Kumpulan Kapten Kaizo ialah sebuah pasukan yang mempunyai misi untuk melindungi semua Power Sphera dan memberikan Jam Kuasa kepada pengguna yang layak untuk menggunakannya. Pasukan ini terkenal sebagai pemberontak di antara galaksi.
Ahli-ahli
- Kapten Kaizo: Pemimpin dan kapten pasukan ini.
Kapten Kaizo merupakan abang kepada Fang yang memegang satu kuasa yang amat hebat dan berbahaya, iaitu Kuasa Memanipulasi Tenaga. Kuasa Kapten Kaizo datang daripada helmetnya yang membolehkan dia mengolah tenaga dengan kaedah serangan dan menjana kuasa berlipat ganda. Ianya juga digunakan sebagai perisai untuk pertahanannya dan mampu bergerak sepantas kilat. Oleh disebabkan kehebatan kuasanya, dia digeruni serata galaksi dan dikatakan dia ialah makhluk asing paling berbahaya di angkasa.
- Lahap: Leftenan dan pembantu kanan kepada Kaizo.
Lahap merupakan orang kanan kepada Kapten Kaizo dan sentiasa setia kepada kaptennya. Dia telah menyertai pelbagai kempen pemberontakan bersama Kapten Kaizo dan kadang-kadang, apabila kaptennya berada dalam keadaan yang bahaya, Lahap akan berusaha menyelamatkan kaptennya. Lahap mempunyai kuasa yang amat unik kerana spesisnya mempunyai kuasa toleransi yang tinggi terhadap benda-benda toksik dan menukarkannya menjadi tenaga plasma. Selain itu, Lahap juga mempunyai Kuasa Penyerapan Material sebagai kuasa tahap keduanya, membolehkan dia memakan sesuatu objek atau makanan, lalu menukarkan dirinya kepada bentuk lain.
- Prebet Pang/Fang: Prebet muda dalam pasukan ini.
Fang merupakan adik lelaki kepada Kapten Kaizo dan telahpun mempunyai kuasa asalnya, Kuasa Penembus. Kuasanya ini dapat membuatkan Fang berjalan menembusi objek-objek yang pejal seperti dinding dan bumbung, menjadikan dia perisik dalam kumpulan abangnya. Kuasa daripada topengnya juga membolehkan Fang menjadikan objek-objek yang dikehendakinya menjadi tembus. Seperti abangnya, Fang perlu mengaktifkan topengnya dengan cermin matanya untuk menggunakan kuasa penembus dia.
Musuh
- Adu Du dan Probe: Pada suatu ketika, mereka mungkin terlibat dalam pertempuran dan dikalahkan olehnya, atau mereka mendengar tentangnya sebagai musuh yang berbahaya bagi kaum Kubulus.
- Bora Ra: Khabar angin mengatakan bahawa Kaizo pernah bertempur dengan Bora Ra pada suatu ketika dahulu, yang mana mungkin adalah penyebab Bora Ra kehilangan salah satu sesungutnya.
- Ejo Jo: Ejo Jo dan Kaizo dikatakan adalah saingan. Ejo Jo dikalahkan oleh kumpulan Kaizo, dan dia ditahan di dalam kapal angkasa mereka.
Sekutu
Trivia
- Kumpulan Kaizo muncul sebagai sebahagian dari pasukan TAPOPS dalam babak lagu tema pembukaan siri BoBoiBoy Galaxy, iaitu dari Episod 1 sehingga Episod 8.