BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Kapten Vargoba merupakan watak antagonis utama bagi akhir musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Beliau merupakan seorang alien yang digeruni dan seorang kapten dalam kumpulan Lanun Angkasa. Dia membuat kemunculan pertamanya dalam Misi Koloni Lanun. Dia akhirnya dikalahkan oleh BoBoiBoy Solar dengan Tembakan Solar Gerhana Berganda dalam Sinaran Penamat.

Kapten Besar Vargoba merupakan seorang lanun yang kejam dan mengetuai armada lanun terbesar yang beroperasi di sebuah asteroid yang tersembunyi. Beliau berhasrat untuk menyerang Stesen Sunnova untuk menghalang penghantaran tenaga ke planet-planet yang terpencil dan jauh dari matahari.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Misi Koloni Lanun[]

Kapten Vargoba pertama kali terlihat tiba di koloni lanun angkasa. Geng BoBoiBoy terintimidasi oleh kemunculan yang mengerikan kapten di haluan kapal angkasa.

Saat pasukan TAPOPS cuba untuk mengambil StealthBot, geng BoBoiBoy berpecah menjadi dua kumpulan, dengan Yaya, Ying, dan Gopal berpura-pura untuk membersihkan tapak kapal angkasa untuk mencari sekiranya ada yang salah, manakala BoBoiBoy, Ochobot, Fang, dan Kapten Kaizo masuk ke dalam kapal angkasa untuk mengambil StealthBot. Namun, Gopal, yang sepatutnya tetap di luar, terdesak untuk menggunakan tandas hingga dia harus masuk ke dalam kapal angkasa, tidak mematuhi perintahnya.

Pada suatu ketika, BoBoiBoy dan kawan-kawan, yang baru saja mengambil StealthBot dan menggunakan kuasa halimunannya, melihat Kapten Vargoba mendekati mereka. Namun, Kapten Vargoba sendiri tidak melihat BoBoiBoy dan kawan-kawan kerana mereka tidak kelihatan, tetapi Gopal, yang baru saja menggunakan tandas berdekatan, membuka pintu pada waktu yang salah dan Kapten Vargoba mula mencurigainya, bahkan tidak mempercayai kejujurannya. Posisi BoBoiBoy dan kawan-kawan kemudian terganggu, ketika mereka mula membawa Gopal ke keselamatan. Kapten Vargoba mengejar mereka dan telah marah ketika dia melihat mereka menggunakan kuasa halimunan StealthBot.

Kumpulan bersatu semula di kapal angkasa ketika mereka mula melarikan diri dari genggaman Kapten Vargoba. Ochobot menggunakan kuasa teleportasinya tetapi Kapten Vargoba cuba untuk menarik kapal angkasa agar tidak melarikan diri dengan menggunakan kuasa MagnetBot. Di akhir, BoBoiBoy dan kawan-kawan, serta Kapten Kaizo berjaya untuk melarikan diri selepas menggunakan enjin penuh di kapal angkasa.

Ancaman Armada[]

Ketika Kapten Vargoba mengetahui tentang Kuasa Teleportasi Ochobot, dia kemudian cuba untuk mengambil kembali StealthBot kepadanya, dan juga Ochobot kerana dia merancang untuk menggunakan kuasa teleportasinya.

Oleh kerana alat pengesan yang diletakkan di StealthBot, dia berjaya mencari lokasi sebenar StealthBot, iaitu Stesen Angkasa TAPOPS. Dia kemudian menghantar alat penghalang komunikasi sebelum menyerang stesen itu supaya BoBoiBoy dan seluruh pasukan tidak dapat menghantar bantuan daripada sesiapa sahaja. Kemudian dia mula memusnahkan stesen TAPOPS dan membuatnya masuk untuknya dan Lanun Angkasanya masuk ke stesen.

Di sana, mereka mencari bahagian dalam kapal angkasa yang BoBoiBoy dan kawannya digunakan untuk mengambil StealthBot. Dia kemudian cuba membuka salah satu pintu di mana BoBoiBoy dan pasukan lain berada didalam tetapi kerana besi yang keras, dia tidak dapat membukanya melainkan dia memasuki kata laluan. Dia kemudian mencederakan Papa Zola dan Gopal, yang ditangkap di kedua tangannya, untuk membuka pintu.

