BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Komputer ialah sebuah komputer yang merupakan konco kepada Ejo Jo. Jika dibandingkan dengan Komputer milik Adu Du, komputer ini lebih canggih kerana lebih mudah dan cepat untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dengan maklumatnya tepat dan betul.

Sejarah

BoBoiBoy

Dalam Musim 2, Episod 10, Komputer muncul bersama Ejo Jo apabila mereka sedang membincangkan tentang kuasa BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Dalam Musim 2, Episod 12, dia muncul dalam kapal angkasa Ejo Jo apabila dia sedang mengumpulkan maklumat tentang BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Dalam Musim 2, Episod 13, dia muncul dalam Kapal angkasa Ejo Jo apabila dia memerhatikan tebusan-tebusan dan menyaksikan pertarungan antara BoBoiBoy dan Robot PETAI bersama dengan tuannya.

Dalam BoBoiBoy vs Ejo Jo Bahagian 1, Komputer muncul dalam kapal angkasa Ejo Jo dan menjelaskan tentang kuasa-kuasa sebenar Yaya, Ying dan Gopal, dan juga menyaksikan pertarungan antara BoBoiBoy dan Ejo Jo. Kemudian Tok Aba dan Ochobot datang untuk menyelamatkan mereka supaya dapat melarikan diri dari Kapal angkasa Ejo Jo. Dalam BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale, Komputer masih muncul dalam kapal angkasa Ejo Jo apabila dia menyaksikan pertarungan antara BoBoiBoy dan Ejo Jo dan juga mendukung tuannya untuk mengeluarkan Naga Bayang. Setelah Ejo Jo dikalahkan, Komputer menaikan tuannya ke kapal angkasa untuk melarikan diri.

Kemudian, dalam Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2), Komputer muncul buat kali terakhir di kapal angkasa Ejo Jo apabila dia melaporkan kegagalan Raksasa Perisai kepada Ejo Jo. Dalam Musuh Baru Dan Lama, dia mungkin telah dimusnahkan bersama dengan kapal angkasa tuannya oleh Lahap.

Kebolehan

Seperti Komputer Adu Du, Komputer Ejo Jo juga berpengetahuan dan boleh menjalankan banyak tugas. Dia juga boleh mengimbas Jam Kuasa milik geng BoBoiBoy dan mempunyai analisis yang tepat tentang kebolehan dan kuasa sebenar mereka, menunjukkan dia lebih bijak dan cerdas berbanding Komputer Adu Du.

Rupa

Rupa komputer model ini sama seperti komputer-komputer lain. Ia mempunyai monitor yang lebih canggih dan dalam paparannya ada sebuah muka yang bermata dan mulut biru muda dan boleh bersuara, sama seperti Komputer Adu Du. Berwarna serba merah, hitam dan putih. Dia mempunyai sebatang tiang yang bercantum pada bahagian siling dalam kapal angkasa Ejo Jo.

Perwatakan

Tidak banyak yang diketahui tentang perwatakan Komputer Ejo Jo. Tetapi seperti Komputer Adu Du, dia sangat setia kepada tuannya dan sentiasa mematuhi arahannya. Tidak seperti Komputer Adu Du, dia jauh lebih bijak dan sangat teliti dalam mengumpulkan maklumat BoBoiBoy dan kawan-kawan. Dia juga tidak banyak menunjukkan emosi atau perasaan.

Trivia

  • Komputer Ejo Jo dianggap sebagai versi alternatif bagi Komputer Adu Du.
  • "Hmmmm...."

    Komputer ditunjukkan boleh mempunyai ekspresi muka seperti dalam Musim 3, Episod 1 ketika mesyaki sesuatu.

Galeri

BoBoiBoy

Musim 2

Musim 3

Video

Advertisement