BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Kuari Lembah Kepaku ialah tempat di Planet Windara di mana orang dewasa dari Lembah Kepaku disimpan dan diambil buruh.

Sejarah[]

BoBoiBoy dan Fang bersama Papileon menuju ke perkarangan Kuari Lembah Kepaku, di mana penduduk dewasa dari Kampung Kepaku ditangkap untuk menjadi buruh paksa dengan layanan yang sangat kejam. Dengan senyap mereka menyelinap masuk ke dalam kuari melalui jalan rahsia yang diketahui oleh Papileon, sehingga mereka tiba di ruang simpanan hasil galian dan bertemu dengan datuk Papileon iaitu Papiliam, tukang besi terhandal di planet Windara.

Pada masa yang sama, kapal Muskida telah mendarat di bangunan kuari. BoBoiBoy, Fang, Papileon dan Papiliam mengambil kesempatan untuk mengintai aktiviti Muskida yang mendapat pesanan bahawa Kuputeri sudah dibawa ke Istana Kupuri. Kemudian, mereka menyaksikan Muskida seorang tahanan yang tersungkur dalam kerja dan merayu belas kasihan daripada Muskida, kemudian Muskida membebaskan ikatan tahanan itu kemudian melepaskan kerumunan mata-mata lalatnya untuk membahamnya dari belakang. Kekejaman ini mencetuskan BoBoiBoy dan Fang untuk bertindak.

BoBoiBoy menjadi Halilintar dan melakukan Pecutan Kilat untuk memburu Muskida, dibantu oleh Fang mengeluarkan kuasa Rimba Bayang, di mana dia menghasilkan pelbagai bentukan haiwan bayang untuk menjatuhkan halangan. Setelah menjumpai Muskida, Halilintar yang berang cuba menetaknya dengan Pedang Halilintarnya tetapi Muskida sempat melarikan diri dengan mata-mata lalatnya.

Setelah pertarungan selesai dan kemenangan diraikan oleh tahanan-tahanan dalam kuari, Papiliam mengecam Fang sebagai anak kepada Gabenor Gogobugi dan adik kepada Kaizo, malah dia mengatakan bahawa dia pernah mendengar khabar tentang ibu bapa Fang, malah mereka pasti bangga dengan bakti Fang; kata-kata ini membuat Fang sangat sedih. Pada masa yang sama, Muskida tampil dengan badan robotnya dan terbang melarikan diri. Sebagai tanda penghargaan, Papiliam memberikan Fang satu kunci ke bilik yang penuh dengan barang berharga di Istana Kupuri. Akhirnya, BoBoiBoy dan Fang dihubungi dari Yaya yang memberi mereka koordinat seterusnya untuk berkumpul untuk merancang tindakan seterusnya.

Advertisement