BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Katakululu ialah seekor alien katak yang tinggal di Planet Dargha'ya sebelum ditangkap oleh Laksamana Tarung.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Katakululu pertama kali muncul dalam Pukauan Katakululu, di mana bayangannya dilihat oleh Adu Du dan Probe lalu memukau Adu Du. Kemudian, Adu Du membawa BoBoiBoy, Gopal dan Fang berjumpa dengannya. Ia muncul dan merenung ke arah Gopal lalu memukaunya sambil bertanya kepadanya apa yang mereka lakukan di tempat itu. BoBoiBoy dan Fang memaksanya untuk memulihkan Gopal, tetapi kemudian ia menyeru pula Raksasa Batu yang telah dipukaunya dan mengepung mereka dan kemudian mencuba untuk memukau BoBoiBoy dan Fang. Pukauan itu tidak menjadi apabila munculnya Laksamana Tarung dan merenung tajam ke arahnya dengan lama, sehingga Katakululu terpukau dirinya sendiri, membuatkan mangsa-mangsa pukauannya menjadi normal semula. Lalu Katakululu diambil dan dibawa bersama Tarung untuk diselamatkan.

Dalam Manipulasi Emosi, Tarung telah menggunakan badan Katakululu untuk membuat sebagai sut tempurnya. Ia digunakan olehnya semasa emosinya dikawal oleh EmotiBot.

Kebolehan

  • Kuasa Pukauan: Dengan menggunakan matanya, Katakululu boleh memukau manusia, alien dan juga raksasa untuk mematuhi segala arahannya dalam memperoleh maklumat atau sebagai cara untuk mendapatkan perlindungan dengan menyeru mangsa pukauannya itu dan mangsa itu akan datang dengan segera walaupun ada halangan. Tetapi, kuasa pukauannya tidak berkesan pada robot seperti Probe.

Rupa

Rupa Katakululu lebih kurang sama dengan katak normal, tetapi kulitnya berwarna ungu dengan ada beberapa tompokan putih di tepi dan atas kepala dan kedua tangannya manakala tubuh depannya berwarna putih.

Perwatakan

Katakululu nampaknya merupakan seekor katak yang sentiasa serius, contohnya apabila ia bertanyakan kepada Gopal tentang misinya di Planet Dargha'ya dan ia juga kadangkala mudah berasa takut, contohnya sewaktu ia menyeru Adu Du/Olu Lulu untuk segera menyelamatkannya daripada BoBoiBoy.

Trivia

  • Nama Katakululu diambil dari perkataan "katak" dan ditambah "ululu" di belakangnya.
  • Setiap mangsa yang dipukaunya akan berpakaian seperti orang asli dan menambah kata-kata "lululu" di penghujung ayat mereka.
  • Kuasa pukauan Katakululu tidak berkesan pada robot seperti Probe.
  • Kelemahan Katakululu ialah apabila kuasa pukauannya dibalikkan kepada dirinya sendiri.

Galeri

Gambar promosi

Cekupan skrin

Lain-lain

Advertisement