BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Lelabah Kristal merupakan watak antagonis dalam episod ekstra BoBoiBoy Galaxy: Pembongkaran Rahsia. Ia merupakan sejenis labah-labah ungu yang tinggal di Planet Oroq.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy: Pembongkaran Rahsia[]

Suara Lelabah pertama kali didengari setelah Sai, Shielda dan BoBoiBoy sampai di perkampungan Roqu. Lelabah telah menangkap penduduk Roqu dan akan menjadikan mereka makanannya. BoBoiBoy kesal dengannya lalu melancarkan serangan ke arahnya. Sai dan Shielda juga menyerang sehingga menyebabkan serangan mereka huru-hara. Lelabah lantas memerli mereka supaya tidak bergaduh dengan memanggil mereka sebagai makanannya. Mereka mula merancang untuk menjadikan serangan mereka berkesan. Dia diserang oleh BoBoiBoy Tanah dan Daun, kemudian direnjat oleh BoBoiBoy Petir sehingga tewas dan tidak sedarkan diri. Penduduk Roqu berjaya diselamatkan oleh BoBoiBoy, Sai dan Shielda, namun ia tidak diketahui apa yang berlaku kepada Lelabah Kristal selepas itu.

Kuasa[]

  • Sesawang Kristal: Sesawang hijau yang berfungsi untuk melindungi dirinya dengan menghalang serangan musuh, seperti menyekat senjata.

Rupa[]

Rupa Lelabah Kristal menyerupai labah-labah gergasi yang berwarna ungu dan memiliki kristal-kristal hijau di tubuhnya. Ia mempunyai satu mata dan berkaki lapan. Irisnya matanya juga berwarna hijau. Bahagian belakangnya berwarna hijau sepenuhnya.

Perwatakan[]

Lelabah Kristal bercakap dengan menambahkan bunyi 'sssss' dalam percakapannya. Ia juga bercakap dengan cara yang menjengkelkan sesiapa yang mendengarnya.

Trivia[]

Galeri[]

Advertisement