BoBoiBoy membuka pintu, Vargoba marah kepadanya kerana mengambil StealthBot tetapi BoBoiBoy enggan memberikan StealthBot semula kepadanya. Dia melibatkan pergaduhan dengan BoBoiBoy dan seluruh pasukannya dan berjaya mengalahkan sebahagian besar daripada mereka kecuali Fang yang bersembunyi di dalam bayang-bayangnya sendiri ketika berusaha mengecas balik kuasa Ochobot. Telah didedahkan bahawa mereka membuat rancangan sebelum membuka pintu dari awal, iaitu untuk menyediakan Ochobot untuk teleport, dan untuk Fang mendapatkan kuasa tahap kedua untuk menyerang Vargoba.

Pada mulanya dia berjaya menangani beberapa kerosakan terhadap Vargoba dengan menggaru wajahnya. Walau bagaimanapun, Vargoba kemudian melemparkan Fang ke dinding dan mendedahkan bahawa dia mempunyai empat tangan yang ditutup di jubahnya.

Semasa keadaan itu, BoBoiBoy memberitahu Ochobot untuk menggunakan kuasa teleportasi, supaya mereka dapat menjauhkan diri dari alat penghalang komunikasi dan menghantar bantuan. Ochobot bersetuju dan menggunakan kuasa teleportasi, membawa mereka berhampiran Stesen Sunnova. Kembali ke pertarungan, BoBoiBoy memperoleh kuasa cahayanya dan berubah menjadi BoBoiBoy Cahaya untuk bertarung dengan Vargoba.

Sinaran Penamat[]

Mengikuti pertarungan daripada episod sebelumnya, BoBoiBoy, yang baru sahaja mendapatkan kuasa Cahayanya, mula untuk bertarung dengan Kapten Vargoba. Dia mula melemparkan beberapa objek logam menggunakan semua empat tangannya. BoBoiBoy kemudian menggunakan serangan Tembakan Cahayanya untuk menghancurkan kesemua objek logam. Vargoba kemudian melakukan perkara yang sama dengan menggunakan satu objek logam besar terhadap BoBoiBoy, tetapi ia dibalas lagi oleh Letupan Cahaya BoBoiBoy yang menyebabkan buta secara sementara kepada Vargoba. Pada ketika itu dia diserang oleh Fang dan dihantar terbang ke bumbung stesen TAPOPS. BoBoiBoy kemudian marah kepadanya dan bertanya mana dia pergi. Vargoba mula menarik lebih banyak objek logam ke BoBoiBoy tetapi dia dengan mudah mengelaknya dengan melompat ke atas secara pantas. Dia kemudian menggunakan Tembakan Optikal di udara untuk mengalahkan Vargoba, kerana ia kemudiannya menghantar ke bilik lain kerana kuasa dari tembakan.

Kapten Vargoba, yang dikalahkan, kemudian diberitahu untuk menghabiskannya oleh Nut dan Ochobot. Tetapi BoBoiBoy enggan untuk melakukannya kerana dia ingin Vargoba untuk menyesal menyusup ke stesen TAPOPS. Dia mendapat tahu tentang Power Sphera di punggungnya dan menanyakan Power Sphera apa yang dia salahgunakan. Vargoba enggan untuk memberitahu dan BoBoiBoy menggunakan kuasa cahayanya untuk perlahan-lahan menghapuskan Power Sphera. Apabila Ochobot mengimbas kepada Power Sphera, dia kemudian memberitahu BoBoiBoy untuk hentikan dia sekarang selepas menyedari bahaya kuasa MagnetBot.

Vargoba kemudian mendapat tenaga untuk melawan dan dalam proses itu, sekumpulan objek logam semuanya menarik terhadapnya saat Vargoba perlahan-lahan mula membuat perisai logamnya. Fang cuba menyerangnya tetapi Vargoba menggunakan tangannya, yang baru saja dipenuhi dengan logam, memukul Fang hingga dia pengsan. Dia kemudian menarik senjatanya keluar dari sangkar dari kapal angkasanya kerana Vargoba kemudian dilengkapi dengan senjata dan perisainya. BoBoiBoy menggunakan tembakan Cahaya untuk mencuba dan merosakkan Vargoba, tetapi serangan itu tidak melakukan apa-apa kepadanya kerana tembakan itu memesongkan menggunakan perisainya. Vargoba kemudian menggunakan sauh besinya untuk menyerang. BoBoiBoy mengelaknya tetapi terkena sedikit dalam proses itu. Kuasa itu sangat kuat sehingga dapat dirasakan dari luar.

