Kaktoi merupakan kampung yang muncul dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 4. Ia merupakan kampung asal bagi suku kaum Kaktoi seperti Waibi menetap.
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
Dalam Gergasi Cattus, Waibi pergi ke sebuah gua untuk mencari bantuan luar kerana kerana kampung Kaktoi telah diserang. Waibi bertemu dengan Geng BoBoiBoy yang bersetuju untuk membantunya lalu mereka melakukan perjalanan ke kampung Kaktoi. Setibanya mereka, datang anak lelaki Waibi memberitahu ayahnya yang satu lagi rumah telah diserang lalu mereka bergegas ke tempat kejadian. Sambil itu, Waibi menceritakan bahawa sumber air raksasa itu datang daripada pokok-pokok kaktus namun pokok-pokok kaktus itu telah bertukar menjadi getah-getah aneh, jadi ia datang ke kampung Kaktoi untuk air. Raksasa itu didedahkan ialah Cattus, dan ketika Adu Du cuba untuk menangkapnya, Waibi bersama penduduk kampung mendapat tahu bahawa Gopal ialah orang yang menukarkan pokok-pokok kaktus itu menjadi gula-gula getah selepas melihat tindakan Gopal.
Selepas Adu Du dikalahkan dan BoBoiBoy menemui Power Sphera, Waibi mengucapkan selamat tinggal dan berpesan kepada mereka supaya datang lagi kerana banyak lagi perkara yang boleh dia ceritakan.
Trivia[]
- Kaum suku Kaktoi memilih kawasan berbukit sebagai tempat kediaman mereka kerana ia merupakan tempat yang strategik dari segi keselamatan dan sesuai untuk dihuni. Rumah-rumah yang dibina juga menyerupai bentuk kaktus sesuai dengan rupa penghuninya.