BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
-KembaliAidilfitri_-_Iklan_Raya_BoBoiBoy_2022

-KembaliAidilfitri - Iklan Raya BoBoiBoy 2022

Kembali Aidilfitri merupakan iklan yang dipaparkan oleh Monsta untuk merayakan Hari Aidilfitri pada tahun 2022.

Plot[]

BoBoiBoy dan kawan-kawan pulang ke Kota Hilir menaiki van sewa yang dipandu oleh Tok Aba. Apabila tiba di sana, Tok Aba teringat saat-saat anaknya, Amato yang ketika remaja bermain-main dan bertemu semula dengan kenalan lama. Menjelang waktu malam, mereka tiba di rumah Tok Aba. Sebaik sahaja Tok Aba membuka pintu rumahnya itu, memori lama terukir kembali apabila teringatkan isterinya. Tok Aba mencapai bingkai gambar dirinya bersama isterinya ketika zaman muda mereka dan menatapnya, sebelum didekati oleh BoBoiBoy yang amat memahami perasaan datuknya itu. Mereka mengemas rumah bersama-sama pada malam itu dan menghiasi rumah dengan lampu lip-lap Raya yang pernah dibuat oleh ayah BoBoiBoy.

Selepas kredit, Tok Aba, BoBoiBoy dan kawan-kawannya mengambil gambar beramai-ramai untuk kenangan bersama, pada masa yang sama penduduk robot di bandar itu datang ke rumah Tok Aba untuk beraya.

Trivia[]

  • Tajuk "Aidilftri Kembali" telah dipilih kerana rakyat Malaysia yang sudah 2 tahun tidak dapat balik beraya ke kampung. Jalan cerita yang sedih juga terkait dengan pengalaman tim Monsta di mana ada yang telah kehilangan insan tersayang, terutamanya ketika pandemik melanda dunia.[1]
  • Pada asalnya, beliau berhasrat untuk mencari idea yang ceria untuk raya pada tahun ini memandangkan Memori Eidulfitri pada tahun sebelumnya mempunyai tema yang sedih. Tetapi apabila En. Nizam Razak sedang menulis untuk satu babak sweet-sedih dalam sebuah projek filem baharu yang tiada kaitan dengan BoBoiBoy, di situlah tercetusnya idea Kembali Aidilfitri.[2]
  • Kualiti Kembali Aidilfitri telah direndahkan kerana tidak mahu setara dengan kualiti Mechamato Movie. Secara peribadi, En. Nizam merasakan kualiti yang terbaik perlu disimpan untuk pengalaman di panggung wayang.[3]
  • Setelah trending di tempat pertama di YouTube selama 3 hari berturut-turut, iklan Kembali Aidilfitri ini akhirnya telah dikeluarkan oleh pihak YouTube dari carta trending YouTube Malaysia. Hal ini disebabkan oleh saluran YouTube Monsta merupakan akaun YouTube yang didaftar di bawah akta 'COPPA', dan pihak YouTube telah menilai iklan Kembali Aidilfitri sebagai video untuk tontonan kanak-kanak.[4]

Galeri[]

Video[]

Lihat juga[]

Rujukan[]

Advertisement