Vargoba kemudian cuba untuk memukul BoBoiBoy lagi dengan mengayunkan tukulnya tetapi Tarung kemudian tiba ke Stesen TAPOPS dan berjaya untuk menolak BoBoiBoy ke tepi. Beliau amat yakin dan cuba untuk membuktikan kepada Vargoba bahawa sarung tempurnya tidak mempunyai kesan terhadap kuasa magnetnya. Malangnya, Tarung tidak menyedari akan zip dan lungsur zip di sarung tempurnya, yang membuat Vargoba untuk menarik sarung tempurnya, Tarung kemudian diserang oleh sauh besi dan dikalahkan dengan mudah.

Dalam kecemasan, Koko Ci kemudian panggil Kapten Kaizo untuk datang ke stesen TAPOPS cepat, ketika dipanggil, Kapten Kaizo melihat Tarung yang pengsan terbaring di atas tanah, Kapten Vargoba kemudian memanggil Tentera Lanunnya untuk berkumpul dan datang ke stesen juga supaya mereka dapat merampas kesemua Power Sphera disini, namun, BoBoiBoy, tidak mengalah, mula mencuba bertarung dengan Vargoba sekali lagi ketika kawannya bergabung dengannya untuk bertarung juga, Vargoba kemudian memberitahu BoBoiBoy dan semua kawan-kawannya bahawa yang sukar tetap keras sementara tetapi yang lemah tetap akan lemah, pertarungan ini kemudian bermula sekali lagi saat BoBoiBoy berlari dengan pantas, mencuba untuk mengalahkan Kapten Vargoba, sambil ditolong oleh kawan-kawannya agar dia tidak tercedera. Vargoba mula melontarkan kebanyakan objek logam terhadap BoBoiBoy tetapi objek itu kemudian bertukar menjadi makanan menggunakan Tembakan Biskut Gopal. Kemudian, Shielda menggunakan perisainya untuk melindunginya dari benda-benda logam, memberikan peluang kepada BoBoiBoy untuk berpecah menjadi tiga dengan kuasa Petir, Api dan Cahaya, BoBoiBoy Petir kemudian datang ke Vargoba ketika ia menggunakan pedangnya untuk menghalang senjata Vargoba di pertempuran jarak dekat. Yaya dan BoBoiBoy Api kemudian datang menggunakan tumbukan masing-masing saat Vargoba dipukul ke dinding stesen TAPOPS, BoBoiBoy Cahaya akhirnya datang dan menggunakan Tembakan Optikal Maksima untuk menamatkannya tetapi Vargoba menggunakan Tarikan Besi untuk tarik perisainya semula saat kemudian memantulkan serangan BoBoiBoy Cahaya semula lagi, menjadikannya tidak berguna.

Kapten Vargoba kemudian marah dan menggunakan kuasa penuhnya terhadap BoBoiBoy dan semua kawan-kawannya. Dia menciptakan taufan magnet-magnet yang kemudiannya menyebabkan kebanyakan benda-benda logam dibuang ke seluruh tempat, salah satu objek hampir melanda Gopal tetapi dia berjaya menukarkannya menjadi nasi lemak pada masa yang tepat, yang kemudian melanda di mukanya. BoBoiBoy kemudian dipukul oleh tukul Vargoba saat dia dipukul ke tanah dalam keadaan lemah, Kapten Vargoba, yang belum selesai, kemudian menunjukkan BoBoiBoy yang dia sebut "kesakitan sebenar" saat dia mengayunkan tukulnya sekeras yang menyebabkan BoBoiBoy dipukul dari bilik ke bilik dari stesen TAPOPS, sebelum dihantar ke angkasa. Vargoba kemudian berkata bahawa inilah akibat BoBoiBoy menentangnya. BoBoiBoy, dalam keadaan lemah mula membeku. Namun, matahari mula bersinar terhadapnya saat dia kemudian mendapatkan bentuk tahap kedua BoBoiBoy Cahaya, BoBoiBoy Solar.

