  • Jurus Ilusi Berganda: Maripos menggandakan dirinya, mengelilingi sasarannya dan mereka menyerang sasarannya secara serentak. Maripos menyatakan teknik ini sebagai kuasa penuhnya. Kuasa ini juga disebut Ilusi Berganda secara singkat.

Rupa[]

Maripos mempunyai ketinggian purata dan rambut kelabu muda yang diikat dengab ekor kuda. Dia mempunyai sepasang mata lavender pucat yang memberikan rupa tersendiri. Terdapat segitiga terbalik lavender di pipinya. Di dahinya, dia mempunyai antena yang menyerupai pengisi rama-rama. Dia memakai sut pertempuran hitam dan kelabu yang canggih bersama-sama dengan jubah merah, yang mempunyai kolar dan reka bentuk corak garisan halimunan dan kelihatan ambar halus. Adalah ketara bahawa dia mempunyai ciri-ciri wajah yang cantik untuk menjadi seorang lelaki.

Dia menghiasi pin dengan sekuntum bunga ros biru dan 3 helai bulu yang terdiri daripada warna emas dan ungu di atasnya di hadapan jubahnya. Dia juga memakai topi roda kereta dengan dua bulu ungu, sepadan dengan warna jubahnya.

Semasa arka Gur'latan, rambutnya kelihatan semakin panjang.

Perwatakan[]

Trivia[]

  • Namanya berdasarkan dari perkataan "mariposa", iaitu "rama-rama" dalam bahasa Sepanyol, sesuai dengan kebolehannya untuk bertukar menjadi rama-rama.
  • Walaupun dia mungkin kelihatan muda, umur sebenarnya tidak diketahui kerana dia berasal dari kaum di Windara yang mengalami proses penuaan yang sangat perlahan.
    • Dia telah memberitahu Hang Kasa bahawa dia masih muda dan boleh menemui lebih banyak pengalaman pada masa hadapan. Ini menunjukkan bahawa Maripos mungkin lebih tua daripadanya.
    • Akaun rasmi BoBoiBoy di twitter telah membuat jenaka tentang dia memanggilnya "Atuk".[1]
  • Dia membawa baton sebagai senjata yang boleh berubah menjadi kipas gergasi.
    • Kipas tersebut mungkin juga menyerupai gitar elektrik.

Galeri[]

Rujukan[]

Advertisement