BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Koko Ci atau Komander Koko Ci merupakan komander dalam organisasi rahsia bernama TAPOPS. Beliau menyamar sebagai seorang pembantu dan pencuci kapal angkasa Tengkotak dalam BoBoiBoy: The Movie.

Penerangan[]

"Komander Koko Ci merupakan ejen daripada organisasi rahsia bernama TAPOPS (Tracker And Protector Of Power Spheras). Tugas utamanya adalah untuk mengesan Power-Power Sphera yang hilang sebelum ia jatuh ke dalam sekelompok tangan yang jahat.

Badan fizikalnya yang kecil memudahkannya untuk melakukan proses menyamar.
"
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy


Sejarah[]

Sejarah awal[]

Koko Ci juga merupakan antara pengasas TAPOPS dan masih menjadi ahli yang aktif dalam pasukan tersebut. Oleh kerana dia merupakan ahli veteran dan mempunyai pengalaman dalam misi-misi yang berbahaya, Koko Ci meraih pangkat komander, antara pangkat yang tertinggi dalam TAPOPS.

BoBoiBoy: The Movie[]

Koko Ci berperanan sebagai pencuci pasukan Tengkotak dan menggunakan nama samaran "Cici Ko". Selepas kekalahan Tengkotak di penghujung filem, Koko Ci mendedahkan nama sebenarnya dan juga merupakan seorang komander dalam kumpulan GAGAL (Gencatan Aktiviti Ganas Angkasa Lepas) yang menyamar sebagai pencuci Tengkotak untuk mengesan kejahatan mereka. Dia juga mendedahkan bahawa dia yang telah melepaskan J-Rex dari penjara untuk menyelamatkan Papa Zola, Adu Du dan Probe, dia telah menolak pintu ke arah Kiki Ta untuk menghalangnya dari menembak Adu Du dan dia juga yang telah mensabotaj Yoyo Oo dengan membuatkan dia mengantuk semasa menggunakan Ochobot untuk mengesan lokasi Klamkabot. Koko Ci menghukum ahli-ahli Tengkotak lalu berterima kasih kepada BoBoiBoy dan berpesan kepadanya untuk berjumpa lagi sambil berlepas meninggalkan Pulau Terapung.

Kredit akhir menunjukkan Koko Ci memenjarakan Gaga Naz, Yoyo Oo dan Kiki Ta.

BoBoiBoy Galaxy[]

Koko Ci sedang berusaha untuk menyelamatkan sebuah Power Sphera bernama MotoBot dari ditangkap oleh Lanun Angkasa. Dia dapat menyembunyikan diri dari mereka dan menghubungi BoBoiBoy melalui Ochobot. Koko Ci meminta Ochobot untuk membuka teleportal dengan menghantar koordinat kepadanya. Apabila teleportal dibuka, kapal angkasa TAPOPS hampir berjaya melepasi teleportal itu tetapi Kapten Separo mengesan mereka dan melepaskan lembing pencangkuk ke kapal angkasa Koko Ci. Beberapa konco Lanun pergi ke kapal angkasa Koko Ci untuk menculik MotoBot, lalu BoBoiBoy dan Gopal membantu melawan konco-konco Lanun sebelum teleportal ditutup semula dan mereka berjaya melepaskan diri.

Sewaktu di Bumi, Koko Ci telah memujuk BoBoiBoy dan Gopal untuk menyertai pasukan TAPOPS untuk membantunya menyelamatkan Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi. Koko Ci memberikannya masa untuk membuat keputusannya. Selepas peristiwa mereka menyelamatkan MotoBot dari tangan Adu Du dan Probe, BoBoiBoy dan Gopal akhirnya bersetuju untuk menjadi ahli TAPOPS dan Koko Ci merasmikan pelantikan mereka di Bumi.

BoBoiBoy Movie 2[]

Koko Ci, bersama dengan Tarung muncul ketika BoBoiBoy melaporkan kejayaan misi dan keselamatan EggaBot. Dia muncul lagi untuk memberi amaran kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya bahawa Retak'ka kembali dan memerintahkan mereka untuk pergi ke Planet Quabaq. Selepas kehancuran Stesen Angkasa TAPOPS, dia muncul lagi semasa mesyuarat kecemasan dalam kapal angkasa Kapten Kaizo. Dia muncul lagi ketika Ying, Yaya, dan Fang menyelamatkan Suku Cendawa sebelum Retak'ka menyerang. Dia mengerahkan ArmoBot supaya Ying, Yaya, dan Fang boleh mempertahankan diri dari Retak'ka. Di akhir filem, dia muncul bersama dengan ahli TAPOPS lain untuk mengucapkan tahniah kepada BoBoiBoy dalam kemenangannya.