BoBoiBoy mendapatkan kekuatannya semula dan berkata bahawa dia tidak akan buat kesilapan yang sama saat dia kemudian menggunakan Tembakan Solar Gerhana terhadap Kapten Vargoba. Kapten Vargoba kemudian berkata "Marilah!" dengan yakin kerana dia kemudian menyaksikan serangan itu datang terus ke arahnya, bagaimanapun, ketika serangan akan menyerangnya, dia kehilangan keyakinannya sedikit dan menggunakan perisainya supaya dia dapat memesongkan serangan semula. Dia berjaya memesongkan serangan, tetapi ia melantun ke dinding stesen TAPOPS dan akhirnya memusnahkan kapal tenteranya sendiri di luar, Kapten Kaizo kemudian menyaksikan serangan dan menanyakan serangan apa itu, kembali ke pertarungan, Kapten Vargoba kemudian merasa panas selepas itu, dan BoBoiBoy kemudian melompat kembali ke stesen TAPOPS menggunakan Lompatan Cahaya ketika Vargoba melihatnya dan terkejut, BoBoiBoy kemudian menggunakan Tembakan Solar Gerhana Berganda, saat ia kemudian menyebabkan Vargoba diserang dengan keras ke dinding stesen TAPOPS, dia terbakar dari serangan itu dan perisai dan senjatanya juga terbakar menjadi abu. Namun, BoBoiBoy tertolak ke angkasa dari serangannya sendiri, Ochobot kemudian menyuruh BoBoiBoy untuk berhenti kerena itu cukup. BoBoiBoy dengar dan menghentikan serangannya sehingga kehabisan tenaga dan pengsan, tetapi Kapten Vargoba juga dikalahkan dan dia terlihat tidak sedarkan diri akibat kesan serangan itu. Kemudian stesen TAPOPS mula runtuh dan Vargoba ditinggalkan sendirian di situ.

Kuasa dan Senjata[]

Serangan
4/5
Pertahanan
4/5
Ketangkasan
4/5
Keberanian
4/5
Kelajuan
4/5


Beliau menggunakan kuasa dari StealthBot dan MagnetBot sebagai senjata utama apabila menyerang stesen angkasa lain. Vargoba juga mengenakan baju perisai besi setiap kali bertempur dengan musuh.

Dengan kuasa MagnetBot, Vargoba dapat memanipulasi peralatan yang berasaskan besi atau logam yang ada disekelilingnya.

  • Power Sphera MagnetBot: Power Sphera MagnetBot membolehkan penggunanya untuk memanipulasi kuasa magnetik dan manipulasi besi sebagai senjata.
    • Kuasa Magnet: Boleh menarik, menolak, dan memanipulasi besi serta logam yang ada di sekitar Vargoba.
    • Kuasa Tarikan Magnet: Kapten Vargoba menghulurkan tangannya ke arah objek logam bagi membolehkannya menggunakan daya magnetiknya bagi menarik objek mahupun sasaran yang bersifat logam.
    • Tolakan Magnet: Kuasa kontra bagi Kuasa Tarikan Magnet, apabila Kapten Vargoba melepaskan tarikannya lalu menolak objek mahupun sasaran bersifat logam ke arah bertentangan.
      • Tolakan Penuh: Kuasa tingkatan bagi Tolakan Magnet bagi menolak objek mahupun musuhnya yang bersifat logam.
    • Pusingan Besi: Menjelmakan kepingan besi gergasi sebagai senjata lalu Kapten Vargoba memusingkan daya magnetiknya menyebabkan kepingan besi tersebut berpusing yang bertindak sebagai teknik pertahanan dari musuh menyerangnya.
    • Hempasan Besi: Kepingan besi gergasi yang digunakan oleh Kapten Vargoba membolehkannya menghempas musuhnya dengan kepingan tersebut.
    • Tarikan Besi Magnet/Tarikan Magnet Besi/Tarikan Besi: Kapten Vargoba menggunakan kepingan besi mahupun objek besi di sekelilingnya sebagai senjata membolehkan beliau memanipulasikannya untuk melawan musuhnya.
    • Perisai Kebal: Kapten Vargoba mengumpulkan kuasa MagnetBot bagi membolehkan dia mencipta perisai besi yang dicantumkan dari kepingan dan puingan besi di sekelilingnya. Menggunakan perisai ini, Kapten Vargoba dilengkapi tiga jenis senjata iaitu Sauh Besi, Pedang Besi dan Perisai Besi yang berasal dari kapal angkasanya dan digunakan olehnya di dalam medan tempur. Ia memberikannya kelebihan untuk menyerang dan mempertahankan diri dengan lebih efektif.
      • Tumbukan Besi: Diadaptasi dari perisai kebalnya, Kapten Vargoba mampu menumbuk musuhnya dilengkapi perisai kebalnya dan mampu membuat musuhnya pengsan.
      • Pedang Besi: Pedang yang digunakan Kapten Vargoba dalam pertempuran yang merupakan senjata alternatif baginya.
      • Perisai Besi: Perisai yang digunakan Kapten Vargoba dalam medan tempur bagi menepis serangan musuh dengan melantunkannya semula oleh sebab faktor permukaannya yang licin.
      • Sauh Besi: Senjata utama Kapten Vargoba yang merupakan Sauh Besi gergasi.
        • Hentakan Sauh Besi: Dengan momentum yang cukup, Kapten Vargoba melompat lalu mendarat ke lokasi tertentu sambil menghentakkan Sauh Besinya di kawasan tersebut. Kuasa ini juga dikenali sebagai Hentakan Tukul dalam BoBoiBoy Galaxy Card Pek Versus.
        • Balingan Sauh Besi: Sauh Besi yang dilontarkan oleh Kapten Vargoba ke arah musuh.
        • Tolakan Sauh Besi: Momentum ditambah dengan kuasa magnet, lontaran Sauh Besinya mampu ditambahkan dan beliau melemparkannya dari jauh ke arah musuh.
    • Pusingan Medan Magnet: Kapten Vargoba menggunakan kuasa magnetiknya lalu menghasilkan ribut magnetik yang menyebabkan semua benda logam yang ada di situ terperangkap dalam ribut itu dalam pergerakan bulat yang berterusan. Beliau juga boleh menambahkan kelajuannya untuk menangkap lebih banyak sasaran.
      • Letupan Medan Magnet: Teknik susulan bagi kuasa Pusingan Medan Magnet yang menghasilkan bebola magnetik lalu menarik semua objek logam yang terperangkap dalam ribut tersebut ke pusatnya sebelum meletupkan bebola tersebut.

