BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

MagnetBot merupakan sebuah Power Sphera yang mempunyai kuasa magnet dan digunakan oleh Kapten Vargoba dengan menyimpannya di belakangnya. Selepas kekalahan Vargoba, MagnetBot diambil oleh TAPOPS.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Dalam Sinaran Penamat, MagnetBot didedahkan diletakkan di belakang Kapten Vargoba yang ditutupi dengan kain mantel. Kapten Vargoba menggunakannya dalam pertarungan terakhir dengan BoBoiBoy Cahaya di Stesen Angkasa TAPOPS.

Dalam kredit akhir, MagnetBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Kuasa

  • Kuasa Magnet: Kapten Vargoba mempunyai MagnetBot yang membolehkan dia mengendalikan kuasa magnetik di kawasan yang berlogam.
  • Kuasa Tarikan Magnet: Kapten Vargoba menghulurkan tangannya ke arah objek logam bagi membolehkannya menggunakan daya magnetiknya bagi menarik objek mahupun sasaran yang bersifat logam.
  • Tolakan Magnet: Kuasa kontra bagi Kuasa Tarikan Magnet, apabila Kapten Vargoba melepaskan tarikannya lalu menolak objek mahupun sasaran bersifat logam ke arah bertentangan.
    • Tolakan Penuh: Kuasa tingkatan bagi Tolakan Magnet bagi menolak objek mahupun musuhnya yang bersifat logam.
  • Pusingan Besi: Menjelmakan kepingan besi gergasi sebagai senjata lalu Kapten Vargoba memusingkan daya magnetiknya menyebabkan kepingan besi tersebut berpusing yang bertindak sebagai teknik pertahanan dari musuh menyerangnya.
  • Hempasan Besi: Kepingan besi gergasi yang digunakan oleh Kapten Vargoba membolehkannya menghempas musuhnya dengan kepingan tersebut.
  • Tarikan Besi Magnet/Tarikan Magnet Besi/Tarikan Besi: Kapten Vargoba menggunakan kepingan besi mahupun objek besi di sekelilingnya sebagai senjata membolehkan beliau memanipulasikannya untuk melawan musuhnya.
  • Perisai Kebal: Kapten Vargoba mengumpulkan kuasa MagnetBot bagi membolehkan dia mencipta perisai besi yang dicantumkan dari kepingan dan puingan besi di sekelilingnya. Menggunakan perisai ini, Kapten Vargoba dilengkapi tiga jenis senjata iaitu Sauh Besi, Pedang Besi dan Perisai Besi yang berasal dari kapal angkasanya dan digunakan olehnya di dalam medan tempur. Ia memberikannya kelebihan untuk menyerang dan mempertahankan diri dengan lebih efektif.
    • Tumbukan Besi: Diadaptasi dari perisai kebalnya, Kapten Vargoba mampu menumbuk musuhnya dilengkapi perisai kebalnya dan mampu membuat musuhnya pengsan.
    • Pedang Besi: Pedang yang digunakan Kapten Vargoba dalam pertempuran yang merupakan senjata alternatif baginya.
    • Perisai Besi: Perisai yang digunakan Kapten Vargoba dalam medan tempur bagi menepis serangan musuh dengan melantunkannya semula oleh sebab faktor permukaannya yang licin.
    • Sauh Besi: Senjata utama Kapten Vargoba yang merupakan Sauh Besi gergasi.
      • Hentakan Sauh Besi: Dengan momentum yang cukup, Kapten Vargoba melompat lalu mendarat ke lokasi tertentu sambil menghentakkan Sauh Besinya di kawasan tersebut.
      • Balingan Sauh Besi: Sauh Besi yang dilontarkan oleh Kapten Vargoba ke arah musuh.
      • Tolakan Sauh Besi: Momentum ditambah dengan kuasa magnet, lontaran Sauh Besinya mampu ditambahkan dan beliau melemparkannya dari jauh ke arah musuh.
  • Pusingan Medan Magnet: Kapten Vargoba menggunakan kuasa magnetiknya lalu menghasilkan ribut magnetik yang menyebabkan semua benda logam yang ada di situ terperangkap dalam ribut itu dalam pergerakan bulat yang berterusan. Beliau juga boleh menambahkan kelajuannya untuk menangkap lebih banyak sasaran.
    • Letupan Medan Magnet: Teknik susulan bagi kuasa Pusingan Medan Magnet yang menghasilkan bebola magnetik lalu menarik semua objek logam yang terperangkap dalam ribut tersebut ke pusatnya sebelum meletupkan bebola tersebut.

Rupa

Trivia

  • Nama MagnetBot diambil dari perkataan "magnet", sesuai dengan kuasanya untuk memanipulasi magnet.
  • Warna muka MagnetBot mungkin serupa dengan warna muka Metalder daripada siri Choujinki Metalder dan Kikaider daripada siri Android Kikaider.
    • Secara kebetulan, warna muka MagnetBot memang hampir serupa dengan warna di magnet biasa.

Galeri

Advertisement