LoopBot merupakan sebuah Power Sphera yang pernah diburu oleh Adu Du, dan kemudian dia diselamatkan oleh BoBoiBoy.
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
Dalam Loopa Lupa?, LoopBot berusaha untuk melarikan diri daripada ditangkap Adu Du dan Probe di angkasa lepas. Apabila amat terdesak untuk menyelamatkan diri, LoopBot menuju ke Planet Bumi untuk cuba meminta bantuan BoBoiBoy. Selepas berjaya mengesan lokasi BoBoiBoy yang sedang berada di Pulau Rintis, dia diserang oleh Adu Du dan disebabkan oleh itu LoopBot menjunam ke Bumi. LoopBot berjaya melarikan dirinya daripada Adu Du dan Probe selepas mereka kehilangan isyaratnya.
Setelah itu, LoopBot muncul dalam mimpi BoBoiBoy sedang meminta tolong untuk menyelamatkannya yang telah mengejutkan BoBoiBoy. Kemudian LoopBot terlihat BoBoiBoy yang sedang berjalan menuju ke Pantai Pulau Rintis, dan cuba untuk meminta tolong daripadanya. Namun, Adu Du dan Probe telah berjaya menangkapnya dan memaksa LoopBot untuk memberikan kuasanya. LoopBot akhirnya menggunakan kuasanya untuk mengulang-ulangkan situasi yang telah berlaku di situ untuk mengingatkan BoBoiBoy semula sehinggalah kuasanya hampir habis. Akhirnya, LoopBot telah berjaya diselamatkan oleh BoBoiBoy, Yaya dan Ochobot.
Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, LoopBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.
Kuasa[]
- Gegelung Loop: Gegelung yang boleh mengulang-ulangkan situasi yang telah berlaku. Ia digunakan oleh Adu Du terhadap BoBoiBoy dan rakan-rakannya. Ia dikembalikan selepas Adu Du dikalahkan.
- Kuasa Mega Loopa Loopa Loop: LoopBot menggunakan kuasanya sambil berpegang pada Gegelung Loop yang berada di tangan Adu Du untuk mengulang semula situasi yang telah berlaku.
- Kuasa Loopa Loopa Loop: LoopBot menggunakan kuasanya untuk mengulang semula situasi yang telah berlaku yang bertujuan untuk mengulang serangan yang dilakukan terhadap musuh. Kuasa ini hampir sama dengan Kuasa Ulangan Masa milik Ying.
Trivia[]
- Nama LoopBot diambil dari perkataan "loop" yang bermaksud gelung, sesuai dengan rupanya yang memiliki satu gelung di belakangnya.
- LoopBot serupa dengan Jar Jar Binks dalam Star Wars dan mirip seperti seekor katak.
- Tujuan Adu Du menangkap LoopBot ialah untuk mencuri Gegelung Loop daripadanya supaya dia boleh membelasah BoBoiBoy dan kawan-kawannya.