Rupa[]

Kapten Vargoba lazimnya mengenakan pakaian lanun penuh yang menampakkan dirinya sebagai seorang kapten besar. Mukanya hampir sama dengan muka manusia biasa tetapi dengan hidung yang kemerah-merahan dan mancung, dan mempunyai misai dan janggut hitam yang tebal serta sepasang gigi taring. Vargoba mempunyai susuk tubuh yang sasa dan berkulit merah, sama seperti Bora Ra. Di sebalik kot lanunnya, Kapten Vargoba menempatkan Power Sphera MagnetBot di tubuh badan belakangnya dan memiliki empat tangan. Dengan kot lanunnya, Kapten Vargoba menyembunyikan MagnetBot dan tangan lebihannya supaya tidak dapat dilihat oleh orang lain. Beliau nampaknya hanya akan membuka kotnya apabila hendak menggunakan kuasa penuhnya dalam pertempuran.

Perwatakan[]

"Kapten Lanun yang digeruni serata galaksi."
— Maklumat ringkas Kapten Vargoba.

Sebagai kapten besar dalam kumpulan Lanun Angkasa, beliau memperlihatkan ciri-ciri sebagai seorang ketua lanun yang kejam. Namun beliau bukan sahaja kejam, bahkan juga tamak kerana telah merancang untuk menyerang Stesen Sunnova demi untuk meraih kuasa dan kekayaan walau dengan cara apa sekalipun untuk kepentingan dirinya sehingga sanggup mengorbankan seluruh armadanya untuk mendapatkan objektifnya.

Akibat sifatnya yang panas baran, Kapten Vargoba digeruni oleh semua pengikut armadanya dan juga musuhnya. Beliau juga tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kekerasan.

Trivia[]

