BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


King Balakung merupakan bekas pemimpin Planet Rimbara dan pemilik Kuasa Elemental Balak.

Sejarah

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan awalnya. Beliau tinggal di Planet Rimbara. Beliau diserang dan dibunuh oleh Retak'ka sebelum kuasanya dirampas. Beliau disebut oleh Hang Kasa dalam Rahsia King Balakung!.

Kuasa

Sumber kekuatan

King Balakung bukan sahaja terkenal dengan kekuatan tenaganya, malah kekuatan seleranya juga. Sumber kekuatan utama King Balakung ialah dari makanannya. Gaharum yang bertanggungjawab menghidangkan santapan yang seimbang dan berkhasiat bagi memastikan King Balakung boleh mengoptimakan Kuasa Elementalnya.

Perwatakan

King Balakung adalah raja yang adil dan wira terkuat. Planet Rimbara berada dalam keadaan aman dan damai di bawah jajahannya dahulu. Beliau juga seorang yang amat mementingkan keseimbangan penduduk dan alam sekitar.

Trivia

  • Nama "King Balakung" mungkin berasal dari gabungan kedua-dua perkataan "balak" dan "king kong".
  • Gaharum merupakan salah seorang saksi yang pernah melihat King Balakung mendapat Kuasa Elemental Balak suatu ketika dahulu.

Galeri

Advertisement