BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Lagu Rukun Negara merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh barisan pelakon siri animasi BoBoiBoy dan Papa Pipi. Lagu ini diterbitkan dengan kerjasama antara Monsta dengan Kementerian Perpaduan Negara Malaysia sempena ulang tahun ke-50 Rukun Negara, Hari Kebangsaan ke-63, dan Hari Malaysia ke-54. Lagu ini dimuat naik di saluran YouTube Monsta, sehari sebelum Hari Malaysia.

Lirik[]

MAKA KAMI, rakyat Malaysia
berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Pertama, Kepercayaan kepada Tuhan
Kedua, Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Ketiga, Keluhuran Perlembagaan
Keempat, Kedaulatan Undang-Undang
Kelima, Kesopanan dan Kesusilaan

Ini Rukun Negara kita
Lambang perpaduan Malaysia

Malaysia (x2)

Lambang perpaduan Malaysia

Trivia[]

  • Lagu Rukun Negara merupakan lagu patriotik pertama yang dihasilkan oleh pihak Monsta.
  • Lagu ini diambil daripada ikrar Rukun Negara dan ditambah sedikit dengan beberapa baris lirik.

Video[]

Advertisement