Mama Zila merupakan isteri kepada Papa Zola yang pernah dilarikan oleh Raksasa Gonohom dalam permainan video Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang. Namun, Mama Zila akhirnya berjaya diselamatkan oleh BoBoiBoy yang juga turut dibantu oleh rakan-rakan lain. Setelah itu, Mama Zila memulakan kehidupannya yang baru di dunia nyata.
Sejarah[]
BoBoiBoy[]
Serangan Mama Zila[]
Mama Zila membuat kemunculannya dalam dunia permainan dan menunjukkan rupanya yang anggun yang membuatkan BoBoiBoy dan Gopal terpesona. Suaminya, Papa Zola telah membawanya ke dunia yang nyata, dengan matanya ditutup dengan sehelai kain. Papa Zola meminta Mama Zila supaya jangan membuka kain di matanya dahulu, namun Probe yang tidak sabar telah mengingkar pesanan Papa Zola dan terus membuka kain di mata itu. Selepas membuka matanya, Mama Zila melihat suasana sekelilingnya iaitu rumah Kumar dengan penuh rasa cemas. Disebabkan oleh sumpahan OCD-nya, Mama Zila bertukar menjadi seekor raksasa.
Raksasa Mama Zila sedang menuju ke bandar untuk membuat semua bangunan sama tinggi, jadi BoBoiBoy dan yang lain membuat satu rancangan untuk menyedut semula Mama Zila balik ke dalam dunia permainan. Selepas Mama Zila dikalahkan, dia berubah kembali ke bentuk asal dan berterima kasih kepada BoBoiBoy dan yang lain. Namun dia naik berang lagi selepas Probe dan Gopal mengoyakkan wang kertas seringgit, tetapi mujurlah dia tidak bertukar menjadi raksasa semula.
Bahagia Bersama BoBoiBot[]
Setelah pertandingan itu dimulakan, program TV P.P.P.P.R ditayangkan yang memperlihatkan Papa Zola dan isterinya Mama Zila yang menonton rancangan itu berasa bangga dengan suaminya.
Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 1)[]
Papa Zola memberitahu bahawa Mama Zila sekarang menjadi guru penilaian kelas di Sekolah Rendah Pulau Rintis. BoBoiBoy menyoal gurunya itu sejak bilakah Mama Zila menjadi guru di sekolahnya itu. Papa Zola suka cita menjawab bahawa dia menjadi seorang guru pada semalam hari, dia berasa bosan apabila duduk di rumah kerana semuanya telah dikemas dan disusun rapi. Cikgu Papa Zola menambah, eloklah jika Cikgu Mama Zila membantu murid-murid memastikan sekolah itu teratur dan penuh dengan kebersihan. Lantas Gopal memberitahu bahawa jika dia melihat keadaan kelas 5 Jujur yang kotor, pasti dia akan mengamuk.
Yaya terus memberitahu kepada pelajar yang lain bahawa Cikgu Mama Zila sudah dekat dengan kelas mereka. Papa Zola pula mengambil kesempatan tersebut untuk melarikan diri. Lalu BoBoiBoy mengarahkan kepada pelajar yang lain untuk membersihkan kelas mereka dan seluruh kelas bersetuju. BoBoiBoy menggunakan Kuasa Tiga untuk mempercepatkan kerja mereka mengemas kelas mereka. BoBoiBoy Gempa menyuruh Ying supaya menggunakan kuasanya untuk membersihkan kelas dengan lebih cepat, lalu Ying menggunakan kuasa Kelajuan Maksima.
Beberapa minit kemudian, Mama Zila perasan sesuatu telah berlaku dalam kelas 5 Jujur apabila melihat asap yang keluar dari kelas 5 Jujur. Lantas dia lari masuk ke dalam kelas tersebut dan berasa terkejut kerana bilik darjah itu sangat bersih, kemas, dan teratur sekali. Para pelajar menghormati guru baru mereka itu dengan mengucapkan selamat pagi. Mama Zila teruja dan merekod Borang Penilaian Kebersihan & Keceriaan Kelas 2015 untuk kelas 5 Jujur dan semuanya gred A.
