BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Kedai Game Ah Beng & Sons merupakan satu-satunya kedai permainan yang menjual semua jenis permainan video suatu ketika dahulu. Kedai ini dahulunya dimiliki oleh seorang yang bernama Ah Beng dan setelah dia tua, anaknya Uncle Yim mengambil alih peranan bapanya untuk menjaga kedai ini.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Menurut kisah Uncle Yim, permainan Papa Zola: Kekasih Terang Benderang merupakan permainan legenda yang banyak dihebohkan sewaktu dia masih kanak-kanak dahulu, sehinggakan ramai orang berbondong-bondong untuk membelinya hinggakan ramai juga yang gagal membelinya. Seminggu kemudian, orang berbondong-bondong lagi tetapi kali ini untuk memulangkan permainan disebabkan betapa susahnya sehinggakan tidak ada seorang pun yang dapat memenanginya.

BoBoiBoy[]

Dalam Papa Zola & Mama Zila, BoBoiBoy, Gopal dan Ochobot pergi ke kedai ini untuk mendapatkan permainan Papa Zola: Kekasih Terang Benderang. Mereka disambut oleh Uncle Yim yang memperkenalkan diri sebagai tauke kedai yang mewarisi kedai itu daripada bapanya. Gopal bertanya tentang permainan video Papa Zola: Kekasih Terang Benderang yang keluar 15 tahun dahulu, tetapi tauke tersalah faham apa dan mengherdik bahawa kedainya bukan kedai antik. Setelah BoBoiBoy menunjukkan gambar Papa Zola, barulah tauke faham dan membawa mereka bertiga masuk lalu mengunci pintu dan tingkap kedai untuk selamat bercerita tentang permainan berkenaan tanpa didengari pelanggan lain. Ochobot berkata bahawa di situ tiada seorang pelanggan pun, tetapi diugut akan dihalau keluar oleh tauke. Tauke lalu menceritakan tentang permainan. Ochobot membidas tauke kerana tadi lupa tetapi sekarang memori kuat, maka dia dihalau keluar dari kedai oleh tauke yang nyata tidak suka dibidas. Lalu, Uncle Yim menyambungkan kisah lama. Gopal bertanya bukankah ada seorang yang hampir menang lalu tauke mengiyakannya dan mengeluarkan buku foto dari kabinet untuk menunjukkan gambar foto satu-satunya pemain yang mencapai stage boss – iaitu dengan memeranjatkan sekali ialah bapa Gopal sendiri.

Trivia[]

  • Perkataan "Sons" dalam nama kedai ini merujuk kepada Uncle Yim iaitu anak lelaki kepada pemilik asal sebelumnya, Ah Beng.
  • Menurut Gopal, dahulu kedai ini merupakan antara kedai yang paling meriah kerana mempunyai berbagai-bagai jenis permainan.

Galeri[]

Advertisement