BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Koko Jumbo merupakan seekor raksasa koko yang dibeli oleh Adu Du daripada Bago Go yang berspesieskan koko.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Probe Dalam Ingatan[]

Adu Du telah menyeru raksasa Koko Jumbo untuk keluar selepas BoBoiBoy dan Gopal enggan menunaikan tuntutan koko Adu Du di warung Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam.

Kerjasama BuBaDiBaKo[]

Koko Jumbo diseru oleh Adu Du untuk memakan semua koko dari warung Tok Aba, tetapi nampaknya ia begitu kecil malah lebih rendah daripada kasut BoBoiBoy. BoBoiBoy dan Tok Aba memerlinya dengan layanan memanja-manjakan sebagai haiwan peliharaan. Ochobot pula cuba memberinya makan kacang, tetapi Koko Jumbo cepat-cepat meluahkan. Lalu Adu Du menjelaskan yang sudah tentu raksasa itu hanya makan koko kerana namanya pun "Koko Jumbo", tetapi Ochobot sempat memberinya jolokan "Koko Jambu". Apapun, Koko Jumbo tetap menakutkan Gopal sehingga membuatkan dia memanjat tiang lampu. Ini membuatkan Adu Du kecewa dengannya kerana pelannya tidak menjadi seperti yang dirancang olehnya. Apabila Adu Du dinasihati oleh Tok Aba dan BoBoiBoy untuk mengubah sikapnya kepada berbudi bahasa daripada menggunakan Koko Jumbo sebagai ugutan, Adu Du akur dan kerja Koko Jumbo dibuang begitu sahaja.

Amukan Koko Jumbo[]

Selepas Koko Jumbo ditinggalkan oleh Adu Du, ia mula bertekad untuk meneruskan misinya tanpa Adu Du. Lalu ia memburu koko demi koko, dan sedikit demi sedikit, ia mula membesar dan akhirnya menjadi seekor raksasa gergasi. Lalu Koko Jumbo kembali ke Pulau Rintis dan melakukan keganasan di bandar itu sehingga menyebabkan beberapa bangunan mengalami kerosakan teruk. Pada waktu senja, Koko Jumbo telah memakan koko dari kilang koko dan berubah menjadi bentuk yang lebih besar. Walau apapun, Probe muncul dalam bentuk Mega Probe bertarung dengan Koko Jumbo sebelum mengecilkannya semula dengan laser pemusnah. Kemudian Koko Jumbo dimasukkan ke dalam balang oleh BoBoiBoy dan insaf atas perbuatannya.

Kebolehan[]

  • Pembesaran Saiz: Dengan memakan koko demi koko, saiz Koko Jumbo akan membesar sedikit demi sedikit dan akhirnya menjadi gergasi sehingga mencapai ketinggian sebuah bangunan.
  • Kekebalan Kulit: Koko Jumbo mempunyai kulit yang kebal, tambahan lagi semasa dia gergasi dan ultimate.

Rupa[]

Koko Jumbo mempunyai rupa yang berasaskan sebiji koko, tetapi terdapat jambul, muka, tangan dan kaki yang membolehkannya bergerak. Semasa kemunculan pertama Koko Jumbo, saiznya kecil seperti seekor tikus sehingga dia diberi jolokan "Koko Jambu" oleh Ochobot. Tetapi apabila memakan koko sebiji demi sebiji, saiz Koko Jumbo akan membesar sedikit demi sedikit dan akhirnya menjadi gergasi sehingga mencapai ketinggian sebuah bangunan.

Perwatakan[]

Koko Jumbo merupakan seekor raksasa gergasi yang amat bengis dan berlagak kuat. Setelah peristiwa ditinggalkan oleh Adu Du, dia menaruh dendam terhadap Adu Du, maka dia berhasrat untuk menghapuskan Adu Du. Tetapi akhirnya insaf setelah Mega Probe membelasahnya dengan teruk.

Kelemahan[]

Walaupun besar dan kuat, tetapi Koko Jumbo mempunyai satu kelemahan, iaitu mudah terpedaya dengan penyamaran. Seperti yang ditunjukkan dalam Amukan Koko Jumbo, Adu Du cuba menyamar menjadi pelancong yang datang dari luar negara dan bergambar dengan Koko Jumbo, dan membuatkannya terjatuh dari gaung ke dalam laut. Tetapi, dia kini tidak akan tertipu lagi.

Trivia[]

  • Koko Jumbo merupakan watak pertama yang boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris, diikuti oleh Roktaroka dalam siri BoBoiBoy Galaxy.
  • Roberto berpura-pura membaca koran

    Koko Jumbo dalam akhbar.

    Dalam Rompakan Rob, Robert & Roberto, wajah Koko Jumbo dapat dilihat berada dalam akhbar berita milik Robert yang mengatakan bahawa kilang koko untung selepas diserang oleh Koko Jumbo yang telah menambah bilangan koko.


Galeri[]

Kategori utama: Gambar Koko Jumbo

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Advertisement