BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Koloni Lanun Angkasa merupakan salah satu tempat yang ditampilkan dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Ia merupakan koloni di angkasa lepas yang didiami oleh kumpulan Lanun Angkasa Vargoba.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Koloni Lanun Angkasa muncul secara ringkas di awal episod Kemunculan Halilintar di mana Fang bertemu dengan Kapten Kaizo di lokasi rahsia untuk mendapatkan bantuan. Meskipun sedang menjalankan misi penyamaran yang amat penting, tetapi Kaizo bersetuju untuk membantu mengalahkan Jugglenaut bersama BoBoiBoy Halilintar sebelum dia kembali menyambung misi penyamarannya di akhir episod.

Dalam episod Misi Koloni Lanun, Koloni Lanun menjadi lokasi utama di mana BoBoiBoy dan rakan-rakannya ditugaskan oleh Tarung untuk menyertai operasi penyamaran bersama Kapten Kaizo di sana, di mana mereka perlu menyamar sebagai pencuci kapal angkasa bagi menyembunyikan identiti mereka dan mendapatkan StealthBot yang ditempatkan di Bilik Kebal Power Sphera. Dengan bantuan dari kuasa BellBot yang mengecilkan saiz StealthBot, mereka berjaya membawa pulang Power Sphera itu walaupun mereka cuba dihalang oleh Kapten Vargoba.

Galeri

Gambar promosi

Cekupan skrin

Advertisement