Kemudian dia menjelaskan bahawa mereka kena menjalankan satu kempen yang istimewa sempena Hari Kitar Semula Kebangsaan. Di padang sekolah, Gopal menyoal buat apa mereka kena sambut padai hari itu, tetapi apa yang dikatakan Gopal membuatkan Cikgu Mama berasa marah. Tetapi Yaya mengatakan yang dia akan menerangkan kepada mereka. Lantas Amar Deep dan Stanley lari tetapi sempat dihalang oleh Yaya dan Ying. Ying memperlahankan masa diikuti dengan Yaya yang menggunakan kuasa gravitinya lalu menurunkan mereka ke atas tanah. Lalu mereka meminta Yaya dan Ying menerangkan tentang Hari Kitar Semula.
Ying menjelaskan tujuan Hari Kitar Semula Kebangsaan diadakan, iaitu untuk memberikan kesedaran kepada semua orang tentang pentingnya aktiviti 3R. Tambah Yaya, orang ramai juga diingatkan untuk mengasingkan sisa pejal dari punca yang bertujuan untuk memudahkan proses kitar semula... Amar Deep kemudian menanya apa maksud "3R". BoBoiBoy, Fang, dan Gopal memberitahu maksud 3R; Rehat, Rawat dan Rilek brader... Tetapi malangnya maksud yang mereka berikan adalah salah dan ianya membuatkan Yaya berasa geram terhadap mereka dan menerapungkan mereka di udara dengan menggunakan kuasanya. Lalu Cikgu Mama meminta Yaya dan Ying menerangkan maksud "3R" yang sebenar.
Yaya menerangkannya terlebih dahulu, program kitar semula "3R" terdiri daripada 3 perkara. Yang pertama adalah "Reduce" (Kurangkan), iaitu kurangkan penggunaan barang baru seperti beg plastik, kertas, dan lain-lain. Yang kedua adalah "Reuse" (Guna semula), iaitu guna semula barang lama. Contohnya, gunakan semula botol kaca yang lama untuk menyimpan alat tulis. Dan yang terakhir adalah "Recycle" (Kitar semula), iaitu kitar semula dengan mengasingkan sisa pejal di punca. Gopal mengatakan bahawa mereka sudah faham dan meminta supaya mereka diturunkan. Tetapi Yaya tidak membenarkannya, dan Ying membuka pertanyaan jika sesiapa ingin bertanyakan apa-apa soalan. BoBoiBoy bertanya bagaimanakah cara-cara untuk mengasingkan sisa pejal di punca. Yaya dan Ying memuji BoBoiBoy kerana bertanyakan soalan yang bagus.
Pada mulanya, asingkan sisa pejal di punca dengan mengasingkan sisa kitar semula daripada sampah harian manusia. Kemudian, masukkan sisa baki yang lain ke dalam tong hijau dan sisa pejal bahan kitar semula perlu diasingkan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Sisa-sisa kitar semula terdiri daripada tiga jenis; kertas, plastik, dan lain-lain. Pengasingan bahan kitar semula perlu mengikut kategori yang betul. Sisa kitar semula perlu diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan.
Cikgu Mama Zila mengiyakan penerangan Yaya dan Ying. Apabila kitar semula dilakukan, sampah harian yang dihasilkan dan yang dibuang ke tempat pelupusan pun akan berkurangan. Setelah selesai memberikan penerangan yang jelas, BoBoiBoy, Gopal, dan Fang dibebaskan dari belon graviti. Yaya mengajak rakan-rakannya yang lain bergotong royong dan mengasingkan sisa pejal sampah di sekolah mereka disertai dengan pengedaran risalah kempen kepada penduduk setempat. Pelajar-pelajar yang lain bersemangat untuk melakukannya manakala BoBoiBoy, Gopal, dan Fang hanya mengikut sahaja.
BoBoiBoy: The Movie[]
Mama Zila pergi ke Jeti Pulau Rintis untuk menyambut kepulangan Papa Zola daripada pengembaraannya semasa kredit.
BoBoiBoy Galaxy[]
Walaupun Mama Zila tidak muncul dalam siri ini, tetapi suaranya diboleh didengari dari telefon bimbit Tok Aba dalam episod Loopa Lupa? setelah Papa Zola berkata "Boleh jalan!" kerana dia disuruh untuk membeli barang keperluan.
