BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Klamkabot ialah watak dalam BoBoiBoy: The Movie. Dia merupakan Sfera Kuasa generasi pertama.

Sejarah

Sejarah awal

Klamkabot diburu oleh alien-alien jahat.

Klamkabot adalah Sfera Kuasa generasi pertama yang dicipta oleh Kubulus yang bertujuan untuk menentang bangsa alien jahat. Ia mempunyai sebuah kuasa yang luar biasa iaitu Kuasa Teleportasi. Namun, apabila Sfera-Sfera Kuasa generasi seterusnya turut tercipta kaum Kubulus mula menjadi gila kuasa dan menjadi empayar penakluk baru di galaksi. Klamkabot tidak menyetujui tindakan empayar Kubulus untuk memprogramkan semula semua Sfera Kuasa menjadi senjata pemusnah untuk menakluki planet-planet lain di seluruh galaksi. Dengan menggunakan saki baki kuasanya, Klamkabot telah menggunakan Kuasa Teleportasi dan menghantar Sfera-Sfera Kuasa yang terselamat ke seluruh pelusuk galaksi untuk melindungi mereka dari jatuh ke tangan yang salah. Sebelum melarikan diri, Klamkabot berikrar untuk tidak akan membenarkan satu Sfera Kuasa pun jatuh ke tangan mereka yang jahat. Semenjak itu, Klamkabot sering diburu oleh alien-alien jahat untuk tujuan jahat. Dia juga terpaksa melarikan diri pada setiap masa demi melindungi dirinya dari pemburu-pemburu yang tamak.

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot sedang diburu oleh Tengkotak dan berusaha untuk melarikan diri. Selepas menemui isyarat Sfera Kuasa terdekat iaitu Ochobot, Klamkabot berjaya menghantar dirinya bersama Pulau Terapung ke Planet Bumi. Klamkabot menghubungi Ochobot untuk membawanya ke Pulau Terapung tetapi gagal setelah Ochobot disedarkan oleh BoBoiBoy. Keesokan harinya, Tengkotak tiba di Bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakannya untuk mengesan isyarat lokasi Klamkabot. Ochobot dilepaskan ke dalam gua dan dikawal oleh Yoyo Oo untuk mencari Klamkabot yang ditemui bersembunyi di dalam gua. Klamkabot memisahkan Ochobot dari penggari tersebut untuk memutuskan isyarat di kapal angkasa Tengkotak.

Klamkabot menyalurkan tenaganya kepada Ochobot sehingga ditemui oleh BoBoiBoy dan kawan-kawannya. BoBoiBoy menyerang Klamkabot untuk menyelamatkannya tetapi Ochobot menghentikannya dan menyuruh Klamkabot untuk menceritakan perkara sebenar kepada mereka supaya mereka dapat memahami keadaan. Klamkabot menceritakan tentang Sfera Kuasa dan Kuasa Teleportasi kepada mereka serta tujuannya datang ke Bumi adalah untuk melarikan diri dari pasukan Tengkotak dengan meminta bantuan daripada Ochobot untuk memastikan Kuasa Teleportasi selamat dan tidak jatuh ke tangan Tengkotak. Klamkabot menyuruh mereka untuk pergi ke Lab Sfera Kuasa dan menaik taraf Ochobot untuk menewaskan Tengkotak. Apabila Bora Ra dan Gaga Naz menyerang mereka, Klamkabot membawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya melarikan diri.

Klamkabot menyelamatkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya daripada serangan dan berjaya ditangkap oleh Bora Ra. Klamkabot dibawa ke lokasi kapal angkasa mereka dan diseksa untuk menyerahkan Kuasa Teleportasi. Mereka akhirnya mengetahui bahawa Klamkabot telah memberikannya kepada Ochobot. BoBoiBoy dan kawan-kawannya telah membuat satu rancangan untuk menyelamatkan Klamkabot dan yang lain dengan menggunakan Kuasa Teleportasi Ochobot. Dari kapal angkasa, Kiki Ta telah mengganggalkan rancangan mereka dengan menembak Ochobot. Bora Ra berjaya merampas Kuasa Teleportasi daripadanya dan menggunakannya untuk menentang BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Namun, Bora Ra akhirnya dikalahkan oleh BoBoiBoy selepas mendapat kuasa baru dari tenaga terakhir Ochobot.

