BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Kapten Kaizo merupakan abang kepada Fang. Dia telah menganggotai pelbagai aktiviti pemberontakan di serata galaksi dan perkara itu telah menjadikannya sebagai pemberontak yang sangat terkenal di seluruh galaksi. Dia juga merupakan seorang kapten di dalam pasukannya yang dianggotai oleh adiknya, Prebet Pang/Fang sebagai prebet dan Leftenan Lahap sebagai ahli kanan kepadanya.

Penerangan[]

"Kaizo, Pemberontak Angkasa Legenda dan kapten pasukan pemberontakan atas namanya sendiri. Dengan keupayaan memanipulasi tenaga, Kaizo dapat mewujudkan bidang kuasa mengikut kehendaknya. Dia kemudiannya didedahkan sebagai abang kepada Fang."
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy


Sejarah[]

Sejarah awal[]

Rencana utama: Sejarah Fang dan Kaizo

Kapten Kaizo tinggal di Planet GogoBugi di bawah jagaan ibu dan bapanya. Ketika dia berusia sembilan tahun, adik lelakinya, Fang dilahirkan.

Pada suatu ketika, planetnya telah diserang oleh pemimpin pasukan Tengkotak bernama Bora Ra yang ingin menangkap sebuah Power Sphera bernama EnerBot. Ibu Kaizo berpesan kepada Kaizo supaya membawa adik lelakinya keluar dari planet itu mengikut laluan rahsia. Selepas dia ditemui oleh Bora Ra, Kaizo mengaktifkan Power Sphera EnerBot dan dari situlah dia memperoleh Kuasa Manipulasi Tenaga. Dia berlawan dengan Bora Ra, sehingga datang seorang laksamana bernama Maskmana yang menyelamatkan mereka. Selepas melarikan diri dari Bora Ra, Kaizo belajar cara untuk mengawal, menumpukan kuasa tenaganya dan jurus bertopeng dari Laksamana Maskmana.

Selepas Kapten Kaizo meningkat dewasa, dia telah menubuhkan pasukannya sendiri untuk mencari pemilik yang sesuai untuk menggunakan Jam Kuasa. Dia juga melatih Fang selepas dia membesar dan turut menyertai pasukan Kaizo sebagai prebet.

Pada suatu masa, Kapten Kaizo telah menghantar Fang ke Bumi untuk menjalankan misi untuk merampas Jam-jam Kuasa. Apabila tiba di ruang udara, Fang diturunkan dari sebuah kapal angkasa lalu mengaktifkan topeng kuasanya dan mengesan tenaga dari Jam-jam Kuasa yang sedang dipakai oleh BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal. Kapten Kaizo menasihati Fang untuk merahsiakan identiti sebenarnya dan menggunakan kekerasan jika perlu. Setelah itu, Kapten Kaizo bersedia untuk berlepas semula ke angkasa dengan meninggalkan pesanan kepada Fang bahawa dia akan datang semula ke Bumi apabila tiba masanya, lalu terus berlepas ke angkasa meninggalkan Fang.

BoBoiBoy[]

Aku kembali BoBoiBoy

Kemunculan sulung Kapten Kaizo.

Kapten Kaizo mula-mula dilihat dalam Bangkit BoBoiBoy Air sebagai seorang watak misteri yang sedang berurusniaga dengan Bago Go. Mereka berbicara sambil berjalan menuju ke dalam bilik eksperimen sebelum Bago Go memperlihatkan Super Ejo Jojojo kepada Kaizo. Kaizo melihat perbandingannya, tetapi memutuskan untuk melihat sendiri kehebatannya sebelum membuat keputusan. Bago Go bersetuju untuk melakukan demonstrasi kehebatan Ejo Jo lalu mengaktifkan tabung eksperimen, menyedarkan Ejo Jo dan memecahkan tabung eksperimen itu. Ejo Jo melangkah keluar dengan perisai barunya sambil disaksikan oleh Kaizo dan Bago Go.

Kaizo tenung budak-budak Bumi

Pandangan pertama Kapten Kaizo.

