BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Kucing Sewel ialah seekor kucing kurus yang merupakan binatang peliharaan yang menjaga Lorong Pak Senin Koboi.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Dalam Musim 2, Episod 5 apabila Fang akan mengambil biskut Yaya, dia menghairankan yang menakutkannya, BoBoiBoy dan Gopal. Kemudian dia menyerang ketiga-tiga mereka, mencederakan mereka. Tetapi mereka berjaya melarikan diri dari cengkaman Kucing Sewel.

Dalam Musim 2, Episod 6, BoBoiBoy, Fang dan Gopal merancang untuk membuat kucing kurus menjadi lemah dengan memberi makan kepadanya dengan biskut Yaya tetapi dia tidak sebaliknya menjadi Kucing yang Berguna selepas makan tiga keping biskut Yaya dan mendapat kejutan elektrik dari Pelindung Halilintar milik BoBoiBoy Halilintar. Selepas itu, dia menjadi kucing kurus yang membantu dan memberi BoBoiBoy, Fang dan Gopal tumpangan ke warung Tok Aba.

Rupa[]

Kucing Sewel mempunyai sepasang mata yang berbeza. Pada mata kanannya, kelihatan bentuk pusaran pada bebola matanya manakala mata kirinya tertutup dengan sebuah kesan parut padanya. Kucing Sewel juga memakai topi koboi untuk menunjukkan persamaannya dengan Pak Senin Koboi. Badannya berwarna hitam dengan terletaknya sehelai bandana berwarna merah dengan corak polka dot putih di lehernya.

Perwatakan[]

Kucing Sewel selalunya akan menyerang mangsanya yang telah melalui lorong milik tuannya. Apabila tidak ada sesiapa pun pada masa itu, Kucing Sewel biasanya akan duduk diam di tempatnya sahaja.

Tidak seperti watak-watak lain, Kucing Sewel akan pengsan sepenuhnya jika termakan lebih daripada sekeping biskut Yaya. Disebabkan perwatakannya yang 'sewel', kucing kurus ini akan berkhayal sebelum pengsan.

Trivia[]

  • Kucing Sewel merupakan kucing kurus ketiga muncul dalam siri BoBoiBoy. Yang pertama ialah Potato dan yang kedua ialah Sasha.
  • Kucing Sewel merupakan kucing kurus kedua yang menyerang Gopal. Yang pertama ialah Potato.
  • Sebab mengapa dia menyerang BoBoiBoy, Fang, dan Gopal kerana mereka mencerobohi lorong pemiliknya.
  • Untuk menjadikannya stabil, ia memerlukan tiga biskut Yaya dan kejutan elektrik.

Galeri[]

Video[]

Advertisement