Selepas Ochobot sedar, dia memancarkan hologram dari Klamkabot yang meninggalkan pesanan terakhirnya kepada BoBoiBoy untuk melindungi Ochobot dan Kuasa Teleportasi.

BoBoiBoy Galaxy

Sedutan imbas kembali di awal permulaan siri ini menampilkan Klamkabot dan Sfera-Sfera Kuasa yang lain.

Kuasa dan Kebolehan

  • Tembakan Laser: Klamkabot mempunyai senjata yang berupa meriam di dalam tubuh robotnya. Ia digunakan untuk melepaskan tembakan laser ke arah musuhnya.
  • Kuasa Teleportasi: Klamkabot mampu membawa dirinya dan objek yang besar seperti Pulau Terapung ke mana sahaja dan merentasi ke hujung galaksi tanpa sebarang masalah. Namun, kuasa ini telah dicuri oleh Bora Ra yang menyebabkan Klamkabot hilang kebolehan tersebut.
  • Pancaran Hologram: Seperti kebanyakan Sfera Kuasa, Klamkabot juga mampu untuk memancarkan apa sahaja hologram bergerak melalui matanya. Contohnya adalah seperti hologram berbagai kapal angkasa yang sedang mempertahankan diri dari kapal angkasa Tengkotak yang ingin menakluki planet-planet lain di luar angkasa.
  • Pemberian Tenaga: Klamkabot mampu memberikan separuh tenaganya dengan objek ataupun sfera kuasa yang lain. Tenaga ini telah membantu Ochobot untuk hidup kembali, tetapi menyebabkan Klamkabot kehilangan tenaga buat selamanya.

Rupa

Pada awalnya, Klamkabot hanyalah sebuah Sfera Kuasa biasa yang berwarna merah. Tetapi, apabila dia berubah, dia hampir menyamai dengan seekor labah-labah yang berwarna merah dengan mempunyai enam kaki dengan iris matanya yang berwarna kuning. Dia juga mempunyai sayap perak yang boleh terbang.

Perwatakan

Klamkabot merupakan sebuah robot Sfera Kuasa yang tidak pernah ceria atau mesra dengan sesiapa pun. Dia tidak pernah tersenyum mahupun tersengih dan ini menunjukkan Klamkabot sentiasa serius dan tegas, apatah lagi jika bercakap tentang pasukan Tengkotak dan Kuasa Teleportasi. Dia juga sangat protektif terhadap Ochobot, sehingga mengorbankan tenaga terakhirnya kepada Ochobot untuk menghidupkannya semula dan kini mempercayai BoBoiBoy untuk melindunginya bila dia tidak ada.

Trivia

  • Nama Klamkabot mungkin diambil dari perkataan "kelam-kabut", sesuai dengan perangainya yang sentiasa kelam-kabut melarikan dirinya dari pasukan Tengkotak.
  • Semasa projek filem BoBoiBoy diumumkan pada tahun 2013, Animonsta menunjukkan sneak peek yang menampilkan Klamkabot dan BoBoiBoy dengan memegang kuasa api di Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-14. Di dalam komik itu juga mengandungi A3 Poster Sfera Kuasa percuma.
  • Klamkabot pada awalnya telah disalah anggap oleh BoBoiBoy sebagai datuk Ochobot.
  • Penyaluran tenaganya kepada Ochobot telah menyebabkan Klamkabot kehilangan tenaga buat selamanya dan kali terakhir ia dilihat ialah di Pulau Terapung.
  • Seperti yang ditunjukkan dalam komik BoBoiBoy: Sfera Kuasa, Klamkabot dan Pulau Terapung dicipta oleh kaum Kubulus untuk mengalahkan alien-alien jahat yang ingin menakluki Planet Ata Ta Tiga. Setelah kejayaannya, Sfera-Sfera Kuasa generasi terbaru selepasnya turut dicipta.
  • Sebab Klamkabot tidak dapat diperbaiki semula adalah kerana kebanyakan teknologi di Pulau Terapung telah lama tidak diaktifkan dan digunakan.
  • Klamkabot merupakan satu-satunya watak yang 'membunuh diri' kerana memberikan tenaga terakhirnya kepada Ochobot untuk menghidupkannya semula.
  • Kadangkala, nama Klamkabot juga dieja sebagai "KlamkaBot" dan "KelamkaBot".

Galeri

Wiki-wordmark.png
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Klamkabot. Rujuk Klamkabot/Galeri.

Video

Advertisement