BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
Kebenaran_Raya

Kebenaran Raya

Tonton video ini! Terbaik!

Kebenaran Raya merupakan iklan pendek khas semasa Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2019 sebelum tayangan BoBoiBoy Movie 2.

Plot

BoBoiBoy dan kawan-kawannya gembira selepas mendapat kebenaran untuk pulang ke Bumi kerana misi mereka telah selesai. Namun begitu, Komander Koko Ci tiba-tiba menghubungi mereka dan memberikan mereka misi mendadak untuk menyelamatkan Power Sphera EquBot dari ancaman Raksasa Gerojoh. Meskipun kecewa kerana misi itu sangat penting tetapi Tok Aba sangat memahami kerana ia merupakan tanggungjawabnya dan bukan pilihannya. Kemudian, BoBoiBoy berpecah kepada tiga untuk menyelamatkan kawan-kawannya.

Trivia

  • Dalam BoBoiBoy Movie 2, misi dari iklan ini dipaparkan sebagai salah satu misi pasukan BoBoiBoy dalam hologram yang ditunjukkan Koko Ci.

Galeri

Advertisement