BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Kapal Arkib Angkasa merupakan sebuah perpustakaan di mana terletak di Planet Junkberg. Kapal arkib ini dijaga oleh robot penjaga Jagara.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Dalam episod Jagara Si Jaga, BoBoiBoy dan kawan-kawannya mendapat tahu tentang satu kapal angkasa besar yang pernah terhempas di utara pasar kerat Planet Junkberg pada 20 tahun dahulu, yang mana sama seperti maklumat tentang DataBot yang diberikan oleh Koko Ci. Mereka pergi ke Kapal Arkib Angkasa dan bertemu dengan penjaganya, Jagara. Robot Jagara memberi mereka tiga pilihan cabaran untuk mereka boleh layak masuk ke dalam Kapal Arkib Angkasa, dan mereka memilih untuk beradu kepandaian. Jagara mengajukan tiga soalan kepada mereka dengan tiga talian hayat. Pada mulanya mereka agak keliru dengan soalan yang diajukan tetapi berjaya menjawab ketiga-tiga soalan dengan betul. Sebagai habuan, mereka dibenarkan masuk ke dalam Kapal Arkib Angkasa dan bertemu dengan DataBot. Mereka memperkenalkan diri masing-masing. Kemudian, BoBoiBoy bertanya kepadanya tentang cara untuk mendapatkan kuasa elemental cahayanya. DataBot mula memproses soalannya, namun ia mengambil masa yang sangat lama sehingga 5 hari. Akhirnya, BoBoiBoy dan kawan-kawannya membawa DataBot ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Galeri

Gambar promosi

Cekupan skrin

Advertisement