Dalam Musuh Baru Dan Lama, Kapten Kaizo tiba di Bumi dengan kapal angkasanya dan mengalahkan Ejo Jo dan Robot PETAI dengan bantuan ahli kanannya, Leftenan Lahap. Kaizo bertemu dengan Geng BoBoiBoy dan memaksa mereka untuk menyerahkan semua Jam Kuasa mereka dan Sfera Kuasa. Disebabkan mereka enggan, Kaizo menyuruh Fang untuk mengalahkan BoBoiBoy. Fang terpaksa mengikut arahan Kaizo lalu bertarung dengan BoBoiBoy sehingga menyedari hubungan perkawanan mereka, Fang berhenti menyerang. Kaizo menghukum Fang kerana telah mengingkar arahannya, kemudian bertarung sendiri dengan BoBoiBoy. Di akhir pertempuran, Kaizo mengarahkan Lahap untuk menghapuskan mereka dan Lahap mengeluarkan sebekas penuh toksik berbahaya daripada beg galasnya. Namun, Fang mengambil kesemua Jam Kuasa dari tangan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dan menyerahkannya kepada Kaizo sambil meminta maaf atas kesilapannya. Selepas memberikan amaran kepadanya, mereka berlepas ke angkasa.

Dalam Jumpa Lagi BoBoiBoy, Kaizo mencabar geng BoBoiBoy untuk bertarung sekali lagi apabila tertarik akan keazaman mereka untuk mendapatkan semula kuasa-kuasa mereka sebelum dia memarahi Fang tentang niatnya yang telah mencuri kesemua Jam Kuasa. Melihat Fang membelot mereka lagi, ia menyerang kawan-kawannya. Fang segera melindungi mereka dan memulangkan semua kuasa mereka, namun mereka diserang oleh Kaizo dan terdampar di Medan Latihan Tempur. Fang dan BoBoiBoy berganding bahu untuk mengalahkan Kapten Kaizo sementara Yaya, Ying dan Gopal bersama-sama bertarung dengan Lahap. Di akhir pertempuran, BoBoiBoy dan Fang mengkombokan kuasa mereka dan menyerang Kaizo, menyebabkan topeng Kaizo retak dan Kaizo tercampak ke belakang. Kaizo bangkit dan menerima kekalahannya lalu Kaizo mengucapkan tahniah kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya kerana telah membuktikan yang mereka layak menggunakan Jam Kuasa itu.

Selepas kekalahan mereka, Kaizo menjelaskan kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang misi kumpulan mereka adalah mencari kesemua Jam Kuasa untuk diberikan kepada mereka yang layak. Lahap membantah keputusan kaptennya kerana kuasa-kuasa itu sepatutnya diberikan kepada sekutu dan kawan-kawan mereka. Jadi Kaizo mempelawa BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya kerana dia mampu untuk menggunakan kuasanya dengan baik. Tetapi BoBoiBoy menolak pelawaannya kerana mereka menggunakan cara yang salah dalam misi. Kaizo tidak mendesak BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya, lalu memberikan amaran tentang ancaman yang akan datang kepada dia dan Ochobot. Sebelum menghantar mereka ke Bumi, Kaizo memberikan pilihan kepada Fang sama ada dia ingin kembali kepada pasukannya ataupun menyertai kawan-kawannya tinggal di Bumi, dan Fang memilih untuk tinggal di Bumi bersama kawan-kawannya.

BoBoiBoy Galaxy[]

Ketika Kaizo sedang berada dalam misi penyamaran rahsia, dia telah dipanggil oleh Koko Ci untuk membantu TAPOPS menewaskan Jugglenaut dan Kaizo membuat kemunculan ringkas di penghujung Episod 13 bersama Fang. Dalam Episod 14, Kaizo bekerjasama dengan BoBoiBoy yang bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar untuk mengalahkan Jugglenaut. Selepas kekalahannya, Kaizo bertolak untuk menyambung misi penyamarannya semula.

Dalam Episod 22, ia didedahkan bahawa misi Kaizo tempoh hari ialah menyamar sebagai pencuci kapal angkasa di Koloni Lanun Angkasa yang bertujuan untuk mencari sebuah Power Sphera bernama StealthBot, iaitu Power Sphera yang berada di tangan kumpulan lanun angkasa yang diketuai oleh Kapten Vargoba.

