Kuasa Teleportasi merupakan sebuah kuasa yang boleh menteleportasikan penggunanya ke mana-mana sahaja dalam masa yang singkat. Apabila digunakan bagi menyerang musuhnya ataupun mengelak serangan musuhnya, kuasa ini tidak memerlukan apa-apa koordinat. Namun, koordinat yang betul diperlukan jika ingin teleportasi ke destinasi yang lebih jauh.
Sejarah[]
BoBoiBoy: The Movie[]
Kuasa ini awalnya dimiliki oleh Klamkabot, tetapi kerana dikejar oleh pasukan Tengkotak untuk mendapatkan Kuasa Teleportasi untuk kemusnahan dan kejahatan, dia berikan kuasanya kepada Ochobot, tetapi dia perlu dinaik tarafkan. Kerana Ochobot memiliki Kuasa Teleportasi dan Tengkotak tidak dapat Kuasa Teleportasi daripada Klamkabot, Tengkotak akhirnya tahu bahawa Ochobot telah dapat kuasa tersebut dan Bora Ra mendapatkan Kuasa Teleportasi dengan sendiri. Kemudian selepas Bora Ra dikalahkan oleh BoBoiBoy, kuasa ini dikembalikan kepada Ochobot.
Kuasa[]
- Ochobot
- Teleportal: Kuasa sampingan Ochobot yang membolehkan dia membuka portal ke planet yang jauh yang perlu disertakan dengan koordinat yang benar.
