  • Kapten Vargoba adalah watak kapten ketiga yang muncul selepas Kapten Kaizo dan Kapten Separo.
  • Kapten Vargoba ditunjukkan sebagai watak lanun yang lebih berbahaya berbanding Kapten Separo oleh sebab memegang gelaran sebagai Kapten Besar.
  • Kapten Vargoba merupakan watak pertama yang mempunyai empat tangan.
  • Kapten Vargoba nampaknya telahpun mengenali Tarung dan memiliki sejarah dengannya.
  • Beliau berkongsi banyak persamaan dengan Bora Ra dalam BoBoiBoy: The Movie.
    • Kedua-dua memiliki sifat keganasan dan tamak. Mereka juga suka menggunakan kekerasan terhadap musuhnya.
    • Kedua-dua mereka tertarik untuk menangkap Ochobot dan menggunakan Kuasa Teleportasi miliknya.
    • Kedua-dua mereka telah menangkap kawan-kawan BoBoiBoy sebagai tebusan dan mengugut dengan kuasa mereka supaya BoBoiBoy menyerahkan Ochobot; Kapten Vargoba menangkap Yaya, Ying, Sai dan Shielda manakala Bora Ra menangkap Adu Du, Probe dan Papa Zola.
    • Kedua-dua mereka telah menangkap Power Sphera lain sebelum mengenali Ochobot; masing-masing StealthBot dan Klamkabot.
    • Kedua-dua mereka memiliki fizikal yang kuat dan mempunyai kulit berwarna merah.
    • Kedua-dua mereka ditamatkan oleh BoBoiBoy Solar.
    • Kedua-dua mereka cuba menghentikan Ochobot daripada teleport bersama BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk melarikan diri bersama Power Sphera yang ditawan oleh mereka, bagaimanapun Vargoba gagal menghentikan mereka.
    • Kedua-dua mereka memakai perisai pertahanan yang dilengkapi dengan senjata di tengah-tengah pertempuran; Kapten Vargoba memakai Perisai Kebal dan menggunakan Sauh Besi manakala Bora Ra memakai baju perisainya dan menggunakan Tukul Lohong Hitam.
    • Kedua-dua mereka menggunakan serangan terakhir yang berskala besar iaitu masing-masing menggunakan Pusingan Medan Magnet dan Lohong Hitam Gargantua.
    • Kedua-dua mereka memiliki kuasa untuk menarik benda ke arah mereka, di mana Kapten Vargoba menggunakan kuasa magnet dan Bora Ra menggunakan kuasa lohong hitam.
    • Babak di mana Kapten Vargoba cuba menghalang Tembakan Solar Gerhana milik BoBoiBoy Solar dengan Perisai Besi sangat serupa dengan babak di mana Bora Ra cuba menghalang Tumbukan Tinju Berapi milik BoBoiBoy Blaze dengan Sedutan Lohong Hitam. Tetapi, mereka tidak dapat menahan serangan itu kerana betapa panasnya kuasa milik BoBoiBoy tersebut.
    • Kedua-dua mereka kehilangan salah satu anggota badan mereka. Kapten Vargoba kehilangan salah satu gigi taringnya manakala Bora Ra kehilangan salah satu sesungutnya. Kebetulan, bahagian yang hilang itu terletak pada sebelah kanan mereka.
    • Kedua-dua mereka bermusuhan dengan laksamana TAPOPS, iaitu Tarung dan Maskmana.
    • Kedua-dua mereka terlihat sebagai kejam. Adu Du memanggil Bora Ra kejam manakala Vargoba menyatakan dirinya menjadi kejam.
  • Selain Bora Ra, Vargoba juga berkongsi banyak persamaan dengan Ejo Jo dalam siri BoBoiBoy.
    • Kedua-dua mereka tertarik untuk menangkap Ochobot.
    • Kedua-dua mereka menggunakan serangan terakhir yang berskala besar; Kapten Vargoba menggunakan Pusingan Medan Magnet manakala Ejo Jo menggunakan Naga Bayang.
    • Kedua-dua mereka telah menangkap kawan-kawan BoBoiBoy sebagai tebusan; Kapten Vargoba menangkap Yaya, Ying, Sai dan Shielda manakala Ejo Jo menangkap Yaya, Ying, Gopal, rakan sekelas mereka dan Papa Zola.
    • Kedua-dua mereka memiliki kuasa untuk menarik benda ke arah mereka, di mana Kapten Vargoba menggunakan kuasa magnet dan Ejo Jo menggunakan kuasa manipulasi graviti yang dirampas daripada Yaya.
    • Kedua-dua mereka menggunakan kuasa magnet; Kapten Vargoba menggunakan kuasa magnetik manakala Ejo Jo menggunakan kuasa magnetik bayang yang dirampas daripada Fang.
    • Kedua-dua mereka bermusuhan dengan ahli TAPOPS, iaitu Tarung dan Kapten Kaizo.
    • Kedua-dua mereka terlihat sebagai kejam. Fang memanggil Ejo Jo kejam manakala Vargoba menyatakan dirinya menjadi kejam.
  • Jumlah tentera lanun di bawah perintah Kapten Vargoba adalah sangat besar. Saiznya bersamaan dengan angkatan tentera dari sebuah planet yang kecil.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Kapten Vargoba. Rujuk Kapten Vargoba/Galeri.

Video[]

Advertisement