BoBoiBoy Movie 2[]

Kaizo menyelinap ke dalam Stesen Angkasa TAPOPS untuk menyelamatkan ahli-ahli TAPOPS yang masih ada di stesen itu yang sedang meletup dengan Dinding Tenaga miliknya dan telah melekatkan alat pengesan ke kapal angkasa Penggali Kristal.

Kaizo kemudian ditugaskan oleh Koko Ci untuk menyiasat planet yang telah diserang oleh Retak'ka, iaitu Planet Gur'latan. Semasa berada di sana, dia dan Fang mendapati bahawa Laskar Guruhan telah dikalahkan sepenuhnya, sangat mengejutkannya. Dia melaporkan penemuannya kepada Koko Ci.

Kaizo membuat kemunculan kecil di akhir filem bersama komander dan ketua TAPOPS yang lain untuk mengucapkan tahniah kepada BoBoiBoy atas kemenangannya.

Kuasa[]

Serangan
5/5 Profil Galaxy Kapten Kaizo
Pertahanan
4/5
Ketangkasan
5/5
Keberanian
5/5
Kelajuan
4/5

Kapten Kaizo tidak akan mempunyai sebarang kuasa apabila tidak mengaktifkan topengnya. Namun, dia mempunyai beberapa kemahiran dalam pertarungan dan seni mempertahankan diri yang dipelajari daripada gurunya, Laksamana Maskmana.

  • Kemahiran Berpedang: Kapten Kaizo mempunyai sebilah pedang panjang yang menunjukkan dia mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang berpedang.
  • Ketangkasan: Kapten Kaizo mempunyai naluri yang tinggi semasa bertarung. Oleh itu, Kapten Kaizo mampu mengelak dengan pantas ataupun meramal serangan yang akan datang daripada musuhnya.

Kuasa Manipulasi Tenaga[]

Selain daripada kemahirannya, dia juga mempunyai Kuasa Manipulasi Tenaga yang diperolehi daripada topengnya. Kemahiran untuk menggunakan pedang dan topengnya juga dipelajari daripada gurunya, Laksamana Maskmana.

