BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Bangsa Kubulus atau bangsa alien berkepala kotak merupakan makhluk-makhluk yang tinggal menetap di Planet Ata Ta Tiga.

Sejarah

Bangsa Kubulus merupakan bangsa yang mendiami Planet Ata Ta Tiga di hujung galaksi nusa gima. Mereka membangunkan planet tersebut sendiri yag terkenal dengan kemajuan teknologi. Mereka hidup dengan aman selama berpuluh ribu tahun, sehinggalah detik itu, Planet Ata Ta Tiga diserang oleh bangsa alien jahat! Dengan begitu sahaja, mereka telah diserang dari udara, tanah, dan laut. Tiada siapa dapat menjangka ini semua bakal terjadi. Planet Ata Ta Tiga kini diambang kemusnahan, dibayangi kepupusan bangsa Kubulus.

Di suatu tempat, tersembunyi dari pengetahuan armada alien jahat. Bangsa Kubulus telah mengumpul kesemua pakar untuk mencipta senjata terulung di bawah program Sfera Kuasa, dan akhirnya terciptalah... Klamkabot. Mereka cuba untuk menghancurkannya, tetapi gagal. Mereka yang terselamat, bersama membina semula Ata Ta Tiga. Planet mereka menjadi lebih maju dan hebat dari sebelumnya, dan terciptalah juga Sfera-Sfera Kuasa generasi terbaru.

Kini, Sfera Kuasa menjadi sebahagian dari hidup bangsa Kubulus. Tetapi dengan kebolehan sehebat itu, bangsa Kubulus kini menjadi gila kuasa. Sfera Kuasa diprogramkan semula menjadi senjata pemusnah. Bangsa Kubulus menjadi empayar penakluk baru di antara galaksi! Klamkabot tidak mempersetujui tindakan yang dilakukan empayar baru Kubulus. Siapa sangka, penyelamat mereka satu masa dahulu, kini menjadi penentang utama. Tetapi kali ini, empayar Kubulus lebih bersedia.

Demi menyelamatkan Sfera Kuasa yang tinggal, dengan saki baki kuasa, Klamkabot telah menggunakan Kuasa Teleportasi dan menghantar Sfera-Sfera Kuasa ke seluruh pelusuk galaksi. Sebelum melarikan diri sendiri, Klamkabot telah berjanji, dia tidak akan benarkan satu Sfera Kuasa pun jatuh ke tangan mereka yang jahat. Dan semenjak daripada itu, empayar Kubulus telah mengarahkan semua Sfera Kuasa diburu dan ditangkap, sehingga ke hari ini.

(Dipetik daripada Komik Prolog dalam buku "Komik Adaptasi BoBoiBoy: Sfera Kuasa")

Alien

  • Adu Du: Seorang alien yang merupakan bekas pengutip sisa mineral di Sektor 42 di Planet Ata Ta Tiga. Selepas dia diusir dari kampungnya dan kemudian planetnya, dia bertujuan untuk mencuri kesemua koko di Planet Bumi demi planetnya.
  • Bago Go: Seorang alien yang merupakan penjual senjata haram terhebat. Dia juga saudara termuda dan salah seorang ahli dari pasukan Lima Panglima Scammer.
  • Ejo Jo: Seorang alien berukuran tinggi yang suka membuli Adu Du dan juga alien yang bersikap canggih.
  • Wak Baga Ga: Seorang alien yang bekerja sebagai bomoh penipu seantero dunia dan juga anak keempat dari saudara-saudaranya. Dia juga ahli termuda kedua dari Lima Panglima Scammer.
  • Bagi Gi: Seorang alien yang bekerja sebagai penipu sindiket internet dan juga anak ketiga dari saudara-saudaranya. Dia juga ahli tertengah dari Lima Panglima Scammer.
  • Bagu Gu: Seorang alien yang bekerja sebagai mahaguru I Love You dan juga anak kedua dari saudara-saudaranya. Dia juga ahli tertua kedua dari Lima Panglima Scammer.
  • Tom: Ketua dari pasukan Lima Panglima Scammer dan anak tertua dari kalangan saudara-saudaranya. Dia juga dikenal sebagai "Penipu Nama".
  • Ibu Bu: Seorang usahawan alat kecantikan yang memiliki syarikat bernama Ibu Bu Butik dan juga ibu Adu Du.
  • Bora Ra: Ketua dari pasukan Tengkotak dan juga pemburu Power Sphera terkenal di legenda.
  • Gaga Naz: Ahli terkuat dari pasukan Tengkotak yang bersedia membantu Bora Ra.
  • Yoyo Oo: Orang kanan Bora Ra dan juga ahli yang pakar dalam bab robotik dan teknologi Power Sphera kepada Tengkotak.
  • Kiki Ta: Juruterbang kapal angkasa Tengkotak dan juga ahli dalam pasukan Tengkotak.
  • Cici Ko: Dia menyamar sebagai budak suruhan untuk mengintip pergerakan pasukan Tengkotak. Nama sebenarnya ialah Koko Ci. Dia juga komander dari pasukan TAPOPS.
  • Anak Bago Go: Anak lelaki daripada penjual senjata haram yang membuat kemunculannya dalam Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2).

Trivia

  • Nama ini merupakan mainan perkataan bagi "kubus", yang merujuk kepada kepala alien yang berbentuk kotak.
  • Menurut Majalah Komik BoBoiBoy Isu 78, tidak semua banga Kubulus jahat. Tetapi, ada yang baik dan jahat, seperti manusia.
Advertisement