BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Makcik Kantin ialah watak sampingan dalam siri BoBoiBoy. Dia bekerja sebagai penjaga di kantin Sekolah Rendah Pulau Rintis.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Makcik Kantin kebanyakannya muncul dalam imbas kembali dalam musim 2. Setelah BoBoiBoy membeli donat lobak merah di kantin, Fang datang dan bertanya kepadanya jika masih ada yang tinggal, namun hanya yang tinggal adalah donat lobak putih yang membuat Fang marah.

Yaya bertanya kepadanya jika dia boleh menjual biskutnya di kantin, dia berkata yang mejanya sudah dipenuhi dengan makanan-makanan lain, Yaya lalu mengugut untuk menulis namanya kerana terdapat banyak lalat di kantin, setakat ini, biskut Yaya boleh dibeli di kantin sekolah. Jadi dia meletakkan biskut Yaya di kantin.

Dalam Musim 2, Episod 7, apabila Adu Du menggunakan mikrofon untuk menyuruh BoBoiBoy keluar dari sekolah, Makcik Kantin secara tidak sengaja melepaskan gincunya ke pipi.

Rupa[]

Makcik Kantin ialah seorang wanita yang berbadan gempal dengan riak mukanya yang serba putih dan bergincu kerana sentiasa memakai alat solek untuk kelihatan cantik serta memakai penutup kepala seperti bandana, tetapi kelihatan rambutnya terkeluar dan bergumpal.

Perwatakan[]

Makcik Kantin merupakan seorang penjual makanan yang kurang tegas apabaila bekerja. Hal ini disebabkan oleh takut akan ugutan Yaya yang bertanggungjawab menulis nama dan melaporkan status kebersihan kantin sekolah.

Trivia[]

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Makcik Kantin

Musim 2[]

Musim 3[]

Advertisement