Ini merupakan sebuah kapal angkasa serba hitam yang dimiliki oleh Bora Ra iaitu kapten dalam pasukan Tengkotak. Kapal angkasa ini mempunyai saiz yang amat besar dan dilengkapi dengan beberapa alatan, senjata dan robot mini. Ia hanya boleh diaktifkan atau digunakan selepas mendapat arahan daripada Bora Ra.
Ahli-ahli Tengkotak yang mempunyai kepakaran dan pengalaman juga amat membantu dalam penggunaan-penggunaan senjata tembakan. Seperti Gaga Naz yang berkebolehan dalam teknik serangan, dia boleh mengeluarkan senjata-senjata tembakan yang besar dan menyerang musuh atau sasarannya dari jarak jauh. Kiki Ta yang berperanan sebagai pengendali kapal angkasa pula mampu untuk mengemudi kapal angkasa dengan baik tanpa menyebabkan sebarang kemalangan atau kerosakan. Sementara itu Yoyo Oo yang pakar dalam bab robotik dan peranti-peranti yang berteknologi tinggi membolehkan dia mengendalikan Gerbang Sedutan Kuasa yang disambungkan dengan kekuatan dari kapal angkasa Tengkotak. Selain itu, Bora Ra juga boleh menggunakan Kuasa Teleportasi untuk melarikan dirinya dan bahkan juga satu kapal angkasa, dengan syarat dia mendapat koordinat yang benar.