BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Lorong Kucing Sewel Pak Senin Koboi merupakan salah satu jalan pintas untuk BoBoiBoy dan kawan-kawan sekolahnya pergi ke Sekolah Rendah Pulau Rintis.

Sejarah

BoBoiBoy

Menurut Gopal, lorong Pak Senin Koboi ialah jalan pintas untuk murid-murid pergi ke Sekolah Rendah Pulau Rintis. Tetapi, semenjak Pak Senin Koboi datang pindah dan menetap ke situ dengan membawa Kucing Sewel, lorong Pak Senin Koboi tidak dapat dilalui oleh sesiapa lagi kerana dibimbangi akan dikejar oleh Kucing Sewel.

BoBoiBoy, Gopal dan Fang telah melalui Lorong Pak Senin Koboi sebanyak dua kali, iaitu dalam Musim 2, Episod 5 di mana ketika mereka pergi ke sekolah dan Musim 2, Episod 6 ketika mereka pergi ke warung Tok Aba dengan menunggang Kucing Sewel yang telah menjadi normal.

Dalam Musim 2, Episod 8, ia ditunjukkan bahawa Fang dan Ochobot melarikan diri dari Adu Du dan Probe ke lorong ini sewaktu peristiwa masa lalu iaitu sebelum BoBoiBoy berpindah ke Pulau Rintis. Kucing Sewel tidak menampilkan dirinya di hadapan mereka pada masa itu, menunjukkan bahawa Pak Senin Koboi mungkin berpindah ke lorong ini selepas peristiwa Fang mendapat kuasa.

Dalam Musim 3, Episod 5, imbas kembali oleh Koko Jumbo menunjukkan dia berjalan sendirian kerana berasa kecewa setelah dibuang dari tuannya, Adu Du.

Apa Kata Yaya

Dalam episod Pentingnya Sarapan, kelihatan Yaya, Ying dan Gopal menggunakan laluan pintas ini untuk pergi ke sekolah.

Dalam episod Buat Baik Dengan Haiwan, Yaya dan Ying menemui seekor anak kucing terbiar di sekitar kawasan lorong ini.

BoBoiBoy Galaxy

Dalam episod MotoBot!, kapal angkasa Adu Du mendarat di Lorong Pak Senin Koboi dan menurunkan Adu Du dan Probe di situ.

Trivia

  • Menurut Gopal, laluan ini adalah cara terpantas untuk pergi ke sekolah tetapi sejak Pak Senin Koboi dan kucingnya berpindah ke sini, tiada seorang yang berani melalui lorong ini kerana dibimbangi akan dikejar oleh Kucing Sewel.
Advertisement