BoBoiBoy
  • Topeng: Topeng yang membolehkan Kaizo untuk menggunakan Kuasa Manipulasi Tenaga dengan mengolah tenaga melalui kaedah serangan dan menjana kuasa yang berlipat ganda.
  • Tumbukan Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan tenaga yang tinggi pada tangannya, lalu menumbuk lawannya dengan tumbukan yang padu dengan pantas.
    • Tumbukan Tenaga Penuh: Tingkatan kuasa daripada teknik Tumbukan Tenaga yang mengumpulkan tenaga ke tangannya dan melepaskan tenaga tersebut melalui tumbukan ke arah objek dalam kelajuan yang pantas.
  • Gari Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan kuasanya, lalu memerangkap lawannya untuk menghalangnya bergerak. Selain menggari lawannya, Kapten Kaizo juga menggunakan teknik ini sebagai medium untuk menyeksa lawannya.
  • Tendangan Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan tenaga pada kakinya, lalu menendang lawannya dengan sekuat hati.
  • Tolakan Tenaga: Kapten Kaizo membentuk tenaga yang berbentuk hemisfera di hadapannya lalu menolak ke arah lawannya bagi menjauhkan diri daripada lawannya.
  • Dinding Tenaga: Kapten Kaizo menghasilkan dinding lut sinar yang tidak boleh ditembusi ataupun dipecahkan. Teknik ini membolehkan Kapten Kaizo untuk mencipta halangan daripada diganggu orang lain ataupun memerangkap lawannya dalam dinding tersebut.
  • Pedang Tenaga: Senjata khas Kapten Kaizo yang menggabungkan kuasanya dengan pedangnya yang boleh menghasilkan pedang bercahaya dan menggunakannya bagi menghukum lawannya. Selain itu, Kapten Kaizo boleh menambahkan kuantiti tenaganya kepada pedangnya bagi menambahkan kekuatan pedangnya.
    • Gerakan Pedang Tenaga: Kapten Kaizo boleh menggunakan pedangnya untuk menyerang dengan berpusing bagi membolehkan dia untuk mencederakan lawannya.
    • Tetakan Tenaga: Kapten Kaizo menggunakan pedangnya untuk menyerang lawan dengan pantas.
  • Cengkaman Tenaga: Teknik yang hampir sama dengan Gari Tenaga, tetapi digunakan untuk menghalang lawannya daripada bangkit.
BoBoiBoy Galaxy
  • Topeng: Topeng kuasa dengan reka bentuk baru yang membolehkan Kaizo menggunakan Kuasa Manipulasi Tenaganya.
    • Topeng Jingga: Kuasa tahap kedua bagi Kaizo dengan mengaktifkan topengnya dan menggunakan Kuasa Jingga yang lebih kuat dengan serangan yang lebih efektif dan pertahanan yang lebih kukuh.
      • Pedang Tenaga Jingga: Pedang berwarna jingga yang lebih panjang dan mempunyai serangan yang kuat dari Pedang Tenaga biasa.
        • Libasan Pedang Tenaga
      • Dinding Tenaga Jingga: Dinding Tenaga berwarna jingga yang amat kuat dan kukuh berbanding Dinding Tenaga biasa. Bahkan, serangan Jugglenaut sebagai Giganaut juga langsung tidak memberikan sebarang kesan.
        • Ceracak Tenaga: Semasa berada dalam Dinding Tenaga Jingga, Kaizo boleh menghasilkan bilah-bilah jingga yang panjang dengan mempunyai gerigi yang tajam di luarnya untuk menyerang lawan yang cuba memecahkannya.
          • Tukaran Tenaga: Ikatan Tenaga Jingga: Kaizo meneruskan serangannya dengan menukarkan Ceracak Tenaga menjadi Ikatan Tenaga Jingga, iaitu memanjangkan bilah-bilah jingga itu dan mengikat lawannya untuk menyukarkan pergerakannya.
      • Pelindung Tenaga Jingga[1]: Berfungsi sebagai pelindung bagi Kaizo.
      • Rantai Tenaga
  • Pedang Tenaga: Sebilah pedang yang telah diubah suai sedikit dari rupa asalnya. Kaizo dilihat mengaktifkan topengnya sewaktu menggunakannya.
    • Tetakan Pedang Tenaga: Dengan menggunakan Pedang Tenaga, Kaizo menyerang lawannya dengan sekali tetakan di tubuh badannya. Pertama kali digunakan terhadap Jugglenaut.
    • Belahan Pedang Tenaga: Kaizo meluru dengan laju ke arah lawan lalu melakukan gaya membelah.
    • Pusaran Pedang Tenaga: Kaizo menggunakan tenaga dari pedangnya untuk berpusing dengan laju dan pergi ke sasaran lalu menyerang dengan pedangnya. Pergerakan ini hampir sama seperti Pusaran Maksima yang dilakukan oleh Sai.
    • Perisai Tenaga: Kuasa ini digunakan untuk melindungi dirinya sendiri, termasuk kawan-kawannya.
  • Dinding Tenaga: Dinding Tenaga yang sama seperti asal sebagai teknik pertahanan.
    • Dinding Tenaga Berlapis: Kaizo menggandakan Dinding Tenaga menjadi tiga untuk melindungi dirinya dari serangan lawan yang kuat.
    • Pindahan Dinding Tenaga: Kaizo memindahkan Dinding Tenaganya kepada Fang untuk melindunginya dari serangan Jugglenaut.
  • Teleportasi: Kaizo boleh menteleportasikan dirinya ke tempat lain dalam jarak yang dekat. Ia pertama kali digunakan dalam Galaxy Episod 23.

Kelemahan[]

Kapten Kaizo mempunyai satu kelemahan asas dalam menggunakan Kuasa Manipulasi Tenaga, iaitu apabila dia menumpukan sepenuh tenaga pada pedangnya, semua kuasa yang digunakan sebelumnya akan terbatal. Sebagai contoh, dalam Antara Kawan Dan Lawan, selepas Kapten Kaizo menumpukan tenaga pada pedangnya dan mengeluarkannya dari tempat sandangan, kuasa Gari Tenaga dan Dinding Tenaga telah terbatal sepenuhnya. Ini juga menunjukkan bahawa semua kuasanya adalah tertumpu pada pedangnya.

Rupa[]

Rupa awal Kapten Kaizo

Gambar pertama Kapten Kaizo yang dikeluarkan oleh pihak Monsta.

