BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

KristalBot merupakan sebuah Power Sphera elemental yang muncul dalam BoBoiBoy Movie 2. KristalBot yang memberikan kuasanya kepada Hang Kasa dan sebuah sut perisai ketika diaktifkan. Tidak banyak yang diketahui tentangnya kerana ia disebut oleh Hang Kasa secara ringkas dalam BoBoiBoy Movie 2.

Sejarah

BoBoiBoy Movie 2

Hang Kasa mengatakan bahawa dia dan Retak'ka menjumpai KristalBot dan GammaBot semasa mereka kanak-kanak. Hang Kasa mengambil KristalBot sementara Retak'ka mengambil GammaBot. Disebabkan oleh itu, KristalBot yang memberi kuasa kepada Hang Kasa.

Di kredit akhir, KristalBot telah diberikan kepada Amato untuk dibaiki olehnya bersama EggaBot dan ArmoBot kerana mengalami kerosakan akibat pertempuran Hang Kasa dengan Retak'ka.

Kuasa

  • Armour Kristal: Dengan menggunakan Power Sphera KristalBot, dia dapat menukarkannya menjadi baju perisai yang diperbuat dari kristal untuk pertempuran. Nama baju perisai ini dinyatakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
  • Perisai Kristal: Berfungsi sebagai senjata pertahanan bagi Hang Kasa.
    • Lontaran Perisai Kristal: Hang Kasa melontarkan perisainya ke arah Retak'ka untuk mengalihkan perhatiannya supaya dia dapat melancarkan balingan Serombong Kristal yang seterusnya. Nama teknik ini dinyatakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
  • Serombong Kristal/Serampang Kristal[1]: Senjata Hang Kasa yang digunakan untuk membekukan Retak'ka dalam pertempuran 100 tahun dahulu. Dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa, ia dikenali sebagai Tombak Kristal.
  • Pelindung Kristal: Teknik pertahanan bagi Hang Kasa dengan meninggikan aras tanah yang berasaskan kristal untuk melindungi diri. Teknik ini serupa dengan Tanah Pelindung.
  • Keris Kristal: Keris yang panjang dan bercorakkan kristal-kristal yang tajam. Senjata ini digunakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.

Rupa

KristalBot berbentuk seperti pentagon dan berwarna hijau. Mukanya berupa 'leper' dan wajahnya berwarna kelabu. Terdapat logo elemental kristal di tengah dahinya. Apabila tidak aktif, KristalBot tersimpan di dalam perisai. Bahagian kepalanya pula jika dilihat, menyerupai tanjak, alas kepala bagi orang Melayu.

Dalam versi komik, KristalBot berbentuk sfera.

Galeri

Rujukan

Advertisement