BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Komputer ialah sebuah komputer model yang dicipta oleh Adu Du dan merupakan pembantu kepadanya.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Komputer sentiasa menolong Adu Du dalam membuat rancangan untuk menghapuskan BoBoiBoy yang telah merampas sebuah Bola Kuasa dengan mencadangkan idea-ideanya kepada Adu Du. Idea yang diberikan olehnya selalunya adalah bagus, tetapi rancangan mereka selalu gagal kerana pelaksanaannya amatlah teruk. Tugasannya termasuklah memaparkan video BoBoiBoy secara langsung dan memberikan maklumat-maklumat penting kepada Adu Du.

BoBoiBoy: The Movie[]

Komputer membuat kemunculan ringkas di dalam filem ini dengan memberikan maklumat tentang ketibaan Tengkotak di Bumi kepada Adu Du dan Probe.

BoBoiBoy Galaxy[]

Komputer meneruskan tugasannya sebagai pembantu Adu Du dengan menetap di dalam kapal angkasa.

Kebolehan[]

Komputer mempunyai pengetahuan yang luas dan kecerdasannya sendiri menjadi kebolehannya. Dia banyak memberikan maklumat kepada Adu Du dan sedia untuk membantu Adu Du dan Probe meskipun dia dikatakan lebih rendah kecerdasannya berbanding Komputer Ejo Jo. Walaupun begitu, idea yang diberikan oleh Komputer selalunya adalah bernas, tetapi selalu gagal disebabkan pelaksanaan yang amat teruk. Komputer juga mempunyai kebolehan untuk mengesan lokasi planet di angkasa, di samping mampu melakukan kebolehan lain seperti menyalakan api tanpa menggunakan mancis.

Rupa[]

Rupa komputer ini adalah sama seperti sebuah komputer di dunia nyata dengan mempunyai monitor, tetapi pada skrinnya terdapat muka yang bermata dan mulut kuning yang boleh bersuara. Ia berwarna serba biru, kelabu dan putih dan mempunyai tiang yang bercantum pada bahagian atas kapal angkasa milik Adu Du dalam musim pertama dan kemudian bercantum pada siling Markas Kotak dalam musim kedua dan ketiga.

Dalam siri BoBoiBoy Galaxy, saiz Komputer menjadi lebih besar dan memiliki rupa yang hampir sama seperti Komputer Ejo Jo. Cahaya di skrin mukanya juga berwarna serba hijau.

Perwatakan[]

Walaupun Komputer adalah sebuah komputer ciptaan, tetapi dia juga mempunyai perasaan gembira, sedih, marah dan sebagainya yang sama seperti seorang manusia. Malah, dia juga boleh menangis dengan mengalirkan satu garisan kuning di bawah matanya sebagai air mata. Sebagai komputer, Komputer sememangnya jauh lebih bijak daripada Probe dan Adu Du sendiri. Mengikut perancangan asal, Komputer pada asalnya tidak bermuka.

Trivia[]

  • Komputer memiliki beberapa persamaan dengan Karen Plankton dalam siri SpongeBob SquarePants.
  • Tidak diketahui bagaimana Komputer masih boleh berada di markas bawah tanah bersama Adu Du dengan Probe walaupun diketahui bahagian atasnya pernah dilihat bercantum dengan bahagian siling kapal angkasa Adu Du (yang telah dijual).
  • Komputer masih boleh memberikan idea-idea yang bagus dan bernas kepada Adu Du walaupun ia diperbuat daripada bahan-bahan terbuang.
  • Selain daripada Probe, Komputer juga selalu dibaling cawan oleh bosnya. Walaupun begitu, ia tetap setia kepada tuannya.
  • Tugas Komputer termasuklah dalam memaparkan video BoBoiBoy secara langsung dan memberikan maklumat kepada Adu Du.
  • Mengikut maklumat yang diberikan oleh Komputer Ejo Jo, siri model komputer ini ialah XY2000, M8000, SIY234 dan beberapa komponen-komponen dari komputer lain yang tidak dikenal pasti dan juga merupakan cantuman komputer-komputer lain dan sabut kelapa.
  • Menurut BoBoiBoy dalam salah satu surat peminat, Komputer turut berasa sedih semasa kemusnahan Probe, jadi dia mengembara ke negeri asalnya sebentar untuk merenung masa depannya. Tambahnya lagi, suaranya juga telah bertukar kerana bersedih dengan Probe.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Komputer

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy
Musim 1
Musim 2
BoBoiBoy The Movie
BoBoiBoy Galaxy
Advertisement