BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Kang Kong merupakan sekumpulan makhluk yang tinggal di Planet Quabaq. Mereka muncul dalam BoBoiBoy Movie 2.

Sejarah

BoBoiBoy Movie 2

Mereka membuat kemunculan sulung mereka ketika BoBoiBoy telah melarikan diri daripada Retak'ka di Planet Quabaq. Mereka sekali lagi terlihat ketika BoBoiBoy dan Gopal berlatih di bawah Hang Kasa.

BoBoiBoy Galaxy Musim 2

Dalam Pelawat Misteri Dari Angkasa Lepas!, Kang Kong disebut oleh Hang Kasa yang mengira kangkung menjadi Kang Kong sebelum Qually membetulkannya.

Rupa

Kang Kong mempunyai bulu perang di seluruh tubuhnya kecuali di muka dan perutnya. Mereka mempunyai gigi dan kuku yang tajam untuk melindungi diri mereka. Mereka mempunyai saiz tubuh yang berbeza dan sebahagiannya setinggi manusia.

Perwatakan

Kang Kong ialah makhluk pemangsa liar yang ganas apabila menyerang penceroboh di sekitar mereka. Kang Kong hanya gerak perlahan pada waktu siang atau ketika mereka disuluh cahaya. Ketika waktu malam dan semakin gelap, Kang Kong menjadi ganas dan pantas.

Trivia

  • Nama Kang Kong mungkin diinspirasikan dari perkataan "kangkung".
  • Pergerakan Kang Kong yang sangat perlahan pada waktu siang serupa dengan sloth.

Galeri

Lain-lain

Advertisement