BoBoiBoy Movie 2[]
Mama Zila bersama dengan anaknya Pipi Zola, menunggu Papa Zola di Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam untuk menyambut kepulangan suaminya itu. Di akhir filem, Mama Zila marah terhadap Papa Zola kerana membawa anak mereka dengannya ke angkasa.
Kebolehan[]
- Metamorfosis: Mama Zila akan bertukar menjadi seekor raksasa yang serba merah jambu apabila terlihat benda yang bersepah dan tidak tersusun.
- Kekebalan: Tubuh badan Mama Zila tidak dipengaruhi oleh apa-apa serangan apabila diserang.
Rupa[]
Mama Zila mempunyai badan yang kurus dan tinggi dengan wajah bermata besar yang sangat anggun. Memakai selendang merah dan berbaju kurung biru serta memakai baju dalam berlengan panjang berwarna hitam serta rantai emas dengan batu merah berbentuk hati.
Rupa Mama Zila berubah dengan serta-merta apabila dalam bentuk raksasa OCD. Seluruh tubuh badannya berwarna merah jambu. Mama Zila mempunyai susuk-susuk di belakangnya. Di bawah matanya adalah berwarna hitam seakan-akan seperti pucat. Mama Zila berkuku tajam dan berjari tiga seperti sesetengah raksasa lain. Dia mempunyai mata berwarna merah jambu. Mama Zila juga mempunyai tanduk kecil pada atas hidungnya. Walau bagaimanapun, selendang dan rantainya masih dipakai oleh Mama Zila walaupun dalam bentuk raksasa. Semasa Mama Zila bertukar menjadi raksasa, suaranya lebih rendah daripada suara normalnya.
Perwatakan[]
Menurut Papa Zola, Mama Zila akan bertukar menjadi raksasa apabila dia nampak benda tak tersusun kerana dia mengalami sumpahan OCD. Sebab itulah, sewaktu Mama Zila dikurung dalam mahligai syahdu, biliknya kemas dan tersusun rapi. Semuanya mesti diletakkan dalam kategori yang tersendiri, dan yang penting adalah simetri.
Dalam permainan yang sebenar, Mama Zila dikenakan suatu sumpahan yang mana setiap kali OCD-nya tercetus, dia boleh bertukar menjadi seekor raksasa dengan kakinya berupa dinosaur yang berwarna merah jambu. Ingatannya akan hilang apabila berada dalam bentuk raksasa, dan apa yang terlintas di dalam fikirannya hanya menyusun dan mengemas tempat yang bersepah. Walau apapun, penyakitnya pulih kembali setelah dia bertarung dengan BoBoiBoy dalam dunia permainan, tetapi masih lagi mengekalkan personaliti yang agak tegas dan garang.
Trivia[]
- Namanya pertama kali disebut dalam Musim 3, Episod 10 oleh Raksasa Gonohom.
- Pelakon suara Mama Zila, Ezdiani Ahmad Fawzi merupakan isteri kepada Nizam Razak, iaitu pelakon suara Papa Zola.
- Setelah 15 tahun berlalu, akhirnya BoBoiBoy dan rakan-rakannya tahu bahawa Mama Zila merupakan bos utama bagi permainan video Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang.
- Semasa menghidap sumpahan OCD, Mama Zila mempunyai satu kelemahan, iaitu seseorang menyepahkan semuanya menjadi tidak tersusun yang membuatnya membetulkannya semula dan juga kehilangan bar kesihatan dalam dunia permainan supaya sumpahan OCD sudah hilang.
- Dalam Serangan Mama Zila, apabila Mama Zila masih menjadi raksasa OCD dan memegang BoBoiBoy Taufan, dia memanggilnya anak mama, walaupun Taufan bukan anaknya.
- Raksasa Ketam yang menjaga mahligai syahdu telah melarikan diri semenjak Mama Zila dibebaskan.
- Ia telah ditunjukkan bahawa Mama Zila adalah seorang yang kidal, seperti yang ditunjukkan dalam Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2) ketika dia menilai kebersihan kelas 5 Jujur.
- Mama Zila membuat kemunculan kecil semasa kredit BoBoiBoy: The Movie, di mana dia menyambut kepulangan Papa Zola dan kemudian menunggang J-Rex bersama dengan suaminya.
- Dalam video soundtrack yang dimuat naik oleh saluran Monsta, nama Mama Zila dieja sebagai MamaZilla dengan dua huruf L dan dalam satu perkataan.