Kebolehan[]

Serangan
1/5 Profil Galaxy Cici Ko
Pertahanan
3/5
Ketangkasan
3/5
Keberanian
5/5
Kelajuan
1/5


Saiz badan Koko Ci yang kecil membolehkannya untuk melakukan penyamaran yang efektif dan menyelinap masuk ke tempat-tempat yang terlarang. Walaupun tidak mempunyai kekuatan fizikal, Koko Ci bijak dan tenang dalam menangani situasi getir tanpa sebarang masalah.

  • Penyamaran: Penyamaran Koko Ci sangat hebat sehingga berjaya memperdaya musuh-musuhnya ketika dalam misi. Antara penyamarannya ialah sebagai seorang pencuci dalam kapal angkasa pasukan Tengkotak.
  • Perisikan: Kaedah risikan Koko Ci amat berkesan dan berjaya mengumpulkan pelbagai maklumat.

Rupa[]

Koko Ci berbadan hijau dengan kepala berbentuk kubus yang mempunyai sepasang sesungut yang berfungsi sebagai telinga. Apabila menyamar sebagai pencuci, Koko Ci memakai baju dan seluar berwarna jingga manakala apabila bertugas sebagai komander, dia memakai baju dan seluar berwarna merah dengan kasut biru. Sebagai seorang komander, Koko Ci juga sentiasa memakai dua pasang cermin mata berwarna hitam.

Walaupun mempunyai saiz yang kecil, Koko Ci mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Saiz badannya memudahkan Koko Ci untuk menyelinap ketika misi risikan dalam pasukan musuh. Antara misi Koko Ci yang paling berjaya adalah misi perisikan ke atas pasukan Tengkotak.

Perwatakan[]

Koko Ci biasanya cenderung untuk menjadi serius dan cekap semasa dia menjadi komander dalam TAPOPS. Dalam penyamarannya sebagai pembantu Tengkotak, dia ditunjukkan tidak bersalah dan juga bersikap kekok.

Trivia[]

  • Nama penyamarannya, Cici Ko merupakan mainan kata kepada Chichi ke Ko (父と子) iaitu istilah Jepun untuk bapa dan anak. Walaupun, Oyako (親子) juga kerap digunakan.
  • Koko Ci berkongsi pelakon suara yang sama dengan Adu Du, Probe, Tok Aba, Pakcik Kumar, Pakcik Mat, Yoyo Oo dan Raksasa Tidur.
  • Tujuan Koko Ci menyamar menjadi pencuci kapal angkasa Tengkotak ialah untuk mengintip pergerakan Tengkotak selain mengumpulkan maklumat mengenai Sfera Kuasa/Power Sphera daripada Tengkotak.
  • Di penghujung BoBoiBoy: The Movie, Koko Ci berpesan kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk berjumpa lagi memberikan petunjuk akan pertemuan mereka dalam siri BoBoiBoy Galaxy.
  • Koko Ci dilihat sering memakai dua pasang cermin mata hitam kerana matanya sensitif terhadap cahaya.
  • Dia mempunyai kemahiran keunggulan untuk menjadi pemimpin, membuktikan dia seorang pemimpin dalam pasukan TAPOPS.
  • Seragam komandernya diilhamkan dari Tentera Korea Utara.
  • Beberapa gaya tarian Lagu Tema TAPOPS oleh Koko Ci dalam Galaxy Episod 1 diilhamkan dari tarian lagu Korea oleh PSY, Gangnam Style.
  • Dalam episod Raksasa Gurunda, Gopal memberikan julukan nama Komander Kuih Koci kepada Koko Ci.
  • Sejauh ini, Koko Ci merupakan satu-satunya alien kaum Kubulus yang tidak berperanan jahat dan sepenuhnya menjadi salah satu rakan BoBoiBoy.
  • Makanan kegemaran Koko Ci ialah roli Ata Ta Tiga manakala minuman kegemarannya ialah minuman koko.
  • Jenis lagu kegemaran Koko Ci ialah pop.
  • Warna kegemaran Koko Ci ialah merah.
  • Dia adalah antara ahli TAPOPS yang disegani dan dihormati oleh musuh-musuh pasukan TAPOPS.
  • Dia suka menyanyi dan menari, dan oleh sebab itulah kelayakan untuk menyertai TAPOPS juga memerlukan seseorang itu mempunyai kebolehan yang sama.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Koko Ci. Rujuk Koko Ci/Galeri.

Video[]

Advertisement