Dalam foto konsep Kapten Kaizo pertama yang dikeluarkan oleh Monsta, Kapten Kaizo mempunyai rambut yang berwarna biru gelap, iris matanya berwarna perang dan berkulit cerah. Kaizo memakai topeng yang disertai dengan kemasan yang berwarna jingga. Jaket jingga yang dipakainya mempunyai kolar yang tinggi, kemasan lekatan yang berwarna biru terang dan corak garisan yang berwarna biru di bawah lekatan itu tergantung dari bahunya sehingga separa ke lengannya. Jaketnya sentiasa terbuka dan juga berbaju biru gelap di dalam. Tali pinggangnya berwarna biru muda dan kepala tali pinggangnya berbentuk heksagon dan berwarna kuning. Kapten Kaizo memakai sarung tangan yang sama dengan Fang.

Semasa kemunculan rasmi dalam siri BoBoiBoy, pemakaiannya telah berubah secara dramatik dari segi warnanya. Rambutnya yang berpacak ke belakang berubah menjadi ungu gelap yang sama dengan warna rambut adiknya dan iris matanya berubah menjadi kemerahan. Jaket yang dipakainya kini berubah kepada biru gelap dengan kemasan berwarna ungu gelap dari bahagian bahunya sehingga ke lengannya serta terdapat logo pasukannya pada bahu kirinya. Baju yang dipakai di sebalik jaketnya juga turut berubah menjadi ungu. Dia memakai jam emas pada pergelangan tangannya dan topeng kuasanya turut tidak berubah, tetapi kemasannya berubah menjadi biru terang. Kepala tali pinggangnya masih berbentuk heksagon dan berwarna keemasan dan disambung dengan pencangkuk yang berwarna putih (yang digunakan untuk menyandang Pedang Tenaga). Seluar yang dipakainya pula berwarna ungu.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Kapten Kaizo memakai jaket berwarna biru muda dengan garisan ambar dan berseluar hitam, dengan sarung tangan biru gelap dan tali pinggang merah dengan garis kuning dan beberapa poket. Topengnya kini berwarna kelabu dengan beberapa garisan biru yang bercahaya. Terdapat logo TAPOPS di lengan bahu kanan jaketnya. Nampaknya masih terdapat bekas luka di pipi kirinya akibat dari pertarungan terakhir dalam episod akhir siri BoBoiBoy.

Perwatakan[]

Kaizo bertanya kepada Fang

Kaizo bukan jenis orang yang menahan diri, bahkan kepada adiknya sendiri.

Kapten Kaizo mempunyai personaliti yang dingin dan serius. Jika terdapat ahli pasukan yang mengingkar arahannya, dia tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka dengan kuasanya. Dia juga merendahkan terhadap manusia sehingga dia dikalahkan oleh BoBoiBoy.

Kapten Kaizo juga merupakan antara ahli pasukan TAPOPS yang paling digeruni. Dia telah menjayakan pelbagai misi pemberontakan dan penyelinapan sulit untuk menyelamatkan Power Sphera daripada jatuh ke tangan yang jahat.

Ketika Fang sedang menjalankan misinya di Bumi, Kaizo mengembara ke serata galaksi bersama orang kanannya, Leftenan Lahap untuk mengumpul maklumat tentang Power Sphera. Kaizo pertama kali muncul sebagai mencurigakan dan tidak boleh dipercayai. Apabila mengetahui bahawa Ochobot ada bersama dengan BoBoiBoy dan kawan-kawan, Kaizo terus ke Bumi untuk menguji kekuatan BoBoiBoy serta mempelawanya menyertai TAPOPS.

Dalam siri BoBoiBoy Galaxy, Kaizo masih mengekalkan personalitinya. Sifat 'sombongnya' dilihat apabila dia memutuskan untuk satu lawan satu dengan Jugglenaut dan meminta wira lain agar 'jangan masuk campur'. Walau bagaimanapun, ini mungkin menunjukkan bahawa sifat protektifnya itu adalah bertujuan untuk melindungi yang lain daripada terluka dalam pertarungan, lebih-lebih lagi adik lelakinya, Fang. Dengan cara ini, jelas bahawa Kaizo tidak bertindak seperti yang dilakukannya kerana ini merupakan caranya untuk melindungi orang lain.

