BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Kuputeri merupakan seorang pemilik asal Kuasa Elemental Beliung.

Sejarah

Kehidupan awal

Kuputeri merupakan ahli kerabat diraja Planet Windara suatu ketika dahulu, dan memperoleh Kuasa Elemental Beliung daripada sebuah Power Sphera.

Pra-BoBoiBoy

Pada suatu masa, Kuputeri bersama penguasa-penguasa elemental lain bertempur dengan Retak'ka yang ingin merampas Kuasa Elemental mereka. Pertempuran itu berakhir dengan Retak'ka berjaya merampas kelima-lima Kuasa Elemental.

Setelah tewas kepada Retak'ka, Kuputeri sempat diselamatkan oleh pengiringnya Marsyal Maripos, dan melitupi dirinya dengan kepompong untuk merawat kecederaan. Setelah 100 tahun berehat dalam kepompong, dia bangkit kembali dan sedar bahawa kerajaannya telah diambil alih oleh Maharaja Reramos.

BoBoiBoy Galaxy

Kuputeri melawat Bumi untuk memujuk BoBoiBoy untuk memulangkan kuasa Beliung dengan membawanya dan rakan-rakan ke planet asalnya untuk melihat keadaan di sana. Sebaik tiba di Planet Windara, mereka disambut oleh Jeneral Berlima, orang bawahan Maharaja Reramos yang bertindak melawan BoBoiBoy dan rakan-rakan. Kuputeri sempat menghantar BoBoiBoy dan Fang pergi menaiki pod kecemasan sebelum ditangkap oleh Jeneral Berlima.

Trivia

  • Nama Kuputeri mungkin diambil dari gabungan kedua-dua perkataan "kupu-kupu" dan "puteri".

Galeri

Advertisement