BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Makcik Wawa merupakan watak kecil dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Beliau merupakan ibu kepada Yaya dan ToToiToy.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Walaupun tidak pernah muncul dalam siri ini, tetapi namanya pertama kali disebut dalam Musim 1, Episod 5 apabila BoBoiBoy Petir disuruh oleh Tok Aba untuk menolongnya menghantar koko-koko yang dipesan oleh Makcik Yah/Wawa, tetapi dia tersilap pergi ke rumah Pakcik Mat walaupun membawa peta bersamanya. Kemudian, Pakcik Mat menolong BoBoiBoy Petir menghantarnya ke rumah Makcik Yah/Wawa.

Dalam Musim 1, Episod 7, Tok Aba berbincang dengan Makcik Yah/Wawa melalui telefon bagi membenarkan Yaya bermain permainan video di rumahnya. Tok Aba dan Makcik Yah/Wawa sama-sama setuju yang tidak bagus untuk bermain permainan video lama-lama kerana boleh mengakibatkan budak-budak tidak belajar dan boleh merosakkan penglihatan. Oleh kerana tujuan mereka untuk menyelamatkan BoBoiBoy dan Gopal yang termasuk ke dalam permainan video, Makcik Yah/Wawa membenarkan Yaya untuk bermain permainan video, tetapi hanya lima belas minit sahaja.

BoBoiBoy Galaxy[]

Makcik Wawa pertama kali muncul dalam episod Loopa Lupa? bersama Aunty Yang dan Pakcik Kumar, sedang menunggu ketibaan anak masing-masing di warung Tok Aba. Dia gembira menyambut anak perempuannya dari angkasa lepas bersama Aunty Yang, ibu Ying. Dia memikat anak-anak dengan makanannya, sebelum dia bersaing kata-kata dengan Aunty Yang tentang siapa yang memasak lebih sedap, sebelum ditarik oleh Yaya untuk mengelakkan pergaduhan.

BoBoiBoy Movie 2[]

Makcik Wawa membuat kemunculan dalam filem ini bersama yang lain untuk menyambut kepulangan anak-anak mereka di Bumi.

Rupa[]

Penampilan Makcik Wawa agak mirip seperti anak perempuannya, Yaya. Dia memakai baju kemeja yang berlengan kuning yang panjang, dengan memakai handsocks merah gelap di kedua tangannya. Makcik Wawa memakai tudung merah jambu yang berbunga merah gelap dan juga memakai kain berwarna merah gelap.

Perwatakan[]

Makcik Wawa berperwatakan sebagai seorang yang amat kompetitif, terutama terhadap kawan rapatnya, iaitu Aunty Yang. Sifatnya ini juga didedahkan kepada anak perempuannya, iaitu Yaya.

Trivia[]

  • Kedua-dua Makcik Wawa dan Aunty Yang merupakan kawan rapat tetapi amat kompetitif pada masa yang sama, sama seperti anak perempuan mereka.
  • Seperti anak perempuannya, Makcik Wawa juga gemar membuat biskut yang dahsyat dan marah apabila ada yang mengatakan biskutnya tidak sedap.
  • Walaupun dia dikreditkan sebagai Makcik Wawa, namun dia dipanggil sebagai Makcik Yah oleh Tok Aba dalam siri BoBoiBoy.
  • Dalam surat peminat di Majalah Komik BoBoiBoy isu #75, ia didedahkan biskut asam pedas buatannya lagi sedap dari biskut Yaya.
  • Struktur namanya serupa dengan anak perempuannya.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy Galaxy
BoBoiBoy Movie 2
Advertisement