Nampaknya Kaizo tidak selalu bersikap seperti ini pada masa lalu, dia terbukti jauh lebih penyayang, lemah-lembut dan baik pada masa mudanya ketika membesar bersama Fang dan kedua ibu bapanya. Kaizo mula berperwatakan serius selepas kejadian pemburu Power Sphera menyerang rumahnya dan dia gagal melindungi adik lelakinya, Fang.

Trivia[]

  • Dalam Bahasa Jepun, nama Kaizō (改造) bermaksud menggodam, sesuai dengan kemahirannya dalam menggunakan kuasanya.
    • Dari satu segi, kemahirannya dalam menggunakan kuasanya terdapat di dalam segi menggodam had tenaganya sendiri supaya dia boleh membuat tumbukan luar biasa seperti terhadap golem milik BoBoiBoy dengan satu tumbukan.
  • Kaizo mempunyai persamaan dengan Sasuke Uchiha dari anime Naruto, tetapi gaya pertarungan pedangnya menyerupai Kirito dalam Sword Art Online.
  • Menurut biodatanya dalam Majalah Komik BoBoiBoy, sebab orang-orang Bumi tidak pernah mendengar nama Kapten Kaizo disebabkan teknologi penjelajahan angkasa Bumi masih lagi primitif dan tidak dapat mendengar khabar berita dari planet lain.
  • Makanan kegemaran Kapten Kaizo ialah sup lobak merah dan minuman kegemarannya ialah teh hijau.[2] Warna kegemarannya pula ialah biru.
  • Kapten Kaizo memanggil Fang dengan panggilan "Pang" kerana itulah cara Fang menyebut namanya ketika dia masih kecil.
  • Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Kapten Kaizo pernah bertempur dengan ketua pasukan Tengkotak, iaitu Bora Ra pada suatu ketika dahulu sebelum ia disahkan benar dalam episod ekstra BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya.
  • Menurut surat peminat, kedua ibu bapa Kaizo dan Fang masih hidup dan tinggal di planet rumah mereka yang terletak amat jauh dari Planet Bumi.
  • Kapten Kaizo telah didedahkan merupakan abang kandung Fang di akhir Jumpa Lagi BoBoiBoy.
  • Mesej Kapten Kaizo

    Tandatangan Kaizo.

    Kapten Kaizo adalah watak kedua yang menunjukkan tandatangannya selepas BoBoiBoy yang ditunjukkan dalam surat peminat.
  • Surat peminat mendedahkan bahawa kedua-dua Kaizo dan Fang tidak tahu memasak atau membakar makanan.
  • Serangan Kaizo hampir serupa dengan Uno, antagonis utama dalam siri Ejen Ali.
  • Kapten Kaizo mempunyai beberapa persamaan dengan Ramenman.
    • Ramenman muncul untuk bertarung dengan senjata seperti tongkat dengan cara yang sama dengan bagaimana dia bertarung dengan pedang.
    • Kedua-dua mereka memakai topeng dalam pertempuran.
  • Kapten Kaizo kelihatannya memiliki sejarah dengan TEMPUR-A saat dia menanyakan Koko Ci kenapa dia memutuskan untuk menanyakan organisasi untuk bantuan TAPOPS, ini bermaksud bahawa Kaizo enggan bantuan mereka.
  • Dalam surat peminat isu ke-85, BoBoiBoy berkata bahawa Kapten Kaizo pernah makan biskut Yaya tetapi dia tidak pasti bagaimana untuk menjelaskan rasanya oleh sebab dia tidak pernah makan biskut. Bahkan dia tidak tahu definisi biskut.
  • Lagu kegemaran Kaizo ialah lagu-lagu dari Planet GogoBugi.
  • Kapten Kaizo pandai menyanyi dan menari.
  • Subjek kegemaran Kapten Kaizo ialah sains dan pendidikan jasmani.
  • Kapten Kaizo terpaksa menjaga Fang akibat ibu bapanya diserang oleh pemburu Power Sphera bernama Bora Ra.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Kapten Kaizo. Rujuk Kapten Kaizo/Galeri.

Video[]

Rujukan[]

Advertisement